"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 27, 2012

Ucapan selamat berpuasa hari ke 7



Asalamualaikum buat pembaca blog Jankaulu, semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga dan jiran tetangga. Terlebih dahulu kita panjatkan berbanyak syukur kerana kita masih lagi bernafas dalam kesejahteraan. Alhamdulilah, kita masih boleh bersenang lenang menekan kibok komputer untuk membaca blog (he he he). Ada di bahagian dunia lain masih guna mesen taip gitu. Atau ada komputer tetapi tak ada jari pulak...

Sebagai penyimpan mohor besar blog ini, saya meyeru marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih dapat berpuasa bersama keluarga kita di sebuah negara yang aman damai. Contohnya negeri Terengganu,  bukan sahaja negeri yang aman damai tetapi negeri cantik, budaya menarik dan handsum anak negerinya (releven ke?, Boo je lah. Tak tahu nak tulis apa dah). Di kebanyakan bahagian dunia lain, ada yang bukan sahaja berpuasa di bulan ramadhan tetapi hampir berpuasa sepanjang tahun. Maksud saya kebuluran.

Pernahkah kita fikir? Semasa kita mengoder 10 jenis biskut (yang bentuknya saja lain tapi rasanya hampir sama), semasa kita mahu menukar sport rim kereta kita untuk menunjuk kepada orang kampung kita, semasa kita menempah baju raya 3 pasang (RM250 sepasang), kita tidak sedar langsung yang banyak isi rumah di dunia ini nak beli roti bodoh (roti sekadar roti, tak ada inti atau perasa tirun) pun tak da duit (bahasa Melayu tinggi = tidak berduit).

Pada hari ini, alhamdulilah genaplah 7 hari kita berpuasa. Selama seminggu ini marilah kita bersama-sama munasabah diri adakah kita berjaya? Adakah kita berjaya sepanjang hari? Adakah mata kita berjaya? Mulut kita berjaya? Telinga kita? Adakah kita berjaya di bazzar ramadhan? Adakah kita berjaya semasa bersila untuk berbuka? Haaa... Adakah sempurna puasa kita...

Haaa....

Jan: semoga sama-sama kita berjaya. Salam 1Malaysia berjaya... 

2 comments:

Nong Andy said...

kenapa cili itu terasa pedas.. adakah aku makan cili atau adakah aku org yang terlupa pada nikmat kurniaan tuhan sedang ada yang lainnya dalam serba kekurangan...

*terima kasih atas n3 berisi ini.. walaupun pedas aku suka! insaf sebentar.. :)

Adie Achim said...

"..kita masih boleh bersenang lenang menekan kibok komputer untuk membaca blog (he he he). Ada di bahagian dunia lain masih guna mesen taip gitu. Atau ada komputer tetapi tak ada jari pulak..."

p.s: Amboi2..(calit cam Azwan Ali)

.