Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 24, 2010

Kain selimut pendek...

'' Kalu kain selimut pendek, kita nak tutup dada nampak kaki, nak tutup kaki nampak dada.'' Mak saya beritahu pada pagi tadi ketika saya sedang sarungkan underware, bersiap nak ke tempat kerja.
Mulanya saya tak faham tetapi rupanya dia merujuk kepada konsep jimat cermat. Emak beritahu jika pendapatan sedikit tentulah tidak cukup untuk memelihara anak-anak dan perbelanjaan masa kini yang semakin pelbagai. Maksudnya jika berjimat cermat pun tak cukup. Saya mendengarnya sahaja sambil menyapu bedak baby Jhonson ke pipi saya (yang semakin tak gebu). Saya sapukan juga kat leher dan daerah-daerah sulit lagi menyulitkan yang lain. Selepas itu saya terus capai seluar.
" Tapi kita kenalah berjimat, bimbang takut terbeli barang yang kurang perlu dalam tak cukup duit tu.''. Kata mak saya lagi. Saya senyap je sambil menyiapkan diri sambil-sambil mendengar syarahan ekonomi percuma pada pagi-pagi begini.
Sekali lagi saya berpaling melihat koleksi pakaian musum luruh saya. mana satu nak pakai ya?Sepatutnya saya pilih jalan selamat macam pensyarah lain. Iaitu pilih warna plain saja. Pilih warna biru atau putih. Tapi saya ni lebih kepada pelbagai warna dan corak. Kadang-kadang pakai batik pun ada...
" Payah nak urus duit kalau tak pandai. Dan lagilah payah nak urus kalau duit tu sedikit je." Kata mak saya lagi. Walaupun tak ambil Asas Ekonomi, dan tak ada pengetahuan formal pasal ekonomi, mak saya terus juga memberi syarahan kepada saya yang juga seorang pensyarah ekonomi...
Tapi saya akui, saya sendiri masih tak pandai urus wang. Selalu tak cukup dan terbeli barang yang tak perlu (tapi nampak macam perlu, he he he).
Saya calitkan sedikit baykrim ke tangan, ratakannya dan sapu ke rambut. Saya tatap muka saya, masih ada pasaran walaupun tak serancak dulu. Saya tatap lagi muka saya secara conceptual (keseluruhan). Terus hati saya berkata, " Muka macam ni pun ada peminat?''. Saya merujuk kepada beberapa orang di tempat saya bekerja, yang dambarkan saya...
'' Nanti balik pukul 10 sekejap ya, mak nak gi hospital" Kata mak saya apabila melihat saya menyarung setoking. Saya tengok mak saya mengambil kain selimutnya dan letak di dalam bilik. Semalam kami tidur di ruang tamu. Mak tidur awal, dia kata tak sihat badan.
Jan: Kain selimut saya istimewa, macam kat hospital, tebal tapi jarang macam pukat halus. RM65.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home