"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 28, 2013

Makan malam saya dan kucing

Dua keping roti dan enam ikan goreng

Sekarang saya cuba meringankan makan malam saya. Kalau boleh malam hari saya tidak mahu makan langsung tetapi saya tidak berdaya. Tangan saya akan ketar, he he he. 

Saya cuma makan seawal mungkin dan mahu tidur bukan dalam kekenyangan.




Saya mahu badan saya rasa ringan sedikit. Saya sudah mulai berumur, makan pun tidak boleh kira sedap mulut sahaja. Ikan tersebut saya rasa tawar sedikit. sengaja saya tawarkan...

Saya juga simpan ikan dan roti untuk kucing, saya gaul dan berikan kucing-kucing makan... maknanya makanan kami sudah setaraf, he he he.

Malas nak masak, malas nak keluar makan kedai, apa dah jadi? Apa nak jadi?

Jan: Kucing gatal...he he he

3 comments:

Adie Achim said...

Amboi2. saya nak komen cara Abg Jan hiris2 ikan utk goreng begitu kemas, rapi dan berkarisma sekali. Untuk calon bakal menantu anak saya nak cari yang begini (angguk2) :)

sukiman said...

Kalau ayah saya yang siang, lagilah halus dan sama jaraknya Adie.Saya tu kira cincai jea asal rempah masuk dalam daging ikan...he he

Sarah Amanda said...

Tapi en sukiman..hiris ikan tu cukupla 2 atau 3 hiris jer..amboi..kemas sangat...gamaknya klu kepala tu boleh dihiris...

.