"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 28, 2011

Cortisol

Cortisol bukan sejenis minyak pelincir, ia juga bukan sejenis kueh apam masyarakat Sepanyol. Jauh sekali nama salah seorang kekasih gelap Tiger Wud. Ia adalah sejenis hormon. Ingat tak semasa cikgu biologi ajar kita dulu, katanya hormon adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan tubuh secara semulajadi. Fungsi hormon ni bergantung kepada jenis hormonlah. Kalau jenis hormon suara halus terlebih dalam tubuh maka apabila bercakap suara kita mungkin mirip itik serati.

Hormon yang ingin saya bincangkan bernama Cortisol, kalau orang Melayu kaji mungkin akan diberi nama hormon tudung saji atau hormon Awang Silu. Orang putih selalu beri nama beliau atau diberi nama beliau apabila membuat suatu pertemuan dalam bidang sains. Dalam kes nama Cartisol ni saya tidak tahu. Mungkin nama bapak mertua pengkajinya, entahlah.

Apa yang ingin saya beritahu hormon ini akan terlahir secara semulajadi dari badan kita apabila tidur kita sangat teratur. Tak bolehlah main tidur ikut suka sahaja. Cara tidur kita tersebut boleh ganggu biological clock (pusingan biologi kita, mungkin juga ketetapan). Katanya apabila kita tidak tidur ikut masa yang tetap, kadang tidur awal, kadang tidor lewat, kadang tidak tidur (sebab kehilangan kekasih hati bagai raga tak bernyawa)...kehadiran hormon ini terganggu sebab ia keluar secara berdisiplin. Bila kita bangun, kita rasa malas nak bangun, kita peluk erat teddy bear kita. Rasa letih la, rasa nak sambung tidur la...

Hormon cortisol ini ialah hormon yang beri kita kecergasan. Kita guna hormaon ini bila kita bangun daripada tidur untuk bergerak dan aktifkan diri kita. Kecergasan kita dipengaruhi oleh hormon inilah.


Ni la rupa bentuk cortisol, saya cari dari internet... Lawa kan, he he he.


Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu bergantung kepada individu tertentu. Contohnya, kita selalunya bangun tidur pada pukul 6 pagi setiap hari untuk kemas rumah dan siapkan makanan untuk suami/isteri dan anak-anak, (kepada yang hidup solo tu siaplah makanan untuk diri sendiri... sesekali bawak bekal ke pejabat apa salahnya. Tak kan nak tunggu kerja di ladang je baru nak bawak bekal) dikatakan hormon ini akan keluar pada pukul 3 pagi. Keluar pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita dapat bangun secara cergas dan boleh aktif mengemas rumah, gosok baju dan bersenam pada pukul 6 pagi. Kepada kaki malas tu, maharaja hormon pun tak boleh tolong...




Hormon tersebut akan keluar pada pukul 3 pagi kerana itu rutin biologi kita apabila kita bangun pukul 6 pagi. Apa terjadi jika kita bangun lewat, kita tidur membuta pada hari sabtu, katalah hari sabtu bangun pada pukul 10 pagi? (sayalah tu, he he he). Maka akan berlaku gangguan pada badan kita. Ketika itulah kita keletihan... hormon tersebut biasanya berdisiplin keluar pukul 3 pagi jika kita bangun pukul 6 pagi, sekarang hormon tersebut terganggu sebab kita bangun selepas 7 jam selepas hormon tersebut keluar....kita jadi tak cergas, letih dan tak aktif (campur pulak kita ni jenis pemalas?).




Sejak saya tahu hal ini saya selalu berusaha bangun pagi pada hari sabtu dan ahad. Saya tidak lagi cuba balas dendam dengan bertindak bangun lewat sebab hampir sepanjang minggu bangun awal. Sekarang sudah terjawab selama ini bila hari sabtu dan ahad saya bangun lewat, bukan pun saya cergas, tetap letih juga... letih sepanjang hari...Rupanya Corisol terganggu. Ingatkan tidur tak cukup atau terlebih tidur...




.Jan: Kenal tak Catriona Bahrin Ross?

3 comments:

uNcLeJoE said...

kenal satu coursemate kat UPM dulu...dia major comm tp i english hehehehhe... UJ tahu adrenalin je.. dulu belajar gak biologi tapi dalam rampaian sains je... budah sastera hmmmm

Adie Achim / Papa said...

(kepada yang hidup solo tu siaplah makanan untuk diri sendiri... sesekali bawak bekal ke pejabat apa salahnya. Tak kan nak tunggu kerja di ladang je baru nak bawak bekal)
-Tergelak saya membaca entri ni. Inilah yang saya suka dengan penulisan awk. ada selitan sinis yang membina.. hikhik!

sukiman said...

uNcLeJoE, bila i baca pasal kesihatan terus rasa insaf dan takut...he he he. dalam tubuh kita dah ada sistem tuhan buat sangat elok, rupanya kitalah yang memusnahkannya...he he he. Bila baca artikel pasal kesihatan terus rasa nak makan sayur dan bersenam, hehehe.

Adie Achim/Papa, sebenarnya sayalah tu juga, kadang-kadang saya memang bawa bekal makan di pejabat, bukan jaga kesihatan, tapi jaga poket jugak. he he he

.