"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 8, 2011

Lara Saloma...



Pada masa itu saya di tingkatan satu bersekolah petang (1983). Bila bas berhenti di hadapan sekolah saya terus masuk ke dalam kelas, kawan saya beritahu saya "Sukimea, Saloma dah mati".
Saloma meninggal pada usia 48 tahun, katanya kerana penyakit kuning. Beliau adalah isteri ketika kepada Seniman lagenda kita, Tan Sri P Ramlee. Dalam buku yang ditulis oleh Nasir P Ramlee, setelah kematian suaminya Saloma selalu kelihatan lara bernyawa tetapi tak bermaya...kadang-kadang bercakap sendiri seolah P Ramlee berada di depan matanya. Bacalah buku tersebut, saya ada membelinya. Kalau nak pinjam boleh...
Beliau sendiri pernah memberitahu wartawan "Apabila Bang ramlee pergi, sebahagian daripada dirinya dibawa bersama...". Romantiskan? Tak macam pasangan kita kan?


Saya suka mendengar lagu nyanyian Saloma sebab suaranya manja dan berperasaan, contohnya ada lagu pasal kain songket yang asalnya dari Terengganu. Tetapi posting kali ini mengenai lagu lirik terlara nyanyiannya iaitu lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" (lagu ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia). lagu ini sebenarnya adalah tajuk filem P Ramlee yang tidak sempat dihasilkan kerana belau meningal dunia pada tahun 1973.

Kalau kita amati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu kita akan dapat dengar esak tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Cuba dengar betul-betul di tempat sunyi... Lagu ini dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia...


Saya berpendapat seperti Sudirman dalam lagu Salam terakhirnya, Saloma juga mengumpulkan semua sejumlah kelaraan beliau dalam menjiwai kelaraan hati lagu ini. Sama-samalah kita hadiahkan Al fatihah kepadanya setelah menghayati lirik ini...(unsur agama)


Air Mata di Kuala Lumpur....


Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur

Lagu/lirik: Tan Sri P. Ramlee




Cuba dengar, ada nada sebak dan rindu yang tak sudah-sudah kesudahannya...


Jan: Air mata di Muadzam sambil bawak motor dalam hujan? (nak jugak...he he eh)

No comments:

.