"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 3, 2009

Balik Kampung...

Hari ini saya akan balik kampung seminggu, di Besut, Terengganu. Saya balik menumpang adik perempuan saya.

Saya masih tak diluluskan oleh keluarga untuk pulang memandu endiri. Saya bawa ke Kuantan pun tak lulus lagi. Cara saya memandu membahayakan, kata seorang kawan saya semasa saya bawa kereta ke Kuantan bersamanya. Terutama semasa saya mengikut lori-lori, katanyalah...

Balik kampung best sebab kita rasa seng of belonging. Bila balik, saya nak:

1. Rehat puas-puas, tak nak fikir pasal kerja. Kerja bertambung dan tak habis-habis.

2. Tidor puas-puas selama seminggu. Tak larat rasanya bangun seawal 6 pagi dan menunggu mentari muncul. Pagi hari dah membelah hutan Muadzam, mencari rezeki.

3. Tengok laut puas-puas. Saya nak dengar orang nyanyi di resort tepi pantai puas-puas...Saya nak mintak lagu kegemaran saya.

4. Nak bina hidup baru, walaupun perit kehidupan kena diteruskan, kan? Nak pulihkan maruah diri. Nak anggap diri ini lebih berharga... walaupun di mata orang jadi barang permainan...(pulak dah).


Jan: nak rehat...

No comments:

.