"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 20, 2012

Dairi Pensyarah Lara: Hari ini dalam sejarah, 18/07/12, Bhg 2

Saya terkejut sebab saya terlupa mengunci pintu bilik. Cuai sungguh. Sedangkan dalam bilik tersebutlah saya membina soalan akhir semester pada setiap semester. Walaupun soalan ada hanya di dalam komputer tetapi saya tidak boleh cuai. Huh!. Teringat pula semasa menjadi guru dahulu, tidak perlu kunci dan buka setiap kali keluar bilik...sebab duduk ramai-ramai. He he he.

Saya terus ke meja saya dan ambil soalan mid term kawan saya yang ditinggalkan betul-betul di atas meja (supaya jangan saya terlupa).  Pukul 5 petang saya harus jaga mid term bagi pihak kawan saya yang ke Sarawak atas urusan latihan industri (lawat pelajar praktikal, jauhkan?) Beliau mengajar Mathematics of finance. Saya menolong bukan kerana dia cantik (walaupun beranak tiga) tetapi dia juga kerap menolong saya. Maksud saya bila saya nak cari kopi segera ke, milo segera ke atau biskut kering, bilik dialah saya terjah. 

Kami berkawan rapat. Kami sama-sama temuduga sekali 5 tahun dulu. Dulu anaknya satu, kini tiga. Kesian juga melihat dia, bergegas ke sana ke mari demi anak-anak. Suaminya berkerja di Kuala Lumpur. Dulu pernah juga saya menjaga anaknya sekali, saya tolong jinakan anaknya sebab dia hendak pergi ke suatu tempat. Saya letak anaknya dalam opis saya. Macam-macam gaya saya buat supaya anak tersebut gembira. Namun bila saya menyanyi terus anak tersebut menangis...pelik. Dan saya juga pernah tolong ambil anaknya daripada sekolah bila dia pergi bentang kertas kerja. Tahulah saya betapa tanggungjawab ada anak pinak ni. Tu baru sehari, seminggu? sebulan? setahun? Haaa. Maka sayalah suami angkatnya di sini...

Saya meluru turun tangga dengan gaya seorang yang seberat 86 kilogram!. Saya terpaksa menuruni 24 anak tangga. Bagus jugak ada tangga-tangga ni, kalau tidak haram saya tidak bersenam. Mungkin bangunan di pusat akademik sengaja direka sedemikian rupa kerana ahli akademik malas nak bersenam? Haaa, kena kaji tu. Dan, ya allah baru saya sedar saya tertinggal talipong bimbit saya. Maka tambah pulak 24 anak tangga lagi. Talipon bimbit itu tiada di bilik saya! Terus saya meluru ke pejabat. Oleh kerana banyak kandungan hal-hal sulit lagi menyulitkan dalam talipon bimbit itu, tentulah saya cemas. Nanti terdedah siapa saya sebenarnya? dari planet mana? Saya bergegas tangkas sekali bak Paker (Sepaideman) ke opis. Alhamdulilah jumpa!.

Dan saya turun semula ke bilik 104 (turun tangga lagi). Kata pakar kesihatan (yang mungkin juga malas bersenam, he he he) aktiviti naik-turun tangga amat berkesan untuk kekuatan jantung dan keseluruhan anggota tubuh badan kita. Entah yea ke tak, tapi logik. Dia doktor.

Tepat pukul 5.05 saya edarkan kertas soalan Mathametic of Finance tersebut. Saya juga menyalin 5 ketul formula di papan putih. Entah apa formulanya saya tak tahu, saya tak faham langsung. Ada huruf P, S, ada bahagi dan kali. Yang saya ingat kawan saya beritahu 5 formula itu sahaja boleh diberi, yang lain tidak perlu. Mungkin yang lain perlu ingat dalam otak kot. 

Sambil saya menyalin saya berfikir tentu orang yang cipta formula ini bijak pandai sebab bila dia mati pun kita masih lagi kena mengira guna formulanya. Menyusahkan pun ada kan? he he he. Ada tak formula untuk hidup bahagia? Tiba-tiba terdetik tanda tanya di hati saya. Dan selepas itu terdetik pulak  `Tak bahagiakah hidup aku?". He

Selepas menulis, saya berjalan-jalan ke seluruh kelas. Buat-buat muka serius seumpama orang susah hati dan panas hati sebab nak ceraikan bini (sebab bini tidak mahu masuk parti kita, apa kata-kawan-kawan kita kata  nanti, bini sendiri tak boleh kontrol. Ego kena jaga konon). Selepas itu saya berlegar di seluruh kelas. Saya melihat pelajar sudah mula tekun menjawab soalan.

Kesian pulak mereka. Saya juga tertanya-tanya adakah pelajar yang macam saya pada zaman peruniversitian dulu?. Maksud saya boleh mengira tetapi tak tahu hasil kiraan tu apa. Contohnya dapat X = 34.6. Maksud saya 34.6 itu apa sebenarnya? Haaa. 

Saya lihat ada pelajar yang kelihatan letih. Mungkin sudah pukul 5 dan mereka sudah menjalani banyak kelas sepanjang hari. Yang nampak muka seperti baru bangun dari tidor pun ada. Tetapi bimbang pulak saya nak bertanya takut tersilap. Dulu saya ada bertanya pelajar saya "Awak ni baru bangun dari tidor ke, muka semacam jea?" Pelajar tersebut beritahu " Muka saya memang dah macam ni sir...". He he he. Teruk saya kan. Pensyarah yang teruk.

Semasa saya mengelilingi berlegar dalam bilik yang memuatkan 80 oarang pelajar, saya ternampak sebuah beg cantik sangat, jenis beg sandang tapi stail ke pejabat. Alen Dilon. Tentu mahal ni. Saya pergi perlahan-lahan ke tepi meja panjang di tepi dinding. Perlahan-lahan saya ambil beg tersebut, saya cuba terai pakai dan mengayakan beg tersebut. Nampak bergaya juga...detik hati saya. Selepas itu cepat-cepat saya letakan kembali beg itu, saya bimbang ada yang perasan. Dan memang saya ternampak seorang pelajar memendang ke arah saya sambil tersenyum. 

Selepas itu saya pergi ke depan kelas dan duduk di kerusi meja pensyarah. Saya duduk saja dan memandang ke depan dan keseluruhan kelas macam radar kapal selam. Bila lama menunggu jadi boring. Kalau sambil menunggu buat kerja lain seperti menulis ke, membaca ke...tak beretika la pulak sebab tugas kita kena jaga perjalanan kuiz tersebut bukannya sambil-sambil buat kerja lain. Satu setengah jam agak lama kalau menunggu. Macam menunggu buah yang tak  akan gugur.... Saya seorang diri pulak tu, kalau berdua bolehlah mengumpat ke. Berteka teki ke.

Aktiviti saya terhad mengelilingi pelajar, memboringkan sebab kita tidak buat apa-apa selain mengawas pelajar. Ke hulu ke hilir. Maka saya rasa baiklah saya mengelamun...ada juga faedahnya kerana sel-sel otak akan berhubung kait. Tak perlu makan susu elfa grow. Atau susu awal lembu.

Saya mengelamun....

Jan: bersambung...(bersambung lagi, huh! bila nak habis?)

2 comments:

aima said...

suami angkut ada ka?...kheee

cikcloudy said...

gelak sorang2 sy baca entry ni

.