"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 18, 2013

Surat kepada siput babi...

Wahai siput, kamu tidak pernah kulihat tergesa-gesa...

Salam sejahtera,

Kehadapan Siput Babi, semoga siput berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama telur kuning dan pasu.  Maaf kerana masih menulis surat walaupun ada telefon bimbit. Surat ini bukanlah penting sangat, saya saja nak bercerita. 

Semasa saya duduk bersimpuh di serambi masjid tadi saya beritahu kawan saya yang seminggu itu adalah suatu jangkamasa yang sekejap... Buktinya saya rasa baru sahaja sembahyang jumaat dua, tiga hari yang lalu. Saya beritahu dia...

Namun dunia siput, seminggu tentulah rasa lama kan? kan? kan?

Wahai siput,

Saya berpendapat ramai juga manusia lain yang berfikiran begitu. Mereka merasakan seminggu adalah sekejap cuma. Namun ada baiknya juga sebab tentu kaum manusia akan cepat dapat gaji, namun tentu cepat pula mereka merasai kehabisannya, he he he.

Untuk pengetahuan siput, sekarang saya sibuk menanda kertas pelajar. Hendak menandanya perlukan tumpuan yang lebih. Tidak boleh memaksa diri jika tidak bersedia. Tentulah kerja menanda ini sukar, kalau tidak saya tidak diberi gaji. Tok gitu?

Wahai siput,

Semalam bila menanda kertas, saya rasa lapar. Saya ke dapur buat maggie. Bila makan maggie rasa mengantuk pula. Saya lihat jam di meja, saya terkejut. Sudah pukul 2 pagi. Jam dinding saya rosak. Jam itu saya beli di IKEA. Murah sahaja. Ada kawan saya tidak beli barang-barang di IKEA, dia beritahu barang di  situ tidak bermutu. Saya senyap sahaja tetapi di dalam hati saya berkata "tak apa itu jea yang mampu". Namun kawan saya itu rumahnya macam tempat kucing beranak walaupun dipenuhi perabut mahal-mahal.

Maaf siput, Saya kembali kepada tajuk posting. Mungkin kerana banyak kerja nak dibuat maka kaum manusia rasakan sehari sangat cepat berlalu. Malah sebenarnya kami sudah merangcang di dalam kepala aktiviti mingguan kami, malah bulanan dan tahunan. Teruk perangai manusiakan?... Berbanding dengan siput pasti siput tidak memiliki jam loceng atau kalendar meja dan sebagainya. Kehidupan yang simple. Siput patut bersyukur.

Jan: Kalau jumpa cacing kirim salam kat dia. Dia lagi senang hidup, tak ada otak!

1 comment:

Nong Andy said...

wahai siput babi... saya tumpang baca surat kamu ya.. sila halalkan ia hehe..

.