"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 30, 2011

Kehilangan tupperware...

"Menjadi suatu tanda tanya, syak dan pertuduhan..."
Tupperware mahal harganya, berbeza dengan tipuware. Tipuware kita tak kisah sangat. Bila kita lihat ada tercampak tepi pintu, belakang sik kereta atau duduk di luar pintu dapur, kita tak heran. Kita tak peduli pun kalau ianya hilang, kita tak sedar pun, he he he. Kita tak kisah sebab tipuware harganya murah. Kat pasar malam boleh kita beli.
Sepanjang tahun ini banyak kejadian `ngeri' melibatkan tupperware kawan-kawan saya. Ada yang terlupa kepada kawan mana yang diberikan makanan menggunakan tupperwarenya (dan orang yang menerima tersebut pula tidak cepat-cepat memulangkannya balik). Dan dalam satu kejadian berasingan (amboi macam penulisan dalam berita tentang kes Teoh Beng Hock pula...) di dapati tupperware kawan saya benar-benar hilang setelah diletakan di pantry.
Sebahagian daripada koleksi tupperware saya...
Tupperware mengisi bahan makanan biasanya cantik dan didatangkan dengan `adik-beradik' dia. Maksud saya ia molek mata memandang bila disusun...(lihat gambar di atas). Biasanya saya letak banyak bahan makanan kering dalam tupperware ni termasuk menisan, jintan putih, kayu manis, ajinamoto, tepung gandung dan sebagainya. Yang jenis madular ni senang nak nampak apa jenis makanan di dalamnya sebab dibuat dalam bentuk lutsinar.
Katakan jika hilang satu tupperware jenis ini, ia akan mencacatkan pemandangan kerana bila disusun iannya tidak akan nampak elok. Ada lompang di antaranya. Sebab itulah selain daripada bimbang rugi kerana harganya mahal, kehilangan tupperware juga menguris jiwa raga dan pandangan mata kita.
Setakat ini saya tidak pernah mengalami kehilangan tupperware, kalau tipuware tu biasalah. Bila tipuware hilang hati saya tak berbekas/terguris pun... (tak patut kan?).
Di posting ini saya mengucapkan takziah dan banyak-banyak bersabar kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia mahupun warga dunia yang mengalami kehilangan tupperware. Mudah-mudahan penyiasatan terperinci di buat. Insyallah akan dapatlah jumpa tupperware tersebut... Kalau tak jumpa sambarlah katelog tupperware terbaru... oder semula.
Jan: Dah 2 tahun tidak membeli tupperware...setelah jiwa tak beraga.

8 comments:

danny said...

perlukan penyiasatan...

sukiman said...

entahlah...

Seksi Bani said...

kat opis, ramai2 akak jual tupperware.. setakat ni belum terpengaruh lagi nak memborong tpware.. :D

MySra said...

kadang2 bila hantar makanan kat umah sape2 la kan (kawan, jiran, sedara), selalu juga kehilangan... tapi kadang2 nak mintak semula pun macam terkelu pula lidah utk menyuarakan.. ku relakan kehilanganmu wahai Tupperware..huhuhuhu

sukiman said...

Seksi Bani,
cuba beli satu jea dulu, pas tu buat-buat hilang. baru rasa syahdunya...he he he.

MySra,
kesian pulak atas penderitaanmu, lain kali guna bekas polistrin je...bab-bab nak mintak balik ni memang malu, tapi hak kita...kita mintak! (tapi saya pun malu jugak nak mintak, he he he. Rasanya dah masuk 6 bulan dah...6 bulan dah dia terlupa, he he he)

Adie Achim / Papa said...

Saya mula mengenali TUPPERWARE masa darjah empat. Melalui katalog kakak saya mengira semua jumlah item dan berangan mempunyai semua koleksi. Sampai sekarang ni saya masih minat tupperware tapi buat-buat tak minat nak beli. Sebabnya orang rumah saya rajin membeli dan saya tukang pakai!

uNcLeJoE said...

alahhh kalao nak bagi kat orang guna je tipuware (bekas yang kita beli taufu fa tu ke? bekas ais krim tu ke) kalau dia tak pulang balik tak terkilan pun... kalao tupperware rase hmmmm

aku pun terpengaruh ngan tupperware gak sekarang ni sejak kahwin.. so far tak banyak lagi koleksi... erkkk tengok bajet...

uiksss sukiman... pic ni pukul lama dah kan.. baru masuk posting... hehehe

sukiman said...

gambar lama...baru mak suk blog...beli masa kat kuantan lagi...

.