Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 17, 2010

Rumputku dan sebuah harapan...

Sudah lama benar saya tidak berbicara pasal rumput. Terbaru saya ada pukul beberapa keping gambar rumput di laman. Kalau nak cuci gambar dan letak dalam album, entahkan bila. Maka saya letakan je dalam blog ini.
Gambar 1: Masih ada kawasan yang tidak dilitupi rumput.
Gambar 1 memperlihatkan rumput masih lagi tidak memenuhi halaman. Mungkin dalam masa sebulan lagi baru penuh. Kawasan laman agak luas, cuma saya seorang mengawasi pertumbuhannya. Mungkin sebab itulah makan masa nak litupi semua kawasan.
Sekarang saya sedikit sibuk. Kadang-kadang 2 minggu sekali je ke Kuantan. Dan bila sampai ke rumah perkara pertama menjadi perhatian ialah pemuliharaan rumput. Biasanya saya mulakan dengan mencabut rumput liar yang cuba tumbuh dicelahan rumput yang saya tanam. saya gunting kawasan yang dekat tepi longkang. Dan jika berbaki masa, saya membajanya.

Gambar 2: Kelihatan serba mak nenek barang-barang jiran saya.
Sebenarnya pada kawasan belakang rumah saya terdapat 3 buah rumah. Dua antaranya kelihatan di dalam gambar 2 di atas. Kadang-kadang terfikir jugak saya untuk membuat tembok supaya taklah saya terpaksa tengok pemandangan belakang rumah orang. Namun buat masa ini saya tidak berwang sangat.
Saya ada menyuarakan cadangan nak buat tembok setinggi 8 kaki. Ayah saya kata `Nanti kesian pulak jiran belakang rumah'. Saya tak jawab balik kata-kata ayah saya, saya jawab dalam hati je. He he he.


Gambar 3: Kelihatan safari kecil sebelah laman saya.
Kalau perhatikan betul-betul gambar 3 di atas, laman sebelah rumah saya terbiar dah jadi belukar. Bimbang pulak saya nanti menjadi tempah singgah ular, biawak pasir, gajah dan binatang berbisa. Jiran depan rumah saya ada juga beritahu selain aspek keselamatan, iannya merosakan pemandangan. Saya setuju benar dengan pendapat jiran depan rumah saya yang selalu ramah dan selalu nak menegur saya.
Saya diberitahu oleh jiran saya yang lain, jiran sebelah rumah laman terbiar tersebut kerjanya bawa kapal terbang. Dia dah ada 3 buah rumah di Kuantan. Dia saja beli rumah tersebut sebab sederet rumah di kawasan tersebut adalah rumah adik beradiknya. Rumah dia paling mahal RM225K.
Gambar 4: Kelihatan pagar ringkas yang sesuai benar diperbaharui.

Jika rumput ini tumbuh sepenuhnya, bolehlah saya upah sepupu saya memesennya. Saya juga bercadang nak beli pasir sevan, saya nak letak kat mana patut, iaitu kawasan yang bertanah rendah. Bila dah kita sama ratakan tanah, baru nampak lebih lapang.


Gambar 5: Kelihatan pokok manggis saya
Kalau tengok gambar 5 di atas, tak lama lagi penuhlah rumput di laman saya. Saya sabar menantinya sebab saya tahu akhirnya dia akan penuh juga. Cuma kita kena tahu apa yang kita nak.

Rumput di laman saya sudah diperkatakan oleh jiran-jiran. Malah ada yang memuji direct depan saya. Katanya ` Man ni bagus, walaupun tak duduk tapi cara ke rumah'. Saya buat-buat senyum malu bagai anak dara yang dingorat Bangla.
Gambar 6: Kelihatan ada kawasan rumputnya kurang subur.
Saya dapati ada kawasan yang rumputnya kurang subur. Biasanya saya akan siram baja. Namun kadang-kadang seharian saya mencabut rumput sampai tak sempat membaja. Lenguh pinggang tapi saya buat jugak sebab laman saya. Kalau laman orang memang tak kuasa leee.


Gambar 7: Pandangan daripada depan.
Angan-angan saya pada suatu masa, jika saya ada rezeki saya nak buat dapur baru, satu ruang tamu untuk keluarga, 2 buah bilik, dan kolang renang (yang kecil tapi vouge). Buat masa sekarang memang mustahil sebab nak korek duit mana?. Tetapi seperti yang selalu saya bisikan dalam hati saya`Man, kita tak perlu bayar untuk menaruh impian'.
Saya harap dengan keluasan tanah yang ada, dapatlah saya realisasikan impian saya nanti.
Gambar 8: Tak berapa lama lagi tertutuplah kawasan yang tak berumput.
Saya akan cuba buat segalanya secara pelan-pelan. Saya amat syukur pada tuhan kerana walaupun saya tak hebat mana, tak handsum mana (tetapi tak lah tak handsum langsung...), tak kaya mana, tak ada kereta perdana, saya ada juga miliki sebuah rumah kecil tempat saya berlindung.
Selepas rumput telah tumbuh rata, barulah saya akan buat sebuah langskap yang bertema moden dan suci. Saya nak buat taman yang moden yang ringkas tetapi ada berseni.
Jan: Bagai kembang dalam taman... segar harum dan mewangi.

1 comment:

Unknown said...

wah..
dia siap bagitau ye
harga rumah dia..
biase nye orang mcxm tu cakap
kosong je..
dia jeles tengok umah mung agak nye ...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home