"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 24, 2010

Minta hutang melalui FB

Adik saya yang mengajar di sekolah cina di Ulu Yam Bharu ada memberitahu saya yang FB bila digunakan untuk minta hutang ia amat memalukan... Dia beritahu ada kawan dia yang kena.
Saya jadi takut jugak, terus saya beritahu kawan-kawan (yang saya ada hutang dengannya) bahawa saya akan bayar hutang tersebut seperti mana yang dijanjikan. Kalau lambat pun memang ada aral yang benar-benar tak dapat dielak. Tapi janganlah mintak melalui FB, nanti students saya tahu saya jenis tak bayar hutang...
Saya berpendapat berhutang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan, dalam dunia sekarang siapalah yang boleh lari daripada berhutang? Sama ada dengan kawan-kawan, sanak saudara, keluarga dan organisasi sah dan tak sah, semua terlibat. Hatta hartawan dan jutawan sekalipun mereka berhutang. Yang memalukan ialah kita tidak dapat bayar hutang yang kita hutang tu...

Dalam satu perjumpaan dengan kawan saya, saya beri pendapat minta hutang melalui FB amat memalukan seolah tiada medium lain yang boleh digunakan. Semua orang tahu kita gagal membayar hutang. Orang luar negara pun tahu bukan dalam negeri, malah mungkin orang yang kita tak kenal. Apatah lagi kaum keluarga, kawan-kawan dan sesiapa saja yang ada konek dengan kita akan mengetahuinya melalui FB...
Saya bertanya pendapat kawan saya mengenai hal ini. Dia beritahu memang memalukan tetapi itu mungkin jalan terakhir yang digunakan. Maksud kawan saya mungkin si pemintak hutang dah mintak banyak kali (mungkin 8 kali) dan permintaan tersebut tidak diendah langsung. Mungkin dia harap sangat nak dapat duit tersebut sebab dia dalam kesempitan (bini nak bersalin atau dia sendiri nak bersalin), bila tidak diendah tentulah dia kecewa amat lantas memintanya melalui FB.
Akhirnya saya dalam dilema, kepada yang berhutang pun saya kesian, kepada yang beri hutang pun saya kesian... Nak salahkan ke wujudang FB tak boleh...
Namun begitu hutang tetap kena bayar....
Jan: ...kau berhutang air mata denganku, pada suatu hari dengan air matalah kau akan membayarnya... (tulis ala stail Mankisue...he he he)

1 comment:

cnanis said...

x stuju bile ada org wat hebahan kutip hutang melalui fb.. seharusnya guna cara yg lebih berhemah.. tp pd yg berhutang, kena hati2 gak.. kalo x mmpu byr, jgn larikan diri or wat dono je.. mgkin tu punca org guna fb sbg medium kutip hutang.. (aisey.. dunia dh akhir zmn.. xde lg nk tutup aib org..)

.