"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, September 7, 2012

Surat untuk catwomen

Mak,

Semoga mak berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama ayah. Abang di sini sihat alhamdulilah cuma kadang-kadang abang rasa malas. He he he.

Hari ini abang tidak bertugas di bilik urusetia exam. Abang akan bertugas lagi pada hari sabtu dan ahad nanti. Abang tidak kisah ditugaskan pada hari sabtu dan ahad. Pagi ke, petang ke, malam ke. Abang tidak kisah tidak bercuti di hujung minggu. Abang akan bekerja bersungguh-sungguh. Kalau cuti pun ke mana abang hendak pergi...? Semua tempat semakin hambar...(pulak dah).

Namun abang tetap pergi kerja pada awal pagi. Bila abang sampai di bangunan akademik di blok AB, tiada seorang pun yang ada. Seperti biasa abang parkir kereta di belakang bangunan. Abang sepak-sepak daun pokok yang kering, yang berterbangan sana sini. Abang menari bersama daun-daun kering tersebut...nasib baik tiada orang. 

Daun-daun kering yang berguguran itu tiada haluan hidupnya...kami senasib?

Namun hari ini abang banyak kerja juga. Hari ini abang ada janji dengan beberapa pelajar yang masih tidak menjalani kuiz dan pembentangan kertas kerja. Sepatutnya abang sudah menyiapkan carry mark namun ada-ada sahaja kejadian yang menghalang. Bila tidak selesai, rasa tidak selesa. Pelajar-pelajar sekarang sibuk sangat dengan kerja-kerja `bukan belajar', he he he... Namun abang selalu memberi peluang kedua kepada pelajar, abang rasa mereka perlu diberi peluang.Mereka masih muda.

Mak,

Hari ini sebelum abang pulang daripada kerja, abang berhenti di Tunas Manja. Abang beli 10 biji telur, sekilo gula dan 10 keping paket Eno. Malam ini ada kawan-kawan buat makan-makan. Ya allah selepas ramadan ramai buat rumah terbuka. Sebenarnya Abang keberatan untuk hadir, namun abang tidak mahu mengecewakan kawan-kawan abang. Mereka sangat baik. Sebut sahaja abang nak makan apa, mereka buatkan. 

Oleh kerana abang sibuk, abang ambil bahagian hanya tolong rebus telur untuk dipadamkan dengan soto yang akan dibuat oleh mereka. Abang juga rebus gula untuk dapatkan air gula (kawan lain akan buat koktil). Semasa merebus telur dalam periuk vision, abang pasang lagu Kak Pah yang bertajuk Seribu Mawar, mendidih air gelegak rebusan telur itu, sedidih itulah hati abang yang tidak pernah padam akan dendamnya. Abang seorang yang tidak bagus. Berdendam.

Kalau boleh abang nak jadi macam mak, orang buat apa-apa pun mak redha....

Dan abang bawak juga 10 peket Eno kerana kawan-kawan abang makan banyak dan tidak hadam. Mereka memang suka makan-makan. Kadang-kadang abang hairan juga, kadang-kadang abang tertanya-tanya mereka dari planet mana? dari bumikah mereka? atau...

Kawan-kawan kata telur abang cantik, bulat, dan licin. Mereka kata telur abang menyelerakan. Telur abang itu memang istimewa. Nampak cantik bila dihidangkan di atas meja. Semasa abang rebus, abang masukkan surat khabar lama dalam vision tersebut. Bahan kimia dari surat khabar tersebut akan membuatkan kulit telur nampak putih licin bila dikupas. Dan bila dibelah warna kuning telur comel sangat. Selera nak makan. Petua tu abang dapat dalam internate.

Mak,

Sebenarnya sekarang abang sudah letih untuk berkumpul-kumpul dan makan-makan ramai-ramai. Abang bukan menjadi seorang handsum yang sombong, cuma abang tidak segalak dulu bersosial. Mungkin kerana dalam kumpulan abang abang yang paling berusia. Mereka masih muda dan huha-huha lagi. Tetapi kali ini abang harus hadir kerana sudah ada kawan yang perasan. Mek Zue misalnya beritahu abang, yang abang sudah tidak mahu berkawan dengan mereka lagi. Abang asyik mengelak... bila diajak berkumpul, bergembira dan huha-huha.. 

Itu tidak benar, mereka kawan baik abang. Mereka sangat baik hingga tiada perkataan nak abang gambarkan. Bila abang deman mereka yang belikan nasi, datang bertanya khabar. Namun adakalanya abang seperti perlu bersendiri. Abang tidak pandai nak terangkan di sini. Tetapi abang sudah tidak tahu nak cakap apa bila berada di dalam kelompok mereka. 

