"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 30, 2009

Burung sunyi yang tabah...



Selepas menghantar mak saya pergi buat facial, saya keluar menuju ke kedai baiki peti ais. Memang dah seminggu peti ais tersebut rosak. Peti ais tu dah lama, saya membelinya semasa saya bekerja di Pekan.Peti ais tu satu pintu sahaja, jenis sharp. Gerentinya hanya 5 tahun, dan saya rasa peti ais saya memang sudah melebihi 5 tahun usianya.

Saya berjalan kaki sahaja ke kedai tersebut, kalau bawak kereta payah nak parking pulak, lagi pun sepelaung sahaja. Saya dapati peti ais tersebut sudah dibaiki dan katanya petang karang mereka akan hantar. Habis satu tugas hari ini desis hati saya.

Saya meninggalkan kedai membaiki peti ais tersebut dan berhenti pula beli air, saya dahaga. Tadi memang saya tunggu mak saya di salon tu, tapi malu pulak sebab perempuan ramai dan lampu yang ada tidak terang, menyukarkan saya hendak membaca. saya memang hendak membaca sementara menunggu mak saya buat facial.

Semalam mak saya bertanya di mana kedai kecantikan sebab dia nak buat facial. Sebab itulah selepas bawak mak saya makan pagi di kedai, saya cepat-cepat pula ke Bank Islam bayar rumah dan bayar kereta. Saya bimbang nanti takut mak saya tak dapat giliran mefacial sebab saya tidak menempahnya terlebih awal...

Saya kembali pula ke salon..., saya lalu di hadapan kedai jual surat khabar. Saya terbaca Harian Metrol muka depan pasal Kak Pah. Pasal albumnya yang tertangguh.

Saya terus beli surat khabar metro buat ke tiga kalinya dalam hidup saya. Saya memang tunggu album tersebut. Dan saya tahu album itu mahal pembikinannya sebab sebuah gubahan lagu melebihi RM25,000 ringgit kerana menggunakan khidmat okestra lagi. Album tersebut dikeluarkan 2 buah sekali gus. Khabarnya lagu-lagu dan muzik yang digubah mutunya terjamin dan dapatlah dijadikan rujukan sebagai rujukan kepada lagu Melayu (kepada pihak yang luar yang mahu tahu lagu-lagu Melayu).

Saya duduk lepak tepi pokok depan salon tu sambil menunggu mak saya. Saya pandang di sekeliling saya, saya lihat langit dan jalan raya, dan dedaun yang kering berterbangan, tanah merkah di sana sini... sekarang musim panal... Saya berdoa agar saya tetap tabah. Saya tahu saya tidak boleh sahaja2 berserah kepada mana-mana pihak termasuk tuhan. Setiap hari yang berlalu saya pendamkan segalanya,tidak mahu nampak bersedih di hadapan mak.

Sekarang darah saya sudah kembali normal, cuma saya sedang berperang hebat untuk menormalkan hati saya, he he he. Saya doakan saya selalu akan tabah, hidup penuh cabaran dan saya tidak akan menyerah... Saya seekor burung sunyi yang tabah.

Hidup ini seperti kaca, atau tembikai...jika kita tak tabah dan sabar hancur berderai kecailah segalanya...

Setelah menghantar mak balik ke rumah saya ke opis lagi menyiapkan persiapan, minggu depan semester dah bermula, saya mahu benar-benar bersedia.
Selamat tinggal semuanya, titik ini adalah nokhtah.


Jankaulu: Memohon ketenangan dan kekuatan dalam diri sendiri...menjalani percubaan dan dugaan.

No comments:

.