"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, April 1, 2011

Tips supaya tupperware tidak hilang...

Kehilangan tupperware bukan suatu perkara yang kecil. Memanglah ianya bukan isu nasional tetapi ianya isu nasional kepada jiwa raga pemiliknya. Di sini saya perturunkan beberapa panduan/tips supaya tupperware kita tidak hilang. Sesetengah daripada petua ini saya amalkan semenjak saya di tingkatan 6 bawah lagi. Antaranya:
1. Jangan niat nak menunjuk kat orang.
Maksud saya bila kita menbelinya nawaitu kita kenalah betul. Maksud saya bukan nak tunjuk kat jiran datang bertandang (kalau kita bukan jenis anti jiran), mak mertua (kalau ada, kalau masih tak kahwin, baca jelah...), atau rakan sekerja (kalau ada). Menunjuk-nunjuk adalah suatu sifat yang tidak baik walaupun bekas tersebut tipuware atau tupperware. Ia tetap tidak baik.
Kata seorang kawan saya, tupperware itu mungkin hilang sebagai pembalasan ke atas sifat riak kita ingin menunjuk (...unsur agama)
2. Pastikan ianya tersusun rapi dalam almari atau rak.
Sebenarnya tupperware kalau disusun rapi nampak cantik, seksi berwibawa dan memberikan kesan yang mendalam kepada pandangan mata. Tidak kiralah dapur kita jenis dapur basah ke atau dapur kering (dapur jarang guna kot).
Bila tersusun rapi, bukan sahaja senang mata melihat wang gaji kita mengalir ke mana tetapi juga kita cepat sedar bila ada lompang di antara tupperware tersebut. Kita cepat tahu tupperware kita tak cukup `beradiknya' (setnya), dan kita terus tertanya kat mana kita letak. Bolehlah terus kita lakukan penyiasatan terperinci.
3. Pergerakan mata yang tangkas di majlis poklak.
Semasa ada jamuan, kita kena berwaspada jika kita membawa makanan menggunakan bekas tupperware sebab orang lain juga mampu beli tupperware tersebut. Tak ada parten khas untuk kita, kita bukan seleberiti. Kita mesti berhati hati di majlis tersebut kerana:
i. Bimbang bercampur-aduk:
Bila dah banyak bekas tupperware di atas meja. Kemungkinan tertukar atau terus hilang ada!. Kawan saya ada satu cara untuk mengenali tupperwarenya. Dia tulis nama anaknya di tupperware tersebut. Dan katanya di sepanjang majlis dia tidak lepas mata daripada memandang ke arah tupperwarenya (seksa juga yea...)
ii. Bimbang kawan pinjam lepas tu senyap...(2, 3 bulan selepas siasatan baru dapat balik).
Di majlis tersebut mungkin kawan kita yang kaki tapau nak tapau makanan dan pinjam tupperware kita. Tak kan kita tak nak pinjamkan sebab walaupun tak kenal rapat sesekali dialah yang ambil anak kita ke sekolah bila kita ada hal.
Namun kita mungkin terlupa bahawa kita pinjamkan tupperware tersebut. Caranya mudah. Ambil kertas dan tulis nama, no I/C, no handphon, tarikh, hari dan waktu kawan kita ambil tupperware tersebut, he he he. Balik tampal kat peti ais guna hiasan magnet tu.
Kalau tak pun guna handphone kita. Kita seting di handphone buat peringatan. Hasilnya kalau dia tak hantar dalam masa seminggu handphon kita akan berbunyi lagi, 3 minggu berbunyi... dan lagi dan lagi.
4. Pastikan kita menggunakan tupperware yang sama.
Untuk ke pejabat misalnya kita gunakan bekas air yang sama. Bukan bekas air tupperware yang kita simpan air dalam peti. Maka kita akan ingat bekas air tupperware yang mana kita selalu guna dan bekas air tupperware mana yang kita tinggalkan dalam peti sejuk (ini bagi kes yang banyak bekas).
Begitu juga bekas makanan tupperware kita. Kita tetapkan fungsiguna yang sama. Ini mengelakan kita terlupa atau cuai.
5. Tidak perlu impresskan pihak ketiga
Jika kita nak beri makanan kepada jiran, badan pertubuhan atau NGO, pastikan kita guna bekas yang paling murah di pasaran.
Contohnya jika mahu memberi makanan kepada jiran sebelah. Kita guna bekas polistrin putih pun tak apa tapi pastikan makanan sejuk kalau tidak polistrin tersebut akan bertindakbalas dengan bahan makanan kita, jadi racun (kalau kita tak suka jiran kita, tak ada masalah panas ke sejuk, he he).
Ini mengelakan kita berhati hiba. Ya lah, kalau kita beri bekas tupperware belum tentu bekas tersebut akan kembali ke pangkuan kita dengan selamat tanpa cacat cela. Ada orang memang suka buat harta kita seperti harta mereka. Malah mereka guna dengan optimal sebab... maklumlah bekas orang!. Bila hantar kita tanya" eh kenapa tudung tupperware ni begini?"
"Tikus gigit..." jawab jiran kita dengan muka seposen.
6. Paling praktikal
Paling praktikal kita letakan semua tupperware kita dalam almari berkunci dan kunci. Ia tidak akan hilang dengan mudah. Kalau kita nak guna, kita guna yang kita beli di pasar malam sahaja. Jangan terkejut, cara ini telah lama dipraktikan oleh sesetengah perempuan. Mereka lega dan bahagia melihat himpunan tupperware dan pinggang mangkut terletak selamat di dalam almari. Untuk menambah keselamatan, anak-anak tidak dibenarkan berada dekat dengan almari tersebut.
Sekianlah sahaja sedikit panduan untuk mengelakan kehilangan tupperware. Mungkin orang lain ada caranya tersendiri termasuk dengan cara tak membeli tupperware. Kalau tak beli, tak hilanglah...
jan: Sama-samalah kita menjaga tupperware kita demi kesihatan zahir dan batin kita.

No comments:

.