"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 23, 2012

Saya keracunan?



Saya keracunan makanan pada hari pertama umat islam Malaysia berpuasa. Bila keracunan tentulah letih sangat jadinya. Dan keesokannya pula saya bertugas mengiringi rombongan pelajar seramai 40 orang. Pergi main layang-layang di Teluk Cempedak. Best sangat, walaupun bulan puasa, tidak rasa letih. Selepas itu baru hasilnya letih sangat. He he he. 

Saya telah berhati-hati tetapi terjadi juga. Mungkin tuhan nak tunjuk. Sebermula carita petangnya memang saya keliling bazzar cari gerai yang menutup akan makanan jualannya. Saya anggar lebih 80% pengerai tidak menutup makanannya. Bila berjumpa dengan gerai yang menutup makannya saya rasa nak melompat. Riang rasa di hati. Kononnya selamatlah tu.

Saya beli mee goren yang panas (sebab mee goren tersebut tengah dok digoren) RM2 dan air jagung RM2. Saja tidak beli makanan lain sebab nak biar segar lepas berbuka. Biar cergas sebab nak marking paper pelajar saya.

Balik rumah, saya letak makanan di dapur yang kecil sahaja saiznya. Dan saya keluar rumah siram pokok-pokok sambil menyanyi lagi Adele. Bila waktu berbuka saya makan mee perlahan-lahan sahaja. Saya makan perlahan-lahan dan menikmati makanan macam orang kaya. Begitu juga bila habis mee, saya minum air pelan-pelan. Namun lebih kurang pukul 2 pagi, saya terberak cair.

Saya syak makanan tercemar atau airnya tercemar. Saya tanya kawan saya akan hal ini. Dia beritahu mungkin kapur yang ada dalam mee tersebut (pembuatan mee mermerlukan kapur) bertemu dengan susu. Katanya kapur tak boleh bertemu dengan susu kalau perut kosong. Pulak dah...

Sampai pagi saya terbaring sambil menyapu perut saya dengan minyak tuti. Bila gosok-gosok perut, barulah sedar bahawa perut saya sangat bulat (buncit) dan comel, he he he.

Saya hajat, esok saya nak masak sendiri untuk berbuka. Saya nak buat mee goren sendiri. Tentu best sebab saya nak letak banyak udang dan telor. Walaupun makan seorang diri, sekali sekala kena la juga beradom. Cuma kena pastikan makanan itu habis  di makan.

Jadi hari ini habis kelas pukul 6, saya akan bergegas ke Tunas Manja untuk  beli bahan-bahannya. Saya nak buat banyak sikit, boleh buat sahur dan berbuka semula keesokan harinya. He he he. 

Saya kesal dengan tahap kebersihan makanan di bazzar. Masih ramai yang tidak tutup makanannya. Itu di bazar ramadhan. Penyediaan di rumah agaknya macam mana yea. Kot-kot kucing datang jilat, he he he he.

Tetapi untuk masak setiap hari mustahil bin ajaib. Balik letih. Orang ada anak-bini lagilah letih, sebab itulah mereka membeli di kedai. Dapat jimat masa. Tak kan lah nak suruh bini kita memasak jugak walhal dia pun letih bekerja seperti kita jugak kan?

Jan: Keropok juga kena goren.

3 comments:

Adie Achim said...

"Saya nak buat banyak sikit, boleh buat sahur dan berbuka semula keesokan harinya. He he he."
-mati2 saya ingatkan nak bagi jiran tetangga rupa2nya :)
p.s: Takpa kalau nak bersedekahpun biar dalam keadaan ikhlas. tak gitu?

sukiman said...

he he he

Nong Andy said...

petang-petang aku sedekah beberapa ketul ayam pangang tak habis makan lebihan semalam kat kucing terbiar kat luar tu....

dekat-dekat nak buka puasa tiba-tiba datang pula jiran yang dah sarat mengandung bawa sepiring mee goreng sedekah kat aku...

.