Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 10, 2012

Aktiviti saya pada hari sabtu dan ahad


Hujung minggu semalam saya tidak ke Kuantan. Sabtu dan ahad saya bekerja di bilik urusetia mengendalikan peperiksaan bagi sesi Akademik semester 1 2012/2013. Bilik tersebut terletak di tingkat 5 bangunan wisma. Di tingkat ini juga terletak dewan peperiksaan, Dewan 1 dan Dewan 2.

Pagi sabtu saya bekerja bersama Adnan. Dia yang tinggal di Kuantan menumpang tidor di rumah saya. Hari ahad saya bekerja dengan Nor Razuana, dia tidak menumpang tidor di rumah saya.

Sebenarnya kalau tidak bekerja pada hari sabtu, saya berhajat hendak ke Kuantan untuk `servis' kereta. Kereta saya dah lebih 90,000 km perjalanannya. Sudah sampai waktunya. Saya menyervis kereta mengikut jadual. Saya takut kereta rosak. Kalau lewat pun, lewat sikit sahaja kerana saya maha sibuk. Saya servis di Indera Mahkota, Kuantan. Produa.

Kembali kepada tajuk posting. Pada hari sabtu saya kerja seperti biasa. Menjalankan tugas hakiki yang biasa-biasa. Dan kelicinan kerja saya juga bergantung kepada kerjasama bahagian lain. Bahagian saya, saya telah lakukan yang terbaik. Tengaharinya saya ke majlis rumah rakan sekerja saya. Saya tidak baik sangat dengan beliau. Tetapi beliau selalu menyapa saya terlebih dahulu dan menghulur tangan setiap kali berjumpa. Saya pulak jenis tak suka bersalam. Pernah seseorang yang say atak sambut salamnya memarahi saya depan Adnan dan orang ramai kerana tidak mahu menyambut huluran salamannya. Seseorang yang saya memang tidak kenal pun... (dan saya curiga akan salamannya).

Saya pergi ke majlis tersebut dengan Adnan yang selepas itu mahu bergegas ke Kuantan. Adnan ini perumah orangnya, bukan jenis suami yang lepas kerja liat nak balik rumah dan berpoya-poya ditempat lain. Selepas kerja dia terus balik rumah, lagipun rumah dia jauh di Indera Mahkote Kuantan. Tempat kerja di Muadzam Shah.  

Tetapi kalau rumahnya dekat pun beliau akan terus balik rumah, bukannya pergi ke kedai cina atau jual insurans di Giant.

Saya pakir kereta jauh sebab banyak sangat kereta. Saya berjalan kaki sahaja menuju ke rumahnya. Anaknya yang nak kahwin haram saya tidak kenal. Tetapi dalam budaya Melayu memang begitu ada kalanya kita pergi majlis perkahwinan sebab kenal makbapak yang anaknya nak kahwin. Anaknya yang nak kahwin kita tak kenal pun. Dan anaknya yang nak kahwin pun tak kenal kita. Sebab tu la gamaknya diletakan gambar di banner di persimpangan cabang dan sebagainya. Kot.

Dalam perjalanan saya bertembung dengan timbalan dekan, saya cuba nak mengelak tetapi gagal sebab jalan hanya sehala sahaja, he he he. Selepas bersalaman saya meneruskan pendakian (rumah atas bukit). 

Tentang majlis tersebut, yang saya ingatai lauk pauknya sedap. Jarang dapat makan sedap di Muadzam ini. (Harap tiada sesiapa yang berasa hati atas pengakuan saya). Kalau diikutkan hati, saya nak makan banyak tetapi saya ambil sikit sahaja makanan sebab badan saya dah hampir nak kembali ke bentuk asal. Montok.

Lagipun tak kanlah saya nak kembali beratur menambah nasik dan lauk, di khalayak ramai. Saya teringat kata-kata Mat Pijot, jangan tunjuk kita ni lapar sangat. he he he.

Sesudah makan saya bersalam dengan bapak pengantin. Dalam perjalanan menuruni bukit saya teringat kata-kata ayah saya kalau saya kahwin dia akan buat wayang kulit selama 7 hari 7 malam (mengatasi perkahwinan kakak saya 3 hari 3 malam...)

Jan: Tetapi pelaming anganan ku musnah, hidupku gerhana. Sekarang masih bernyawa cuma tak bermaya. (pulak dah...)

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home