"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 21, 2013

Syahdu (2003)

Album ini diterbitkan oleh Biduanita Negara kita, Datuk Sharifah Aini sendiri...

Ada nama saya, he he he


Ada gambar Kak Pah

Ada buku kecil sepuluh helai bersama covernya 

Penerbit eksekutif album  ialah Datuk Sharifah Aini sendiri. Penerbit dan penggubah lain ialah M. Nasir, Ramli M.M, Ajai, Manan Ngah, Ahmad Izham Omar dan Bong. Senarai lagu:

1. Laraikanlah Kekeliruan (Ajai/Lukman S)
2. Maafkanlah (Ahmad Izham Omar/Lady D
3. Cinta Alaika (M Nasir/Seth)
4.Semua pergi (Boe Kent Mahaihollo)
5. Kenapa berjauhan (Ajai/Lukman S)
6. Kalam Jauhari (Bong/Azman Dungun)
7. Malam Gelisah (Agustin Lara/Pham, Lirik bahasa Malaysia: Sharifah Aini)
8. Segalanya di hati (Ajai/Lukman S)
9. Qasidah di Jabai Rahmah ( M Nasir/ S Amin Shahab)
10. Teman bicara (Manan Ngah/Sharifah Aini)
11. Selamanya (Ly)
12. Taman Rohani (Bong/Azahar Dungun)
13. Ku masih menyintainya (Ly)

Album ini menarik dan memang `Syahdu'. sangat bertepatan dengan tajuk album. Terutamanya lagu `semua pergi'. Rasa sayu dan syahdu.

Sangat ketara lagu `Malam gelisah' dan `Semua pergi' dirakamkan menggunakan iringan okestra. Dua lagu ini sangat saya minati. Iramanya perlahan. Boleh buat kita rasa tenang. 

Namun lagu yang paling saya minat dalam album ini ialah lagu saduran yang bertajuk `Malam gelisah'. Lagu ini lagu `noche de ronda' - Luis Miguel. Kak Pah nyanyikannya dengan lebih lembut dan mendayu-dayu.  saya tidak fikir ada penyanyi lain boleh membawa lagu ini, he he he. Liriknya Kak Pah tulis sendiri. Saya perturunkan di sini:

Malam Gelisah.

Malam gelisah hati membasah
Hati dibias kesedihan
Malam gelisah semaikan dingin
Menjadi zalim, menyiksakan...

Bersabarlah rambulan
Kau kesunyian dan kegelapan keranaku
mengapa kau resahkan
seperti kekasih menghilang
selamanya...

Utuskan salamku dan rinduku
di sanubarimu
kukesayuan memeikirkan 
siapakah yang merampas kasih sayang
mestikah dariku...

Kukesakitan ditinggalkan
hanya kerlipanmu
cahaya sinarmu
melupakan pemergianmu

Kau yang pernah kucintai
kan kubawa bersama
dalam lena dan jaga

Temanku yang menantimu
di bawah awan yang lalu
cahayakan hatiku pilu
malam sepi
tenanglah jiwaku

Jangan lagi kau bersembuntyi
selimutilah hibaku
oh sinarilah hidupku....


Jan: Rupanya sudah sepuluh tahun saya simpam album ini...

1 comment:

Anonymous said...

salam saudara sukiman, harap leh hubungi saya zam 013 9656994 sbb saya pon peminat tegar kak pah....cd lela manja tu sama saya pon beli kat giant kuantan...mmg terbaik sbgai khazanah negara....

.