"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 16, 2012

Exploring awareness of energy usage amongst the consumers in Malaysia


"Exploring awareness of energy usage amongst the consumers in Malaysia". Itulah tajuk kertas kerja yang dibentangkan untuk AFBE 2012. Kajian tersebut dilakukan oleh saya bersama kawan-kawan termasuk Prof Dr Muhammad Anuar Adnan.


Namun saya bukanlah mahu menceritakan tabiat orang kita yang tidak menutup suis bila guna lampu, kipas dan sebagainya. Saya hendak cerita betapa kecutnya bila saya membentang kerana terpaksa berhadapan dengan orang yang akademik. 

Walaupun saya sudah berusia, saya tidak biasa melakukan pembentangan. Ini kali kedua saya bentang selepas banyak kali saya mengelak. Saya memang gementar dan pemalu bila berhadapan dengan orang. Walaupun membentang di hadapan kawan yang saya kenal, ia tidak dapat lari daripada perasaan malu.


Bila esok hendak membentang, saya sudah mula resah, saya hanya lepak di bilik hotel dan tak turun jamah makanan. Saya rasa serba tak kena dan rasa bahawa saya tersalah pilih bidang pekerjaan. Dan pada masa tersebut, saya yakin sangat pekerjaan yang sesuai untuk saya ialah memasak di dapur yang besar.

Dr Martin banyak bertanya...

Sebutan juga menjadi masalah sebab lidah saya tidak dapat dilenturkan supaya berbunyi sebijik macam orang putih. Memang saya ada belajar menyebut dengan betul  tapi dalam kelam kabut terkeluar sebutan yang ganjil. Saya rasa masalah ini ada di Malaysia sahaja. Kata kawan saya di negara lain mereka tak hiraukan sebutan.


Gambar di atas adalah saya dengan Dr Roger Smith, saya perhatikan semasa saya membentang dia selalu kerut keningnya. saya tidak tahulah sama ada kerana kajian saya sangat komplek atau sebutan saya yang sangat kompelek. He he he. Tapi saya rasa sebutan saya, he he he. Lidah Melayu Terengganu saya.
  

Saya harap saya tidak akan membentang lagi. Saya rasa bersalah sangat sebab tak pandai membentangkan kertas kerja tersebut dengan licin. Namun begitu saya berhajat akan framekan sijil penyertaan tersebut sebab ia istimewa. Istimewa sebab saya menjadi pembentangnya.

Jan: Semasa saya membentang kertas ini, saya teringatkan dia. Dia tidak pernah jauh daripada saya...

2 comments:

LilYLiZ@ said...

saya pun mengalami perasaan gemuruh bila berucap di khalayak ramai...setakat ini masih terselamat ;)

sukiman said...

saya rasa saya memang jenis macam tu, bila berucap depan org ramai rasa gelap jea di depan, tak nampak orang. he he he.

.