"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 16, 2009

Paris menyambutmu...

Apabila saya dah tahu Adnan dah ada di Bandar Muadzam, saya terus ke bandar untuk berjumpa mereka. Saya suruh Adnan tunggu dekat Pejabat Perhutanan. Adnan datang bersama dengan Mek Zue, Amy dan Kak Na.

Saya cari juga Zila, tapi tak ada, mungkin dia datang petang karang kot...

Saya bawak mereka ke kedai Mak Cik Bedah, sebelahan je dengan wisma sebab nanti mereka akan jumpa dekan, jumpa orang Hr, dan lapor diri sekaligus.

Saya lihat Adnan sangat bergaya. Dengan cermin mata barunya dia nampak macam doktor haiwan yang islamik. Kelihatan juga janggut dikemas rapi ala gaya semasa kumpulan nasyid. Tetapi sekali pandang ampak macam pegawai pendidikan DG48 pun ada. Dan beliau sempat juga beritahu yang bajunya memang baju baru. Kami duduk minum dan berbual-bual. Seperti biasa saya mengepau rokok Adnan sebatang.

Mek Zue pulak berbaju blaus hitam, menyerlahkan lagi kulitnya yang putih. Cuma kali ini mekap dimukanya agak nipis (dah insaf ke? he he he) tapi kalau orang dah manis tepek gandum pun lawa (Sila belanja ya, he he he). Amy seperti biasa seksi walaupun berbaju kurung, saya perasan mukanya nampak licin mulus, dia pakai Clinique ke?. Malu pulak nak tanya apa jenis facial foam dia guna. Tapi memang kulit mukanya nampak bersih, licin, lembut dan halal. Kak Na pula seperti biasa berbaju kurung bungaan kecil-kecil dgn pelbagai warna. Kak Na tidak suka berlebihan, dia simple je seperti selalu kita tengok kat kolej. Saya tidak perasan sangat hal-hal yang lain tetapi semua mereka memakai gelang emas, yang paling besar Amy (harganya lebih RM3K rasanya.

Selepas makan tu saya juga ke wisma nak mengesan dan mengambil borang yang ditandatangani oleh TNC, saya nak buat claim. Kalau dapat nanti bolehlah buat grill rumah baru, beli kerusi sofa dan pasang airkong. Di sana saya beritahu Adnan saya kena balik sebab pukul 11 ayah saya nak bertolak balik ke Besut. Tinggal mak saya sahaja menemankan saya.

Saya tiba di rumah dan rehat sikit, saya baring atas tilam depan tv, bila ayah saya nak bertolak upacara bersalaman pun tiba. Setelah kereta ayah saya hilang dari pandangan mata saya sebekkan diri balik atas tilam sambil sms Adnan nak tahu dia ada di mana. 5 minit kemuadian ayah saya datang balik, ayah saya tertinggal cermin matanya.

Selepas itu Adnan dan kawan-kawan datang rumah, mak saya menyediakan puding yang ada kuah (yang saya dilarang makan dengan banyak). Zue pulak ada bawak kuih popularnya iaitu kuih lapis dan kuih cara berlauk, sekali lagi mak saya menegah saya makan kuih lapis tu. Katanya ada santan... (memanglah ada santan kan, he he he).

Lepas sembahyang saya dan Adnan duduk berbual, sekali lagi saya mengepau rokok Adnan. Mek Zue, Amy dan Kak Na duduk lama dalam bilik mungkin sembahyang sujud syukur sekali sambil bertahlil? Tapi Adnan kata mereka mungkin bermake up...

Lepas tu kami ke Wawa Inn, dengan Fuzah sekali. Di sana Ja dan isterinya Anis sudah menunggu. Pada pendapat saya makanan di sini paling best dan harganya berpatutan. Bila kami mengabungkan meja, saya ternampak dekan juga ada di sebelah sana penjuru sedang makan entah dengan sapa, mungkin orang dari Bangi kot.

Masa makan ni seribu topik yang dikeluarkan, saya tak dapat bercakap banyak sebab kepala saya pening sikit, Kak Na tanya saya mengantuk ke?. Seronok juga dengar mereka berbual-bual. Sebenarnya pukul 3.30 saya kena antar mak saya pula ke hospital, dia nak ambil ubat darah tinggi dan lelah. Mak saya ada darah tinggi macam saya juga.

Ketika beredar daripada Wawa Inn, saya beritahu Adnan yang saya tak dapat ada bila mereka balik nanti sebab saya ke hospital antar mak.

Kepada kawan-kawan saya, saya ucapakan selamat datang.

Jan: Hari ini genap 2 tahun saya menetap di Paris (Muadzam Shah)

2 comments:

Mc Zue said...

POYO SUKI...TAKPA NANTI AKU BELANJA.. HEHEHE

jankaulu said...

itu kenyataan, dan pernyataan.

.