Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, July 18, 2012

Seri wajah Zuraini

Ujung minggu nan lalu selepas saya melawat pelajar praktikal saya, saya berjumpa Zuraini (nama sebenar, bukan buat-buat ganti nama lain untuk menutup identiti sebenar. Nama ni kira nama dalam surat beranak. Namun beliau lebih terkenal dengan nama manja Mek Zue), kawan baik dan kawan sekerja saya semenjak 10 tahun lepas. Dua tiga hari ini saya selalu berjumpa dengannya atas urusan makan. Ya, dia seperti saya juga. Suka makan. Tidak kira apa-apa makanan atau kerepek, atau apa-apa pun. Asal boleh dimamah.

Namun posting kali ini bukanlah menjurus kepada tabiat pemakanan atau piramid makanan yang diamalkannya, tetapi mengenai seri di wajahnya. Sama ada beliau sendiri perasan atau tidak, terpancar sangat seri di wajahnya. Saya berpendapat ianya ada kaitan dengan pertunangan beliau baru-baru ini. Dan beliau pernah menyatakan kepada saya yang beliau tidak percaya beliau adalah tunangan orang...he he he.

" Saya pun tak percaya yang saya tidak pernah menjadi tunangan orang", saya menyampuk secara mengada dalam nada bergurau. Selalunya begitulah, saya hipokrit sikit tentang perasaan, saya sembunyikan perasaan saya. Saya cemburu. Perlu diingatkan saya cemburu bukannya sebab dia bertunang, saya cemburu positif sebab dia sangat kelihatan bahagia. Bola matanya menceritakan segalanya. Seri pada mukanya.

Saya tetap menumpang bahagia lihat dia bahagia. Kini dia sudah bertunang. Pada suatu waktu dahulu dia tentu sedih kerana melihat seorang demi seorang kawan-kawan baiknya bercinta, bertunang, berkahwin dan membiak. Saya faham benar perasaannya sebab dulu pun saya begitu juga, sedih. tetapi mengenangkan kalau kahwin pun belum tentu bahagia, saya redha ketentuan saya...(sedih pulak rasa, he he he).

Mungkin ianya berkat kerana beliau selalu yakin dan positif. Beliau sentiasa percaya yang suatu hari nanti akan ada Mr Right akan muncul dalam hidupnya. Dia juga selalu yakinkan saya yang suatu hari nanti saya akan menemui cinta sejatai, berkahwin dan membiak jua akhirnya. Saya tersenyum dalam hati, ah... Ikhlas cakap, nak tergelak pun ada. Bagaimana yea kalau skrip hidup saya macam kawan-kawan saya yang lain yang biasa-biasa. Maksud saya keluar U, dapat kerja, kahwin dan pelihara anak bini.

Kita kembali kepada tajuk asal. Kalau boleh hendak sangat saya gambarkan betapa bahagianya dia. Saya harap dia selalu bahagia. Selama ini pun dia harung hidup seorang diri sebab dialah anak sulung dan sudah tidak berayah. Tetapi saya tidak pandai menulis apatah lagi dengan bahasa Melayu tinggi. Saya tidak pandai menulis dengan terperinci atau tersentimeter untuk gambarkan kebahagian pada raut wajahnya yang semakin bulat itu.

Dari sinar bola matanya yang cernih dan cerah, saya tahu dia dalam percintaan. Dia sudah sangat sayang kepada tunangnya, ya dia sedang berbahagia. Raut wajahnya yang agak kembang tersebut kelihatan manis sekali, senyuman bibirnya ikhlas dan jujur. Dia nampak tenang sangat. Sehingga saya hampir percaya cinta itu wujud, atau wujud pada kehidupan orang lain...(pulak dah).

Dia kelihatan tenang, apabila saya cuba mengusiknya akan perihal malam pertama, dia tergelak dan cuba menukar topik perbualan. Wajahnya menjadi merah. Namun saya terus bertegas supaya dia mendengar amanat saya kerana kononnya `hanya lelaki yang tahu apa yang lelaki hendak'... sebenarnya saya ciplak ayat tersebut dari percakapan beberapa orang di pejabat tempat saya bekerja. Namun saya setuju juga kata-kata pemuda pejabat tersebut yang hanya lelaki tahu apa yang lelaki hendak. Haaa...

Kita kembali kepada tajuk posting, ini bukan posting bagaimana seorang isteri sepatutnya melayan lelaki di ranjang... Saya lihat ada kuntum-kuntum cinta pada wajahnya. Orang dalam bahagia. Oleh kerana beliau adalah antara kawan baik saya, saya doakan dia selalu berbahagia.

Jan: burung-burung pun turut menyanyikan lagu ria, sanak saudara sekelian yang ada makan di khemah-khemah...bunga manggar dan kompang bertemu. Hatiku tetap membeku...Haaa...Oh dunia ini penuh kepalsuan mungkinkah ada keikhlasan...seterusnya rujuk lagu `janji manismu'...

5 comments:

Adie Achim said...

Cinta itu memang wujud. saya tekankan itu. Cinta itu wujud

p.s: Sejujurnya saya juga tidak pernah menyangka skrip hidup saya seperti ini. Alhamduillah.

Jankaulu said...

salam Adie dan Nong,

boleh tak kiranya awak sudi berikan saya alamat lengkap awak,

tahun ini saya nak kirim kad raya kepada kamu....

danny said...

kad raya aku tahun ni letak dlm pigeon hole je ya. Datang je kat blok AA

Nong Andy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Eja said...

kad raya utk sy tahun ni pas ke danny je ye..hiks!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home