Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, June 7, 2009

Hari kedua...

Hari ini saya menemankan adik perempuan saya ke Jerteh. Dia nak beli langsir baru. Kami nak siapkan langsir tersebut sebelum majlis akikah isnin ni. Langsir lama bukannya tak boleh pakai tapi...coraknya tak sesuai. Cakap pasal langsir ni memang dia mengaku dia buat silap sebab pilih kaler dan corak yang tak sesuai untuk rumah di kampung.

Masa tu adik perempuan saya tengah gila fesyen ala inggeris so dia beli kain langsir yang ala ingeris sedangkan rumah makbapak kami rumah ala kampung gitu...

Dalam perjalanan ke Jerteh kami imbau zaman remaja kami. Saya masa tu giler buat rambut, dan adik perempuan saya pun buat juga, dulu top rambut ala maggie tu. Saya giler buat rambut keringting, ustad sekolah tak tegur pun, he he he.

Nak sampai ke jerteh memang trafik jem, ramai kereta musim cuti sekolah.

Bila sampai jerteh mula la ke satu kedai ke satu kedai pilih langsir. Rata-rata harga mahal dan tak ada pilihan. Akhirnya kami beli juga yang murah je iaitu RM5.80 semeter. Kami beli 30 meter. Nak buat langsir bahagian depan rumah je.

saya juga bercadang nak tukar tikar getah bila hari raya. Walaupun kat rumah hanya ada emak dan ayah, biarlah rumah elok sikit kan...

Jankaulu: Saya minta maaf sebab penulisan saya kurang jiwa...banyak nak tulis tapi...entahlah

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home