Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 2, 2013

Perihal rambut: Ala K-Pop? (pulak dah...)

Hari ini masuk hari ke dua tahun 2013. Kalau mengikut bilangan tahun, usia saya baru 43 tahun. Biasanya pada awal setiap tahun saya akan memukul gambar muka saya dan letak dalam blog. Ianya untuk buat rujukan 40 tahun akan datang, haaa.

Pagi tadi pabila saya bangun, dan bersiap hendak ke tempat kerja, saya teridea untuk mengayakan rambut K-Pop. Saya bukannya mahu jadi jejaka Korea tetapi hanya untuk suka-suka. Saya tetap Melayu di mana-mana pun, walau di tengah bukan Melayu.

Saya tidak faham kenapa saya begitu serius dalam gambar ini.

Untuk membuat rambut ini tidaklah sukar sebab ia bukannya satu gaya yang memerlukan kita kena pergi kat Salung. Kita boleh buat sorang diri kat rumah. Kita hanya perlukan kepala, rambut dan sebuah cermin. Inilah hasilnya....tara...

Sekarang bukan pelajar saya sahaja yang berK-Pop, tetapi saya juga...

 Kita kena tutup dahi kita, biar orang tak tahu sebenarnya kita cerdik...

Tetapi timbul juga keraguan dalam hati, sesuaikah dengan usia saya? Takut nanti orang kata mengada nak jadi muda. Namun bila saya fikirkan ianya adalah suatu yang biasa, iaitu siapa tidak mahu kelihatan muda? Haaa... dan dalam hidup saya ini apa lagi isu orang tak kata ke saya? Haaa...

Nampak macam rambut palsu pun ada...

Dari segi pakaian tidaklah pula saya mengikutinya sebab badan saya gemuk dan sudah hilang bentuk. Mungkin kalau kurus? Jadik...he he he. 

Saya memang tidak berniat untuk pakai sefasiong dengan orang Korea tersebut, iaitu pakai selendang, lips gloss atau sanggup pakai baju panas (sewater) di tengahari yang panas! He he he.

" Tak apalah Man, buatlan gaya apa pun selagi rambut masih ada" Kata seorang prof semasa saya melintas di pejabat tadi (semasa saya tunjuk rambut saya kat pejabat). 

Saya gelihati mendengar komen prof tadi sebab saya faham benar rambut saya tidaklah akan selamanya lebat,  selamanya hitam... dan selamanya ada.

Sara rasa kalau rambut saya panjang...lebih okey sikit nak mengayakan rambut K-Pop ni.

Jan: Penting ke mengaya rambut?


2 comments:

Adie Achim said...

Saya menjadi pelik sebelum kahwin saya akan berhias depan cermin dan tidak akan keluar rumah dengan rambut masai. Kini saya hanya terperasan rambut saya yang kusut ketika terlihat cermin di pusat beli-belah. Entahlah Abg.JAn rasanya eloklah ketika bujang ni bergaya sakan sebelum keterujaan tu hilang.

Jankaulu said...

he he he, saya pulak terkejut juga bila lihat rambut saya kat cermin pusat beli belah. saya marahi anak saudara kerana kenapa tidak beritahu saya rambut saya kusut masai.

anak saudara saya jawab " Kan stail rambut iman selalu begitu".

He he he.Sebenarnya hari-hari tertentu sahaja saya gayakan rambut. Hari bila rasa nak handsum sikit.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home