"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 25, 2012

Kalau hidup ini sebuah lakonan, mana skripnya?

" Lelaki pun jahat juga Man" kata seorang kawan wanita saya setelah saya cerita bagaimana bodohnya seorang perempuan boleh percaya dan rugi lebih RM60,000 kepada seorang lelaki yang tidak pernah dia jumpa.  Mungkin semasa bercerita saya ghairah dan penuh ekspresi muka, dia rasa tersinggung. He he he. Tetapi saya tidak berniat. Bukan semua perempuan bodoh dan tidak semua lelaki baik. Ada lelaki bodoh, contohnya, saya! He he he.

Saya teringat pagi tadi pukul 7.30 pagi, emak saya beritahu warga asing tahu dan perhati kemahuan golongan wanita Malaysia. Mereka mudah diperdayakan. Kata emak saya lagi perempuan tua ditipu kerana mahu sangat jadi kaya. Ada kes di mana perempuan berumur ditipu dengan hanya menyuruh masukan duit dalam akaun kerana kononnya lelaki (melaung tersebut) nak bantu buat perniagaan. Dan kata mak saya lagi wanita muda pula ditipu sebab kemaruk sangat cari laki/pasangan hidup. 

Pada masa tersebut saya sedang mengelap badan dengan tuala hotel. Sambil mengelap badan saya menimbang diri. 83 kg!. Saya jenguk keluar, saya mendengar mak saya membebel sambil tengok berita di television. " Ya, ya gatal sangat tu" Kata saya menyampuk, sambil sarongkan underware Renoma saya. Saya tersenyum sebab teringat anak saudara saya di kampung ada kata saya hanya pakai underware Renoma dan kasut Camel active sahaja. rupanya dia perhati akan kehidupan saya. tetapi tidak benar juga,  sebenarnya kadang-kadang saya tak pakai langsung (supaya lebih selesa)  dan cuma berselipar sahaja.

Pagi ini sangat indah. Bila terjaga dari tidor, emak saya sedang membaca al Quran. Saya geliat dan bersenam ringkas sebelum bangun. Rasa nak tidur balik pun ada, he he he. Pagi-pagi begini sangat indah. Bila bangun pagi ada alunan asli suara mak alunkan ayat suci. Bila bangun emak saya suruh saya sembahyang subuh.

Saya teringat semalam emak saya kejutkan saya di tengah malam... Saya tanya kenapa mak?. Mak saya beritahu 'Abang meracau dalam tidor...". 

Selepas menyarungkan baju belang lengang pendek, saya ke ruang tamu. Saya lihat ada air dalam bekas plastik dan ada bekal juga. Mak saya buatkan untuk saya. Bestnya hidup. Terima kasih tuhan...

Jan: Semasa memandu ke tempat kerja, saya mengesat air mata yang menitis... mak abang minta maaf atas segala-galanya. Abang tidak pernah tenteram.

No comments:

.