Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Aktiviti COBA. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti COBA. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Majlis Makan Santai: 6 September 2012

3 hari lepas, dalam kelaraan menghiasi kamar jiwa dan kesibukan menyediakan persiapan peperiksaan akhir pelajar (saya AJK urusetia peperiksaan), saya sempat jugak join AJK Majlis Makan Malam, sempena pertukaran ketua Jabatan Kewangan dan Ekonomi, jabatan saya. Saya setuju jadi AJK kerana kawan-kawan tersebut Suzuki best belaka.  

Tarikh: 6 September 2012 
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Restoran Santai, Tanjung Lumpur.
Tema: Santai…



Semua di atas adalah antara AJK yang glamour. Yang paling handsum tu sayalah (tak tanya pun kan?).

Paginya, kami minta pelepasan dari timbalan dekan akedemik kerana hendak pulang awal sebab nak ke Kuantan untuk menyediakan majlis. Nak beli hadiah dan sebagainya. 

Saya telah memilih sebuah jam seiko di ECM sebagai hadiah kepada ketua jabatan saya. Hadiah tersebut daripada ahli dijabatan, saya tukang pilih dan cari apa yang nak dibeli.  Dalam pada itu saya sambar satu jam untuk saya sebab kotak jam saya tak penuh-penuh lagi, he he he.


Koleksi  jam saya murah-murah sahaja... Sepuluh tahun baru penuh kotak ni kot.



Ini Siti Fara Fadila, dia MC pada malam itu, apabila saya meminta dia menjadi MC majlis, dia tidak keberatan dan senang sahaja menerimanya. Saya hanya ceritakan seminima jea arahannya. Sebab tema majlis ini `santai' sahaja. Bukannya formal. Yang buat tangan di belakang kami itu Nuar Ibzam, dia memang suka mengikut saya ke mana-mana. Pelik.

 Saya bersama tiang pintu pagar Restoren Santai...

 Saya bersama Nor Razuana, dia pernah dianugerah sebagai pensyarah harapan jabatan...
(Saya pensyarah hilang harapan, he he he)


Pada malam tersebut saya tidak makan banyak sebab sedang diet, saya cuma makan tom yam campur, ikan pari bakar, sotong goreng, ayam bakar pandan, ikan bakar dan lain-lain. Saya kena diet sikit, makan banyak tidak sesuai sebagai pesakit darah tinggi seperti saya.

Saya dan Irene

Jan: Saya memang suka tersengeh sana-sini...hati yang remuk saya selindungi... (separuh nafas jiwaku sirna...)

Monday, July 9, 2012

AFBE 2012


Pendaftaran dan dapat beg...


saya dan adnan di dewan yang mengerikan...hehehe


saya memegang kertas tambahan takut ada soalan tambahan


saya dan dr martin berbual pasal bagaimana nak galak pelajar datang tutorial, rupanya pelajar australia pun liat nak datang tutorial.

Friday, January 13, 2012

Workshop OBE

Hari ini saya masih sibuk menyediakan persediaan Workshop OBE yang akan berlangsung esok lusa pada 14 dan 15 ini. Saya pergi meneman AJK membeli hadiah dan seumpamanya. Sebenarnya saya AJK bahagian lain tapi saya tetap mengekor dan menolong AJK bahagian lain. Dan AJK bahagian lain juga menolong saya. Kami sama menolong.

Kelihatan Mek Zue dan Mafuzah serius memilih barangan yang perlu. Punyalah lama mereka memilih. Pada masa itu sebenarnya saya lapar. Tapi takut nak beritahukumpulan AJK tersebut sebab kerja tak siap lagi, he he he.





Zul kelihatan memegang bakul. Sebagai model bakul dia tetap sabar menunggu. Rupa-rupanya dia ada juga membeli untuk koleksi peribadi. Saya tidak beli apa-apa, cuma...






Mungkin Zul bosan menunggu tetapi sebenarnya kami sangat aktif berfikir dan mencari kekurangan atau kesalahan sesuatu barangan. Kami tiada pilihan lain, kami membeli di Muadzam. Kalau di Kuantan mungkin banyak pilihan.






Mafuzah sampai terduduk sebab mahu aturkan barang yang nak dibeli dan pada masa tersebut pengkelasan barang juga dibuat. Kami tidak pakai beli jea... Pertimbangan perlu sebab duit majikan.



Workshop on implementation of outcome-based education (obe) - uniten
Date: 14th – 15th Dec. 2011
Venue: The Legend Resort, Kuantan.

