"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 10, 2012

Majlis Makan Santai: 6 September 2012

3 hari lepas, dalam kelaraan menghiasi kamar jiwa dan kesibukan menyediakan persiapan peperiksaan akhir pelajar (saya AJK urusetia peperiksaan), saya sempat jugak join AJK Majlis Makan Malam, sempena pertukaran ketua Jabatan Kewangan dan Ekonomi, jabatan saya. Saya setuju jadi AJK kerana kawan-kawan tersebut Suzuki best belaka.  

Tarikh: 6 September 2012 
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Restoran Santai, Tanjung Lumpur.
Tema: Santai…


Semua di atas adalah antara AJK yang glamour. Yang paling handsum tu sayalah (tak tanya pun kan?).

Paginya, kami minta pelepasan dari timbalan dekan akedemik kerana hendak pulang awal sebab nak ke Kuantan untuk menyediakan majlis. Nak beli hadiah dan sebagainya. 

Saya telah memilih sebuah jam seiko di ECM sebagai hadiah kepada ketua jabatan saya. Hadiah tersebut daripada ahli dijabatan, saya tukang pilih dan cari apa yang nak dibeli.  Dalam pada itu saya sambar satu jam untuk saya sebab kotak jam saya tak penuh-penuh lagi, he he he.


Koleksi  jam saya murah-murah sahaja... Sepuluh tahun baru penuh kotak ni kot.


Ini Siti Fara Fadila, dia MC pada malam itu, apabila saya meminta dia menjadi MC majlis, dia tidak keberatan dan senang sahaja menerimanya. Saya hanya ceritakan seminima jea arahannya. Sebab tema majlis ini `santai' sahaja. Bukannya formal. Yang buat tangan di belakang kami itu Nuar Ibzam, dia memang suka mengikut saya ke mana-mana. Pelik.

 Saya bersama tiang pintu pagar Restoren Santai...

 Saya bersama Nor Razuana, dia pernah dianugerah sebagai pensyarah harapan jabatan...
(Saya pensyarah hilang harapan, he he he)


Pada malam tersebut saya tidak makan banyak sebab sedang diet, saya cuma makan tom yam campur, ikan pari bakar, sotong goreng, ayam bakar pandan, ikan bakar dan lain-lain. Saya kena diet sikit, makan banyak tidak sesuai sebagai pesakit darah tinggi seperti saya.

Saya dan Irene

Jan: Saya memang suka tersengeh sana-sini...hati yang remuk saya selindungi... (separuh nafas jiwaku sirna...)

2 comments:

Anonymous said...

saya kenal jam biru itu..yg sesuai dpakai dgn jeans ye en jan?

sukiman said...

ya, saya pakai dengan jeans, tapi saya tak pakai dah sebab ia nampak semakin kecil di lengang saya yang semakin besar...he he he.

Semasa saya beli jam itu seolah saya berusia remaja 17 tahun.

jam tu nampak sivik sikit bila memakainya...

.