"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, August 1, 2010

Saya orang Besut...

Saya lahir di daerah Besut, Terengganu. Tanah Besut juga merupakan tanah kelahiran ayah saya. Di Besut jugalah ayah saya bertemu dengan mak saya yang berasal daripada Kuala Terengganu. Dan tanah Besut juga akhirnya menjadi tempat tumpah darah mak saya semasa beliau melahirkan saya dan adik beradik saya yang lain.
Tanah Besut juga tempat tumpah darah saya bila saya disunatkan di Hospital Besar Daerah Besut....(nak jugak).
Posting kali ini mengenai saya dan tanah Besut. Saya bangga menjadi orang Besut. Semasa saya belajar di Universiti Malaya, apabila harus memperkenalkan diri sama ada di fakulti atau asrama saya tidak menyebut saya orang Terengganu tetapi saya beritahu `saya orang Besut' atau `saya dari Besut'.
Dan saya juga masih ingat lagi hampir 10 tahun dulu apabila saja sesi interview tamat (minta kerja di Kolej Shahputra Pekan), selepas saya bangun bersalam dan nak menuju ke pintu keluar, Encik Azman (kini Datuk) bertanya saya secara berseloroh `Saya ni orang Wan Mokhtar ke? orang Haji Idris? Saya laju saja menjawabnya 'saya orang Besut'. Saya rasa En Azman faham siapa pilihan saya tersebut, he he he.
Daerah Besut adalah antara 7 daerah yang berada di negeri Terengganu. Daerah uni paling utara dan bersebelahan atau bersempadanan dengan negeri Kelantan. Ramai orang Besut mempunyai saudara mara di Kelantan. Saya juga ramai saudara mara di Kelantan. Kata ayah saya jika saya berhari raya di Bukit Abal misalnya, jika saya turun pagi gi beraya di kampung itu, sampai petang pun tak akan habis semua rumah saudara mara saya. Ringkasnya di sini biasanya orang Besut ada ramai saudara mara di Kelantan.
Daerah Besut sinonim dengan Kampung Raja yang merupakan pusat pemerintahan. Walaupun kawasan yang membangun/bandar adalah Jerteh, Kampung Raja tetap menjadi tempat yang paling penting bagi pengurusan dan pentadbiran daerah Besut. Contohnya Majlis Daerah Besut terletak di Kampung raja, bukannya di Bandar Jerteh. Kampung Raja menjadi `pejabat' kepada segala pengurusan di seluruh daerah Besut. Elok juga pusat pemerintahan dipisahkan daripada pusat perniagaan.
Selain Jerteh ada bandar-bandar kecil sahaja di daerah Besut seperti Kampung Raja itu sendiri, Kuala Besut, Apal dan Jabi. Daerah Besut ada 15 mukim iaitu...
1. Keluang
2. Kuala Besut
3. Bukit Puteri
4. Pengkalan Nangka
5. Hulu Besut
6. Jabi
7. Kerandang
8. Pelagat
9. Lubuk Kawah
10. Pasir Akar
11. Tembila
12. Tenang
13. Kubang Bemban
14. Bukit kenak, dan
15. Kampung Raja.

Pengalaman saya secara peribadi, duduk di Besut sehari terasa lama masa berjalan...banyak perkara boleh dibuat dalam masa sehari...boleh tengok matahari jatuh dan naik. Saya pernah melihat matahari naik dari Laut China Selatan. Masa tersebut cikgu saya yang suruh, dan dia juga suruh gambarkan perasaan saya selepas itu... Pernah tak tengok pemandangan matahari terbit daripada laut? Cubalah tengok, mungkin ia kan jadi satu wake up call nanti, he he he.

Sudah hampir sepuluh tahun saya menetap di negeri Pahang, tempat saya mencari rezeki. Saya semakin suka tinggal di Pahang sebab ramai kawan-kawan baik saya sudah terdiri daripada orang Pahang. Dan saya suka Pahang sebab di Kuantan ada panggung wayang.

Namun kerinduan terhadap Besut tidak pernah terpadam dan apabila sahaja kaki saya injak tanah Besut pada setiap kali balik cuti ada suatu perasaan. Ada perasaan yang secara automatik meresap masuk ke dalam dada iaitu perasaan patriotik (berskala daerah).

Bila saya jumpa orang Besut di mana-mana terus saya rasa mahu berkawan dengan mereka. Ada rasa seng of belonging yang pekat. Orang Besut cakapannya berdialek Kelantan... Saya boleh bertutur dan memahami bahasa Kelantan walaupun saya tidak menggunakannya sangat dalam urusan kerja seharian saya.

Jan: Saya mati di mana?

2 comments:

uNcLeJoE said...

hari tu masa nak gi perlis... sempat singgah di besut... banyak perubahan la kat besut berbanding last pergi 2 tahun lepas... tapi stesen bas ... still tak best ... rase muadzam nampak teratur lagi.. tang stesen bas la..

by the way... aku tak menganggap dengan ada KFC adalah satu kemajuan... eheheh sowwy... Kemaman dah lama jamang kiung dahhh ...ada 2-3 -4 lagi sukiman...hehehe

aku rindu nak balik kemaman lak.. sebab johor tak best langsung...
sowwy orang johor ...ini hakikat...erkkk

hazel said...

aku bukan ''anak jati'' besut..tp aku bangga gak jadi cucu org besut..aku x pnh dibesarkan di besut tp...setahun sekali menjadi kewajipan aku tuk jejakkan kaki ke besut tuk berhari raya....walau setahun sekali balik..tp aku cukup bangga tgk penambahbaikan kemudahan tuk rakyat2 besut..nak2 alor lintang ..umah nenek aku tu @ lebih dikenali as rumoh muroh.. aku tu cam duk tepi highway je rasanye....hehehhe...kalau nk citer banyak lg la...anyway tuk sukiman..aku lap u la..heheheh

.