"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, July 5, 2012

Tudung dia nampak pelik...

Dalam kerungsingan mengenangkan pembentangan yang akan dilakukan dan LI pelajar, saya terhibur!. Pelik sangat pakaian dia tadi. Saya lihat macam angkasawan negara pun ada...tetapi rasanya lebih kepada badut. Tudung dia ada corak bunga, pastu hujung tudung dia ada bunga-bunga yang dibuat daripada kain. Besar bunganya. Kira ada kelopaklah. Biasanya saya tengok perempuan di hujung tudung ada labuci atau batu permata. Atau plain jea.

Nak ditambahkan kalut dia pakai baju berbunga juga, handbeg dia juga berbunga. Saya tak gelakan dia sebab bagi saya tidak semua perkara lawak dapat digelakan. Tidak baik gelakan orang, kita sempurna sangat ke? Mungkin itu fesyen terbaru di Paris? Mana tahu? Kita tak baca majalah fesyen, kita baca Mastika lepas tu takut, berak berteman.

Tetapi tudung dia nampak pelik sangat sebab ada banyak bunga di hujung dan banyak kelopak. Nasib baik tidak ada daun atau dahan. Mungkin tudung sebegitu lebih elok dipakai dengan pakaian yang tidak berbunga. Entahlah saya tidak tahu. Tapi pemakaian dia menarik perhatian orang di sekeliling. Ada mata lain yang melihat dan tersenyum. Saya nampak.

Namun dapat saya rasakan dia tentulah rasa dia cantik. Berbeza dengan lelaki, perempuan berpakaian lebih kepada kerana nak dinampak cantik. Dan pemilihan tudung sangat kejam kalau tak kena gaya. Maksud saya bimbang dengan tudung sebegitu takut orang kata kita kerja kat sarkas.

Saya tidaklah selalu perhatikan tudung orang perempuan pakai, saya jenis free hair. Namun bila saya jumpa kawan saya yang bertudung saya biasanya akan kata:

" Laaa...awak nampak cantik la pakai tudung tu, nampak muda!. Sambil saya bulatkan mata dan senyum simpul. Jangan sesekali kata:

" Tudung awak pakai cantik la". Sambil mata lihat tudung tersebut. Jangan sesekali kata begitu! sebab itu melanggar hukum hati dan perasaan perempuan. Perempuan adalah makhluk yang suka bila dikata comel, cantik atau setidaknya `nampak kurus'.

Haaa... Mereka mahu kelihatan cantik, bukan tudung tersebut...he.

Saya tersenyum dalam hati, saya tak gelakan perempuan itu sebab banyak perkara...

Jan: Selain daripada menghiburkan saya, sekurang-kurangnya dia menutup aurat kan? Haaa...

3 comments:

Nong Andy said...

kalau puji tudung cantik saya okey aja.. kalau puji orgnya cantik.. walaupun hati kembang kecup tapi agak pelik sikit.. susah nak respond. Rasa macam kena bodek aja hehehe.. jadi sy lebih suka di puji tudung cantik daripada 'orgnya cantik' atas2 sebab2 tertentu yg x dpt di elakan hahaha...

sukiman said...

saya kalau dipuji terus lupa diri tak dapat kawal, tersenyum simpol gitu Nong. he he he.

Tapi rasa serba salah pun ada...sebab sya bukannya sangat handsum. sikit jea.he

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

baca mastika berak berteman buat sy gelak tertahan..


awak ni bersopanlah..walaupon tudung dia tak kena gaya tp awak x gelakkan dia hehe


sy ada ke org nk puji? kalau ada mgkin sbb mereka nk ambil hati hahah

.