Jan: Barangan dibeli untuk menjayakan workshop OBE tersebut.

Monday, May 9, 2011

Mesyuarat 5S










Gambar-gambar di atas saya pukul curi semasa mesyuarat bertindak 5S. Pernah dengar tak 5S?

5'S ialah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan 5 komponen yang utama iaitu:



1. Sisih,


2. Susun,


3. Sapu,


4, Seragam dan,


5. Setiasa Amal




Kerja-kerja ni sebenarnya ada kita buat kat umah kita. Kalau kita buat selalu ia akan menghasilkan satu persekitran tempat kerja yang bersih dan harmoni.


Di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan. Ada la yang piawai kita kena capai bersesuaian dengan jenis organisasi di tempat kerja kita.


Saya dilantik sebagai ketua Zon Akademik AB. Rasanya dah masuk tahun ke tiga saya melekat kat 5S ini. Banyak jugak tugas yang perlu dilakukan. Kadang-kadang naik pening juga tetapi semuanya demi kebaikan. Saya kerjakan sedaya mampu sebagai sumbangan saya di tempat kerja saya.




Jan: tambah satu` S' lagi iatu `Sembunyi'kan sampah-sampah tersebut, he he he.

Wednesday, December 16, 2009

Retreat di Melaka...


Gambar 1: Saya dan Adnan


Gambar 1 di atas menunjukan Adnan asyik melayari internat untuk mendapatkan informasi yang sesuai bagi kajian `Barangan Seks'. Saya pula kelihatan tersengeh apabila gambar saya dipukul. Saya susah nak fokuskan diri apabila berhadapan dengan sesuatu yang berakademik...

Kami berhajat benar untuk menjalankan satu kajian mengenai usahawan kecil yang melibatkan diri dengan penjualan barangan seks (meningkatkan prestasi dan persembahan hubungan seks) tradisional seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Perkataan seks itu sendiri adalah taboo dalam masyarakt kita, namun kami akan cuba biasakannya.

Banyak juga kenangan manis di Melaka sebab kali ini ramai kawan baik yang turut serta. Banyak pengalaman dan tip yang disampaikan oleh pemceramah yang dikagumi.

Banyak juga peristiwa lucu sampai saya tak dapat nak tulis di sini. Paling lucu...cuba bayangkan sekumpulan pensyarah (yang hampir semua berbadan gempal) berlari mengejar sebuah van dengan tangan sarat membawa barang-barang selepas membeli belah di Bandaraya Bersejarah itu.
Gambar 2: Amy dan Kak Na

Kelihatan Amy dan Kak Na serius giler mencatit sesuatu sebagai tip di hari muka. Sepanjang retreat tu, saya semakin mengenali mereka dengan lebih mesra. Mereka pun giler-giler dan lucu jugak rupanya (walaupun sekali pandang macam cikgu disiplin yang serius).

Semasa saya ke retreat tu saya tak beli banyak barang sebab saya tak ada duit. Saya hanya beli 5 helai T Shirt je, 5 keping gambar lukisan, sepasang patung kucing, beberapa magnet letak kat peti ais. Sedikit cincalok, belacan, dan sedikit pelbagai biskut kering.

Bayangkan saya hanya dapat membeli sikit saja sebab tak bawak banyak duit, terseksa juga...terpaksalah saya pinjam duit Adnan (sapa yang paksa? he he he).


Jan: Sejarah mengajar kita jadi lebih dewasa...(namun aku tetap meraung setelah kau tiada...)

Friday, December 11, 2009

Ke Melaka: Retreat jabatan pemasaran..

Tak sangka pulak dapat bersama-sama Adnan, Mek Zue, Amy dan Kak Na bersevan ke Melaka. Ja dengan bininya nak kereta. Teringat pulak dulu masa naik van ke UiTM urusan kolej Shahputra.
Dalam van tadi cerita-cerita dan nyanyi-nyanyi. Sepanjang jalan saya tak tidor, saya lihat pemandangan. Saya suka lihat rumah yang cantik...

Retreat ni sebenarnya jabatan pemasaran yang buat. Saya dari jabatan lain tumpang sekaki. Oh ya sebenarnya posting ni dibuat menggunakan note book baru. Jangan marah, he he he. Best la ada notebok ni. Bila sampai hotel terus buka notebok sebab dah ada broadband, jangan marah, he he he. Dan dalam bilik yang best ini (The Empereror Hotel) saya menulis sambil dengar lagu-lagu Siti Nurhaliza...

