"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 3, 2012

Sepi seorang Batmeng..

Hari ini hari isnin, 3 September 2012, hari pertama peperiksaan akhir akan dijalankan untuk semester 1 sesi akademik 2012/2013. Pada hari pertama ini saya ditugaskan untuk menjaga bilik urussetia bersama 2 rakan (yang baru dilantik menjadi ahli jawatankuasa). 

Saya percaya saya ditugaskan pada hari pertama kerana pengerusi percaya saya dapat jalankan tugas dengan baik dan penuh tanggungjawab. Jika ada apa-apa kejadian yang menganggu kelancaran peperiksaan saya akan cuba selesaikan dengan cara terbaik. Pada hari pertama biasanya banyak cabaran yang dihadapi. Saya juga percaya pengerusi mahu saya mengajar 2 rakan baru tersebut bagaimana perjalanan/proses pengendalian peperiksaan akan dijalankan.

Saya sampai awal di bangunan akademik di mana peperiksaan akan dijalankan di tingkat 5. Tingkat teratas bangunan akademik. Pada masa tersebut masih tiada orang. Maka saya tidak terus ke tingkat 5. Saya berlegar di bawah depan lobi sahaja. Lif tua itu kelihatan menakutkan...dan saya teringat cerita-cerita seram yang pernah terjadi. Dan setahu saya lif tua tersebut adalah lif tertua di daerah ini... Tidak mengapalah saya tunggu di bawah dahulu...he he he.

Saya datang awal supaya saya tidak tergesa-gesa. Bila kita tergesa-gesa kita mungkin membuat keputusan yang tidak bijak. Dalam kelam kabut kita mungkin tersilap langkah. Sebenarnya pada malamnya saya terkejut 4 kali dan tengok jam, he he he. Saya bimbang terlewatbangun pagi untuk ke bilik urusetia. He he he.

Pagi tadi, sebaik sahaja saya memulakan kereta, saya ke pasar membeli makanan. Saya tahu saya mungkin tidak sempat makan pagi sebab bila saya mula bekerja, saya tidak berhenti sehingga tengahari. Sehingga saya sampai ke bangunan akademik, sebenarnya saya sudah menelang 3 karipap!. Ada kawan saya pernah bertanya " Man, stereng kereta Man, Man sembur apa, berkilat jea? Pelembap ke?. Saya tersenyum lebar dan beritahu " gula donat". He he he. Kadang-kadang karipap.

Kita kembali ke tajuk posting. Hari ini saya jaga exam dan duduk di bilik urusetia exam daripada pagi sampai 6 petang. Kerja menguruskan bilik urusetia exam sangat komplek dan sulit. Maka saya cerita yang tidak sulit sahajalah... Saya harus membantu melicinkan prosesnya sahaja. Pengawas akan datang ambil barang dan soalan dan bawa ke dewan peperiksaan. Di dewan peperiksaan ada ketua pengawas. Tugas saya membantu ketua pengawas juga. Atau ketua pengawas membantu saya? .

Sesi pagi dan petang berjalan lancar. Pada waktu pagi saya tidak terasa perjalanan waktu. Sesekali saya ke tepi bangunan. Saya lihat pemandangan yang jauh. Bangunan yang tinggi ini menjamukan pemandangan yang indah, maksud saya pemandangan yang menghijau sehingga jauh pandangan. Kita akan rasa syahdu dah redha. Ya allah, saya menahan rindu di dada...

Pada sesi petang saya sudah mulai letih kerana bekerja seharian. Namun dengan kehadiran kawan saya, saya jadi galak pulak bercerita. Saya juga menyampuk mana yang patut sambil memastikan bilik stor sentiasa tertutup. Saya pastikan juga perjalanan kertas soalan dari bilik kebal ke destinasi berjalan dengan lancar. banyak perkara saya harus patikan. Bila orang beri tanggungjawab, kita kena buat sebaik mungkin. Jangan sambil lewa... Saya teringat pesan guru besar saya dulu...

Bila duduk di kerusi saya tiba-tiba teringat akan keadaan rumah saya, bila balik nanti saya harus kemas rumah dan buang banyak barang. Rumah saya kecil tetapi barang saya banyak, mengalahkan orang berkelamin.

Dalam bilik urusetia, saya juga berjumpa dengan seorang rakan pensyarah yang berlainan bangunan. Dia ada bertanya adakah saya sudah membeli Harrier (kereta)?. Katanya Imad (jiran saya di Kuantan merangkap kawan saya di UMP, kawan setaman perumahan) selalu melihat ada Harrier di rumah saya di Kuantan. Dia bertanya saya beli kereta baru ke? Saya hanya tersenyum mengada sebelum menceritakan segala-galanya...

Sayalah juga orang terakhir mengunci bilik urusetia (setelah saya pastikan pintu di dalamnya semuanya terkunci), saya menuju ke lif. Seorang diri saya berada di dalam lif dan menekan nombor 1. Bila lif terbuka, saya terkejut sebab lif tersebut berhenti di Groung flor. Rasa seram pulak. Teringat cerita seram dalam DVD. Terus cepat-cepat saya tekan kembali naik ke tingkat 1. 

Saya terus punch out di pejabat tingkat 1... Saya melenggang kangkung menuruni tangga bangunan akedemik ke tempat parkir... sebelum membuka pintu kereta, saya menahan airmata...




Jan: Saya akan cekal jalani hidup ini, sedaya upaya. ...walaupun jauhnya bahagia saya akan cuba bergembira...

No comments:

.