"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 31, 2011

50,000

Lihat gambar di atas. Kemas dan cantik dapurnya. Sink dia disekaliguskan dengan meja (atau meja disekaliguskan dengan sink?). Kalau saya ada duit RM50,000, saya nak renovek dapur. Kalau boleh nak buat dapur moden sikit sebab saya ni kuno. Namun saya akan gunakan hanya RM30,000 buat renovek tersebut (pulak dah?).
Baki lebihnya saya nak buat bayar muka untuk Honda Civik saya (warna putih). Ja kata jenis Hibrik, entahlah saya tak faham hibrik ke habib juel... Tapi yang penting Ja kata sesuai sangat untuk saya. Rujuk gambar di bawah.
Tetapi semuanya kalau...saya tak miliki duit sebanyak itu...untuk beberapa tahun ini saya tidak boleh bercerai lagi dengan dengan Myvi saya..

Tetapi blog saya telah menerima kunjungan melebihi 50,000. Rupanya masih ramai juga yang membaca dan terus membaca blog saya. Blog ini journal kehidupan saya..., penulisan mengenai hal peribadi, juga tindakbalas saya terhadap kehidupan yang saya lalui. Di sekeliling saya, itu sahaja.
Tiada yang istimewa dan luarbiasa kerana ia terus daripada hati dan pemikiran saya yang sempit ini. Terkadang saya emosional, terkadang saya amat tenang. Terkadang saya rasa saya bodoh, terkadang saya rasa orang di sekeliling saya yang bodohnya, he he he. Tiada orang memiliki pemikiran yang sempurna... Kelebihan dan kelemahan pemikiran hidup saya terpancar melalui penulisan di blog jankaulu ini.
Seorang sahabat maya saya beritahu setiap kali beliau datang kerja, pada setiap pagi dia akan membuka blog saya dahulu. Katanya walaupun dia tidak pernah jumpa saya, dia kononnya mengenali saya melalui penulisan saya. Saya rasa sangat berbesar hati.
Seorang sahabat lama saya pula menghantar sms dan beritahu dia tidak suka apa yang saya tulis. Katanya satu pun dia tidak suka. Saya membaca smsnya dan termenung sekejap...
Tetapi tidak mengapa, saya menulis bukan untuk puaskan semua orang. Dia mungkin perlukan blog lain yang hebat dan optimis. Bila ramai orang, banyaklah ragam, dan dunia ini akan berwarna segar dan menarik.
Tidak boleh semua orang macam kita. Tidak boleh kita macam semua orang...
Jan: Tidak boleh saya macam orang lain

5 comments:

danny said...

dah 50K? wow!!! (gaya saudagar unta dari Cairo)

Adie Achim / Papa said...

Saya pun suka sangat2/sangat2 suka! punyai dapur yang moden tetapi ekakngan dan bangkangan duit maka hasrat itu dipendam sedalam lautan ketujuh.

Abah Mui'zz said...

Mang, keep on writing. Tiap kali aku rasa stress, aku akan dtg blog mu nih. Hilang stress bila baca entri2 mu. Thanks.

lelangau said...

sir sy student sir yg dengan rase x segan pon nk ckp yg saya bookmark blog sir :))) (saya selalu singgah blog sir) thx sir sbb setiap entry sir buat saya gelak terbahak2 hihihihihihihiih keep up a good work sir :) blog sir terbaek lah :)))

sukiman said...

thanks lelangau dan abah Mui'zz

.