"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 16, 2012

Kes langgar rompak

Kawan saya ada bercerita yang saudara kawan kepada saudara kawan dia yang juga saudara kawan kepada saudara kawan dia (merangkap juga kawan jiran dia sebenarnya) kena langgar rompak. Tapi tak payahlah kita cari susur galurnya sebab posting ini bukannya kajian sejarah tempatan kita yang nak cari `pohon keluarga' (family tree - is a chart representing family relationships in a conventional tree structure).


Malang tak berbau (sudah kena baru tau...) Kawan saya beritahu saya supaya hati-hati bila memandu kereta sebab sekarang ada kejadian langgar rompak di merata seluruh Malaysia. Katanya saja-saja jea kereta kita dilanggar dengan bertujuan supaya kita berhenti kereta dan keluar dari kereta. Dan bila kita keluar dari kereta la mereka rompak kita. 


Dan kata kawan saya lagi, mereka sengaja cederakan kita dengan hiris sikit mana-mana daging kita supaya kita panik melihat darah dan mereka sedap laaa merompak.


Jan: Dunia ini ada orang yang tak berhati perut.

1 comment:

Adie Achim said...

Sebab itulah saya mengambil keputusan seperti dia atas. Entahlah sempat ka untuk saya lari sekiranya itu adalah perompak.

.