"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 25, 2013

Menyalahkan kepada faktor umur?

He he he. Saya selalu menggunakan faktor umur untuk menutup kelemahan bentuk badan saya:  

"Laaa umur kita kan dah 40 lebih tak kan badan kita macam muda belia lagi". Saya beritahu kawan saya yang badannya juga seperti belon dipam-pam, dia sudah kehilangan leher. Saya seolah mahu menyedapkan hati dia tetapi sebenarnya menyedapkan hati sendiri. He he he.

Saya dapati rata-rata corak pemakan manusia di sekeliling saya (termasuk saya) jauh tersasar dengan corak makanan seimbang yang berbentuk piramid tersebut (lihat gambar di bawah:)




Pernah suatu ketika dahulu saya makan nasi tiga kali sahari. Saya tidak sedar sebenarnya saya sedang `membina badan'. Mungkin saya tidak sadar dan dalam masa yang sama sedar tetapi buat penafian dalaman. He he he. 

Dua bulan lepas saya jumpa sahabat baik saya Lokman, dia terkejut saya semakin `membesar'. Saya juga bertambah nampak besar sebab berbaju Melayu besar dan berkain pelikat (baru balik surau bersama anak saudara saya Najib. Ini bukan nak menyalahkan baju menampakan saya gemuk atau nak beritahu saya ke surau, hanya nak beritahu baju tersebut menambahkan kenampakan saya yang sedia ada sudah gemuk).

Tahun lalu saya beranggapan " Ahhh...biarlah gemuk pun, dah berusia. Lagi pun kawan-kawan seumur dengan saya dah gemuk-gemuk lebih-lebih lagi". 

Nampaknya saya tidak rasional. Kenapa pula menjadikan kawan kita yang setopok ( yang kita lihat di FB) sebagai tanda aras? Yang penting adalah kita, kesihatan kita, tubuh badan kita. Betul tak?.

Siapa yea yang pertama-tama sekali menyatakan bila kita sudah berusia/tua badan kita akan gemuk? Haaa. 

Jan: Ada juga yang berusia tetapi badan terbentuk. Tetapi jarangkan? Kenapa?

No comments:

.