"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 23, 2012

Cerai Che Hasnah

Tiba-tiba saya teringatkan Che Hasnah. Semoga Che Hasnah berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. 

Saya menulis posting ini sementara menunggu subuh. Saya hanya bersahur dengan bijian Quaker-oat. Saya cuma tambah air panas dan letak susu cap junjung. Air pula, hanya air sejuk. Sahur orang bujang (telajak katakan...he he he.)

Saya terlewat bangun tadi, namun alhamdulilah sempat juga saya bersahur. Maka dalam beberapa minit ini, baguslah saya menulis untuk memberikan kekuatan, keinsafan dan kesejahteraan. Supaya minda kita segar dan berfikir secara positif. Menyampaikan dan menyedarkan.

Saya cuma mahu bercerita. Di kampung saya ada wakil rakyat yang beristeri dua. Seorang isterinya aktif dalam UMNO dan seorang lagi aktif dalam PAS. Wakil rakyat tersebut banyak berjasa membangunkan daerah saya, sehinggalah akhirnya menjadi senator. Orangnya kuat agama dan pernah memberi nasihat kepada saya dalam menjalani hidup dan agama.

Walaupun isteri berlainan parti, tidak pula kedengaran mereka akhirnya bercerai...

Nasib orang tidak sama, cuma pastilah setiap penceraian tidak diminta oleh hati. Saya juga sebenarnya tidak setuju pertelingkahan politik suami isteri membawa kepada penceraian. Kalau tanya ahli akademik atau ahli agama mereka juga tidak setuju kerana ia memilukan...

Hal politik boleh buat orang tersinggung dan naik darah. Boleh buat orang tiba-tiba jadi baik (walaupun sebenarnya kita tahu siapa dia. Tetapi bila hal politik dia jadi baik kononnya. Pelik). Sebab itulah saya jarang menyentuh hal politik dalam blog saya. Saya tak pandai nak maki orang, nak jadikan orang jadi marah atau tunjuk pandai. Saya tak pandai nak tulis untuk menggambarkan yang maha karyanya sayalah yang hebat.

Sejak saya dituduh kafir, saya sudah berhati-hati dalam membicarakan hal politik. Walaupun pak cik tersebut tidak mewakili semua perangai ahli parti, tapi saya tetap tersinggung dan berasa hati. Tapi lucu jugak sebab pak cik tersebut bukannya ahli PAS. Pada masa tersebut dia marah kerana saya tidak masuk parti PAS. Yang saya nak tergelaknya pada masa tersebut dia adalah ahli Semangat 46 seumur hidup bersama dengan bapa saudara saya. Ini kisah lama, saya sudah cuba lupakannya. Cuma payah nak lupakan bila orang tuduh kita kafir kan? Selamba jea dia...

Ia bertentangan dengan kata-kata ustad Othaman, ustad yang saya sayangi sebab dia tidak berlebihan...Katanya orang kafir pun jangan didesak kecuali mereka memerangi islam. Ini kerana kita tidak tahu suatu hari nanti mereka juga mungkin menerima hidayah. Itu kata ustad Othaman, saya ingatinya. Dan setakat umur saya ini orang yang cuba menjahanamkan hidup saya bukanlah orang kafir tetapi orang islam, orang islam yang boleh baca yassin...sembahnyan, puasa dan sebagainya. Demi allah ini benar.

Saya tidak mahu melalut, nanti saya emosional bila berbicara pasal politik dan orang yang cuba menjahanamkan hidup saya. Haa. Penulisan ini adalah cerai kerana kes politik. sebenarnya banyak sebab lain lagi untuk kita bercerai. Banyak lagi, pilihlah yang betul-betul relavan sebab tidak semestinya tidak bercerai itu bahagia rumahtangganya. Ada yang menderita nak mampus tapi tak bercerai pun. Hal ini sebenarnya kena tanya orang dah kahwin. Saya tidak berhak menulis panjang-panjang...he

Penceraian tetap dibenarkan kerana tiada paksaan atas pasangan untuk terus menderita dalam perkahwinan itu. Itulah mungkin jalan penyelesaiannya jika sudah tidak ada jalan, atau pasangan brutal giler. Bukankah begitu?

Namun kalau semata-mata sebab politik?

Jan: Bercerai kasih talak tiada...


No comments:

.