"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, January 6, 2013

Sampaikan Salam Cintaku...


Kadang-kadang ada juga lagu-lagu lama bila digubah semula menjadi lebih menarik dan segar. Boleh didengar telinga saya (namun saya berpendapat kebanyakannya hancur bila digubah). Lagu baru?

Dah nk bradu...Nk tgk juara lagu tp lagu2 tak mesra telinga... x nbiasa dengar... i suka artis2 dulu2... Mulai esok djangka pntai tmur akn dilanda angin kncang n ujn luarbiasa slama 3hari"

Itulah jawapan kawan saya di Dungun bila saya tanya sedang buat apa dan bagaimana cuaca di sana. Kawan saya sudah tidak tertarik dengan lagu-lagu sekarang. Dia juga menambah kadang-kadang lagu-lagu baru dah tidak ada unsur dan jati diri Melayu. Lenggok kadang-kadang sama sahaja. Dan dia juga merungut lagu Indon juga banyak yang sudah hilang jati diri Indonesia. Dan nak jadi lagu orang putih. Dia peminat lagu-lagu Indon.

Namun saya bukan mahu mengupas pasal lagu lama dan lagu baru. Saya sudah tahu penyanyi lagu Sampaikan salam ini bernama Adira. Saya tidak kenal dia (sama ada dia terkenal atau tidak) tapi dia dari program realiti (realiti sangat...huh!. Sebenarnya bila Mawi menang saya sudah tidak tengok program ni. Saya sudah tidak percaya kewibawaan program ini.).

Lagu ini dulu Allycats bawa...


Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Korus
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu













Jan: Saya bersumpah dengan nama allah dan sekalian rasul, dia akan merindui saya sepanjang hayat...

2 comments:

myfreeminded said...

Syahdunya rasa hati, ni terkenang cinta lama lh ni.

sukiman said...

he he he

.