Tadi dalam van nyanyi ikut radio, ketua jabatan pemasaran best, dia pun turut menyanyi jugak, he he. Sebenarnya ketua jabatan pemasaran jemput saya ikut retreat ni. Dia kata saya `pensyarah angkat' jabatannya. Dia kata saya selalu tolong dia kalau ada apa-apa evant. saya tolong dia sebab dia baik dan tak besar diri walaupun ketua jabatan.

Tadi makan pun dia belanja, rasa terharu pulak. Kami semua sekali 10 orang dibelanjakan. lauk penuh meja, dan saya tergaman melihat kemahiran Mek zue makan ikan terubuk bakar. Bukan apa, banyak tulangkan, tapi dia cekap mengasingkan tulang dengan isi sebelum menujukan isi tersebut ke distinasi akhir (mulut).

Selepas itu masuk bilik masing-masing, saya sebilik dengan Adnan. Oh ya...notebok ini Adnan punya... he he he jangan marah...

Jan: Bila la rasa memang patut beli notebok...

Monday, November 23, 2009

PTD Bukit Kiara, `2009 Economic Forum'.

SEMALAM saya sampai Muadzam hampir pukul 6 petang. Hujan renyai-renyai... bayu berpuput lembut. Sebaik sahaja sampai rumah (selepas ke toilet) saya terus kemas rumah sebab saya tinggalkannya seperti kapal pecah.

Pengalaman ke Bukit Kiara untuk Economic Forum amat berharga...Dah hampir 20 tahun tak ke INTAN, Bukit Kiara. Kira masa jadi pelajar dulu selalu jugak datang konon nak ambik info nak buat kertas kerja...

Di sini ada kurus latihan untuk pegawai takbir dan diplomatik. Sebenarnya dulu saya ada juga mintak PTD, he he he. Kelakar jugak kan. Ya lah pada masa tu saya mana tahu kemampuan saya. Tapi saya memang lulus peperiksaan dan dikatogerikan dalam kumpulan A, namun saya terduduk bila diinterview bersama secara kumpulan. Semasa perbincangan saya sopan je, menyampuk mana yang perlu...

Rupanya nak hidup di dunia nyata kenalah ada ilmu lain selain daripada Master of Public Administration. Penampilan saya nampak kartun dan saya tak boleh berbahasa inggeris dengan lancar...he he he. Mereka tak nak muka kartun walaupun agak handsome kot.

Di forum ekonomi tersebut, bila saya sampai di sana ramai juga orang terkenal yang saya tak kenal. Tetapi semua orang penting dalam bidang ekonomi, memunculkan diri. Termasuk menterinya dan Datuk Mahani yang sangat pandai bercakap pasal ekonomi.

Wartawan kiri kanan, tapi saya tak layan. Maunya mereka tanya pasal OPP4, kat situ juga saya terduduk nanti. Maka saya jalan laju je depan wartawan. Tak nak glamour.

Sebenarnya forum ni juga diadakan untuk memberi input kepada Rancangan Malaysia yang ke 10 nanti... Saya hadir dapatlah kumpul input, nanti bila mengajar Malaysian Economy bolehlah goreng sikit...he.

Macam biasa bila saya sampai orang lain tak sampai lagi, meja pendaftaran pun tak siap sepenuhnya. Sebabnya saya datang awal.

Bila masuk dewan...amboi, kerusinya best sangat, bila kita duduk rasa `tenggelam', kepala kita pun dapat menyandar dengan selesa... kalau tak best bolehlah lena, he he he.

Gerun tengok sekeliling, nampak sangat mereka kaya, berilmu dan matang. Sebenarnya saya wakil Dekan, dia tak dapat pergi dengan tiba-tiba sebab ada hal yang tak dapat dielakan. Bila ketua jabatan mintak saya ganti, saya pulak tak dapat elak, he he he.

Rasanya gaji yang paling mahal untuk penjawat awan di Malaysia adalah PTD. Pegawai ini dapat banyak elaun. Dihormati dan digeruni. Dan dah sinonim mereka kahwin dua...he he he.

Banyak kali juga saya tertidur semasa pembentangan kertas kerja, terutama part kejuru teraan dan perakaunan negara. Mungkin sebab bukan bidang saya.

Saya akan bercerita lagi nanti pasal pemergian saya ini. Kali ini saya pergi seorang sahaja tanpa Ja. Nampaknya saya semakin kena berdikari dan hadapi hidup ini sorang diri...

Jan: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan banyak duit habis..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home