"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 4, 2012

Dia pemalas

Sehingga kini saya masih lagi memikirkan perangai kawan saya yang mahu meminjam duit saya. Saya kesiankan anak-anaknya. Nampak gayanya dia tidak dapat menyiara kehidupan keluarganya. Di mana silapnya pun saya tidak tahu. Hendak dikatakan anak ramai, orang lain pun ada anak ramai. Hendak dikata tidak berpelajaran, ramai juga yang tidak ada pelajaran formal tapi berjaya pelihara anak bini.

Saya tiada anak. Saya tiada bini pun. Tetapi saya tahu yang anak adalah anugerah dalam bentuk tanggunjawab. Dan anak juga boleh menyusahkan kita jika kita tidak mendidiknya dengan baik.

Kawan saya hanya bekerja kampung. Tetapi ramai orang lain kerja kampung tetapi rajin dan selalu berusaha. Kemungkinan besar kawan saya pemalas. Saya ada hubungi kawan-kawan lain dan kawan-kawan lain bersetuju yang sekarang banyak kerja yang boleh dibuat untuk sara hidup. Wahima kutip tin pun jadi.

Masalahnya kita yang kurang pelajaran ini kurang juga usahanya. Yang lebihnya ialah sikap yang `nak jadi macam orang lain', yang hidup standard. Ukur baju dibadan sendiri tidak diamalkan. Bantuan yang diberi tidak disyukuri...

Saya percaya kerja ada di mana-mana. Yang penting kita kosinstan dan tahu nilai wang seringgit. Bila kita tahu tentulah kita berhati-hati dalam berbelanja. Saya tidak kata saya bijak berbelanja, kadang-kadang gagal juga tetapi tidak adalah saya nak menagih simpati daripada orang pabila raya semata-mata nak sara anak bini... (eh saya tak ada bini pun).

Haaa, apa? Amboi sedap-sedap jea kata/tuduh saya begitu. Saya senang bukan kerana saya tak kahwin. Ramai juga kawan saya yang hidup susah walaupun tak kahwin walaupun gaji jauh lebih besar daripada saya. Dan ramai juga yang kawin tetapi tidaklah hidup dalam sangat miskin. Kita da duit dan tidak ada duit tiada kaitan dengan status kita tapi cara kita berbelanja dan adakah kita ni rajin...Haaa.

Saya percaya, kalau kita tidak ada pelajaran formal, kalau kita bangun sebelum matahari terbit dan bersiap untuk bekerja/cari kerja di bumi allah yang luas ini, kita boleh hidup terhindar dari kemiskinan. 

Tetapi kita kenalah sedar diri dan rajin. kalau tanah gersang kenalah kita usaha cari tanah lain. Kalau tidak ada kita kenalah usaha airi tanah tersebut. Kalau malas manakan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek...yang berpetak datang...datang ke kubur (keranda), he he he.




Jan: Semuanya bermula daripada hati yang kecut, hati yang malas...

No comments:

.