Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 22, 2013

SANG RAJUNA HATI - Normadiah `sountrack' filem "Ribut" (1955)

"

SANG RAJUNA HATI" versi karaoke Normadiah filem "Ribut" (1955)


Kadang-kadang bila dengar lagu lama-lama, terfikir juga mengapa ianya menjadi lagu malarhijau. Maksud saya ia sedap didengar dan diterima sepanjang zaman. Dan kadang kala terasa pula lagu-lagu dalam AJL adalah pisician semata. He he he. Jangan marah.

Lagu sekarang bukannya semua tidak merdu didengar tetapi mungin saya sudah `tua'. Namun ada di antara pelajar saya (ramai juga sebenarnya) mengemari lagu-lagu lama dan menyatakan lagu-lagu sekarang tidak sedap didendar telinga.

Lagu sekarang tidak tahan lama, he he he. Buktinya? Buktinya selepas lagu-lagu tersebut meletup ia akan tidak kedengaran lagi, he he he. Kalau cinta kita panggil cinta monyet. He he he. Kalau monyet kita panggil?

Katalah apa pun saya tak peduli. Ketinggalan zaman ke, ketinggalan bas ke, ketinggalan planet ke, saya tidak kisah. Katalah saya jea pensyarah yang tak ada tablet atas muka bumi ni. Katalah saya katak di bawah tempurung ke. Rusa masuk Giat ke. Tapi pendapat saya lagu sekarang banyak yang entah apa-apa bila dengar.

Kalau lagu tersebut baik dan sempurna, ia sedap didengar telinga tidak kira zaman apa pun. Cuba lihat lagu zaman 60 an, ia tetap diterima sebab ia ada `irama'. Berzaman pun ada orang dengar, orang cari.

Lagu sang Rajuna Hati ini ada nilai muzik Melayu yang tinggi. Lirik digubah dalam bentuk puisi lama (ada rangkap yang terikat ada yang bebas, - kesusasteraan Melayu lama). Lagu ini menjadi lagu malarsegar. Contohnya lagu ini juga kemudiannya dinyayikan oleh Uji Rasyid dan Hetty Koes Endang. Saya perturunkan liriknya:

Pergi sudah cinta hati
Entah kan bila kembali
Tinggallah hidupku sunyi
Seumpama rumah tak berisi

Hilang seri maya ini
Dek hidup direndung sepi
Tolonglah ilahirabbi
agar lepas dari seksa ini...

Kalau turut seruan hati
laut nan luas kurenangi
agar dapat aku bertemu
sang rajuna hati...

Pohan-pohan tinggi menjulang
lambai-lambai kan daunmu
panggil oii pulang kekasihku
Sang Rajuna hati...

Sebenarnya lagu ini mak saya suka... Saya tumpang dengar jea. Kata mak saya Normadiah mempunyai suara yang merdu. Saya sangka beliau hanya berlakon dengan Tan Sri P Ramlee (saya terhibur dengan wataknya sebagai `tuan rumah' yang syok kat penyewanya, tetapi penyewa buat-buat tak reti konon, he he he), tetapi rupa-rupanya beliau penyanyi yang hebat jugak. Malah ada yang mengatakan suaranya lebih merdu daripada Biduanita Saloma tetapi Saloma lebih cantik... (sama kes Siti dan Liza Hanim kot, kawan saya kata suara Liza Hanim lebih hebat. Saya tetap Kak Pah. He he he. Masing-masing ada deria telinga masing-masing).

Kepada yang tidak pernah dengar lagu ini, bolehlah dengar. Lagu ini lagu lara dan jiwang sepanjang zaman. Orang yang tak pernah patah hati tak akan terasa apa. Atau hati dah keras macam tiang talipon atau tar jalan atau botol minyak wangi.

Jan: Kadang-kadang buat macam patah hati...(tetapi sebenarnya memang patah pun, he he he(pulak dah)

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home