Mak,

Kalaulah mak tahu... yang abang mahu sangat mak menjenguk abang di sini. Abang sangat sunyi. Kadang-kadang abang bermimpi buruk. Abang bermimpi keluar tangan-tangan dari dinding ruang tamu bersama buih darah membuak-buak. Perempuan tua berambut perang itu mahu mengheret abang ke dalam dinding. Banyak kali abang bermimpi begitu.

Abang rasa abang pernah jumpa orang tua tersebut tetapi abang tidak ingat di mana.

Mak,

Sebenarnya abang letih sangat mak. Abang letih menjalani kehidupan ini dan melayan karenah manusia di sekeliling. Tetapi abang tahu mereka tidak berubah cuma sebahagian daripada diri abnag kian berubah. Abang letih zahir dan batin... Abang perlu banyak masa untuk berehat. Dan kemudiannya abang akan segar kembali...abang akan segar dan kembali dan berharap akan teruskan aktiviti mengada dengan kawan-kawan.

kawan-kawan abang kata kalau buat aktiviti jika abang tak ada tidak seronok. Mereka kata abang kelakar dan menghiburkan... (mereka seolah tak tahu abang half alive, tapi kalau kita susah hati kita tak boleh tunjuk kat oarang kan mak? sebab mereka juga mungkin susah hati giler tetapi tak tunjuk kat orang. Betul la dunia ini pentas lakonan kata Seksepier (Shakespeare).

Mak,

Sebenarnya abang beli (hutang)  LCD besar dan speaker itu supaya abang rasa terhibur dan mewah. Rasa tidak sunyi dan rasa bertenaga. Tetapi...tetapi matlamat itu tidak 100%  tercapai. Kita hanya boleh pikat bahagia, bukan membelinya...(pulak dah).

Mak,

Kadang-kadang abang jadi serba salah. Adakalanya abang harap mak tidak datang menjengok abang kerana mak seharusnya berada dengan ayah. Kalau mak datang jumpa abang tentu ayah sunyi tinggal sorang di kampung. Tempat seorang isteri itu bersama suaminya. Tempat seorang suami bersama isterinya... tempat abang bersama sunyi...(baca dengan perasaan sedih, kalau tak sedih, buat-buat la sedih, he he he)

Mak jagalah ayah, jangan tinggal ayah lama-lama semata-mata kerana abang... Abang tahu sangat perasaan orang yang duduk sorang diri. Tak apalah jika emak tidak datang.(konon...)

Mak,

Abang tidak sabar menunggu Najib dan Azlan datang lepas mereka periksa PMR nanti. Tentu seronok melayan mereka yang muda. Mereka penuh semangat mahu berjaya dalam hidup, penuh berharapan. Abang dulu pun begitu...

Abang bercadang nak bawa mereka tengok wayang, tidor di hotel dan makan-makan. Abang harap mereka akan gembira. Abang harap abang akan jadi pak saudara the best in the wael...

Semasa abang tidor beberapa hari di rumah Kak Tie, Azlan ada beritahu dia tidak mahu kahwin dan mahu hidup gembira seperti abang. Dia kata hidup abang sangat senang dan bebas. Balik lewat malam, selalu makan dengan kawan-kawan dan dalam sehari tengok wayang banyak kali. He he he. 

Semasa abang tidur di rumah kak Tie memang abang selalu balik lewat malam sebab berjumpa kawan-kawan dan tengok wayang dan membeli belah tak henti-henti (tapi beli barang murah jea). 

Abang berdoa dia tidak menjalani hidup seperti abang, dia tidak tahu banyak perkara di sebalik kehidupan abang.

Mak,

Semasa abang balik beraya tempohari, abang ada tertinggal sepasang baju Melayu merah, baju yang abang pakai pada pagi raya.  Baju Melayu merah itu sebenarnya baju Melayu untuk pengantin lelaki. Harganya beratus ringgit. Kesian baju Melayu itu kerana takdirnya abang yang membelinya memakainya...he he he. Kami senasib.

Mak,

Love that we cannot have is the one that lasts the longest, hurt the deepest, and feels the strongest... 


2 comments:

Yatt Monir said...

life must go on :)

Nong Andy said...

Sebak pula membacanya.. tapi tak apa. Alah bisa tegal biasa.. hidup umpama roda.. kejap sedih kejap gumbira :D

tiba2 saya byk pribahasa pulak haha..

.