"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 16, 2012

Mengapa orang menolong kura-kura?

Kak Nab Samsu (saudara saya) yang tinggal di Kota Bharu sangat baik orangnya. Perilakunya sangat baik hingga serata kampung terdampar cerita. Halus tutur kata dan ramah mesra macam saya (nak jugak...) Malaslah nak terangkan semua kebaikan beliau. Takut nanti ada pulak yang mengata yang saya saja nak cerita yang saudara saya semuanya baik-baik, saudara orang lain tak baik-baik ke?. He he he.

Tetapi saya terpaksa cerita sebab nak ambil contohnya. Dia sangat baik sehinggakan bila ada kura-kura melintas jalan, dia turun alihkan kura-kura tersebut ke tempat hala kura-kura tu nak pergi. Dia sanggup berhenti kereta di tepi jalan dan pastikan keselamatan kura-kura tersebut. Ini bukan cerita dongeng atau nak tambah rating blog/program realiti. 



Dia bimbang kenderaan durjana akan terlanggar kura-kura yang lembap itu.

Jan: kalau orang terdampar tepi jalan?

3 comments:

Adie Achim said...

Saya berhentikan kereta tepi jalan juga dan ajak anak2 tengok kua2 berjalan.. Hmm agak2 sy tergolong org yg bagaimana ya? Lain kali saya akan tunjuk peketi yang baik buat tauladan anak2..

sukiman said...

ayah penyayang kot, he he he.

tapi bagus jugak dedahkan mereka kepada kura-kura, ia semakin pupus bila banyak hutan diteroka...

Nong Andy said...

kalau masa bz.. aku akan pastikan aku tak langgar kura-kura tu.. tapi kalau masa lapang.. mungkin saja aku turunh dan angkat kura-kura tu balik rumah.. haha..

*masa bebudak dulu aku suka sgt kutip binatang bawak balik rumah. di antaranya kura-kura dan kucing hehehe.... mak bapak hanya mampu bising2 jer ekekeke..

.