"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 25, 2013

Kumpulan-kumpulan dalam kumpulan

Kita makan dengan orang yang sesuai dengan kita 


Dengan siapakah anda akan/telah keluar bersarapan pada pagi ini?

Saya perhatikan di sekitar suasana kerja saya terdapat beberapa kumpulan-kumpulan dalam kumpulan. Maksud saya dari segi corak perkawanan apabila berkaitan dengan `dengan siapa kita pergi makan'. Saya juga percaya keadaan ini juga berlaku di tempat kerja lain.

Ada yang suka makan sorang diri. Mereka makan dalam bilik mereka. Kadang-kadang kita jumpa dia dikedai kelihatan dia makan seorang. Saya jarang makan seorang tetapi tidak ada masalah untuk saya makan seorang bila lapar, hehehe.

Ada juga yang saya tidak pernah tengok dia makan dengan sesiapa pun (malah saya tidak tahu dia makan atau tidak, he he he). malah saya tidak pernah tengok dia makan di kedai.

Ada yang saya nampak bila makan selalu dengan kumpulan mereka bak rombongan Cik Kiah. Makan sambil berbual seronok juga. Boleh tahu banyak perkembangan dan buah fikiran.

Ada yang makan dalam pantry sahaja di pejabat. Mereka bangun seawal 5.30 pagi untuk masak. Bekal tersebut boleh juga di makan untuk tengahari. Ini suatu sikap yang bagus kerana dapat menolong ekonomi rumahtangga.

Saya? Biasanya saya suka makan dengan Adnan. Kami makan berdua boleh dikatakan amat kerap. Kadang-kadang sahaja kawan-kawan saya mahu ikut saya dan makan dengan Adnan. Adnan juga begitu, kadang-kadang ada kawan-kawannya yang ikut serta. Kawan-kawannya dan kawan-kawan saya sebenarnya kawan-kawan saya dan dia juga. Kawan setempat kerja.

Saya senang sekali makan dengan Adnan kerana dia makan cepat dan tidak lama berada di kedai. Dan saya juga boleh berbual mengenai topik yang saya suka. Hari ini banyak juga topik yang disentuh walaupun kami hanya makan sekejap sahaja. Topik wajib ialah topik ekonomi, sejarah dan juga perlakuan kebiasaan masyarakat kini yang amat berbeza dengan masyarakat sekarang.

Pun begitu saya ada juga makan dengan kawan yang bekerja di sebangunan saya (Adnan biliknya di bangunan lain, saya di bangunan lain. Kami berjumpa di tempat letak kereta). Kawan-kawan rapat ini adalah kawan-kawan yang sewaktu dengan saya semasa kami ditemuduga enam tahun lepas.

Kita makan dengan orang yang kita suka. Betul tak? Mestilah kan? Sebabnya mudahlah makanan itu ditelan dan kita tidak perlu `berlakon' sambil makan. He he he.

Jan: Bila sibuk makan kat meja pejabat jea. bangun pagi sebelum ke pejabat, beli makanan terlebih dahulu.

No comments:

.