"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 23, 2011

Ikan Sardin dalam teng


Pernah tak makan sardin? Suka tak?
Seperti rokok yang saya isap dan maggie yang saya makan, saya juga sering terdengar akan bahayanya memakan ikan sardin dalam tin. Namun begitu, saya terus memakannya dengan lahap, menghidangkannya dengan penuh gaya, he he he.
Saya tidak boleh nafikan saya suka sangat makan sardin. Daripada kecil sampailah dewasa. Kadang-kadang bila rasa lama dah tak makan sardin, terus saja saya ke kedai beli sardin.
Dulu harga sardin murah, yang besar hanya RM1.80 (dalam 25 tahun dahulu).
Sebentar tadi saya buka adieachim.blogspot (penulisnya berasal dari Labuan), dia ada cerita pasal memasak sardin, maka saya juga nak cerita perihal sardin dan saya...(nak jugak cerita ni, he he he). Bila membaca penulisan beliau saya terasa lapar tiba-tiba.
Bau sardin semerbak...seksinya!
Saya suka bau sardin yang digoreng, manakala ayah saya tidak boleh hidu bau sardin. Kata ayah saya dia rasa nak muntah kalau ada bau sardin. Sebab itulah keluarga saya masak sardin hanya bila ayah tidak ada di rumah...he he he.
Saya tanya ayah saya kenapa dia tidak makan sardin dan baunya saja dah nak muntah. Ayah saya beritahu semasa dia muda dia kerja kapal di Singapura, tiap-tiap hari makan sardin... Entahlah boleh caya ke tak cerita tersebut, he he he.
Bagi saya sardin yang sedang digoreng baunya akan buat kita lapar, sama seperti orang goreng ikan kering. Kita tiba-tiba je rasa nak cari nasi...
Cara kawan saya masak sardin...
Biasanya saya masak sardin, saya goreng biasa sahaja supaya keasliannya terpelihara. Saya tambah limau nipis sahaja, perah di atasnya. Namun apabila saya sudah pandai duduk rumah sewa, saya dapati ada pelbagai cara memasak sardin. Ada kawan saya goreng sardin tersebut terlebih dahulu. Rajin betul dia toskan sardin tersebut (asingkan kuahnya dan ikan tersebut), kemudian dia goreng ikan tersebut. Amboi meletup-letup sardin tersebut bila digoreng. Awas minyak boleh merencik sejauh 2 meter!...kalau tak kena gaya. Saya berdiri jauh dari kuali. Takut terencik minyak kat muka, pada masa tersebut (4 tahun dulu) saya bukannya handsum sangat...
Ada kawan saya pula suka buat gulai sardin, dia siap bubuh santan dan daun serai. Best jugak saya memakannya. Dia beritahu beginilah cara maknya masak sardin. Semasa memasak 8 kali dia sebut `beginilah cara mak saya masak". Apa-apa pun memang sedap masakan tersebut!
Membeli sardin di Mydin
Saya dah cuba banyak jenis sardin, yang paling saya suka jenama ayam brand. Keluarga saya selalu beli jenis ini. Tetapi kadang-kadang saya suka juga tukar selera pilih jenis lain seperti King Cup, Yeo's, Cinta atau lain-lain.
Semasa saya bekerja di Kuantan, apabila saya ke Mydin bersama Azniza, saya akan beli sardin sebanyak setengah dozen. Dia dah diparket begitu, ada 6. Saya balik dari Mydin saya akan display kan kat dapur.
Sebenarnya bila rasa malas nak keluar masak sardin dan goreng telur dadar dah memadai. Makan panas-panas. Makan atas sofa menghadap tv dan tidak berbaju. Ah bertuahnya hidup...
Makan sardin kat kedai...
" Amboi, kat kedai pun makan sardin?" Sapa kawan saya bila dia lihat saya ambik lauk sardin. Saya sambar sardin sebab lama dah tak makan.
Memang biasanya saya masak sardin di rumah. Pun begitu bukanlah tiap minggu saya kena makan sardin...
Jan: Kusardinkan rindu ku di dalam tin... namun berkarat jua akhirnya tin tersebut, tamat tarikh luput setiamu...! oh...

8 comments:

uNcLeJoE said...

en jan ingat tak ... sardin yang asal nya best tapi jadi tak sedap bila kononnya .. nak buat sedap bila ditambah dengan santan... pastu warna dia jadi cam oren gitu.... ingat tak...??????????

sukiman said...

i ingat sangat2...he he he.

Adie Achim / Papa said...

Wah... kalau Jan dtg labuan, tak susahlah saya. Boleh sy hidangkan sardin! panjang2kanlah langkah tu :)

MySra said...

Suka sardin juga.. yang paling saya suka adalah sardin masak kicap..yum yum yum... tapi makan begitu sahaja pun enak...

sukiman said...

tahun ni saya akan ke Kucing sahaja, simpanlah sardin tu dulu, maybe tahun depan ke Labuan...he he he.

MySra, jangan lupa letak daun limau purut sikit...terangkat!

MySra said...

letak daun limau purut lg sedap yer, nnt sy cuba, kalau masak byk2 leh la bw ke bilik zue kan.... bilik operasi

sukiman said...

saya beli roti nanti, em bestnya...cicah roti pun best.

MySra said...

betul tu.... tp pastikan waktu yg sesuai yer.. nnt ade yg terlepas peluang

.