Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 25, 2010

Harapan saya...

Setiap kali melangkah keluar daripada dewan kuliah, saya selalu berharap apabila pelajar saya pulang ke asrama, mereka akan membuat ulangkaji. Apabila mereka mengulangkaji pelajaran apa yang telah saya terangkan akan mudah difahami. Saya akui tidak semua apa yang saya ajar di dalam dewan kuliah akan secara auotomatik difahami pelajar. Begitu jugalah apa yang saya alami semasa belajar dahulu.
Semasa belajar di Universiti Malaya dulu pensyarah hanyalah memberi tunjukajar secara minima, dan pelajarlah harus menggali, mengembang dan membajainya. Kerap kali apa yang diajar pensyarah saya fahaminya melalui perbincangan dengan kawan-kawan, bukannya di dalam dewan kuliah. Ataupun apabila membaca 8 kali barulah saya fahami dengan lebih jelas apa yang diajari oleh pensyarah saya. Saya jenis slow lener.

Atas sebab itulah saya mahu para pelajar saya jangan menganggap diri mereka kurang atau putus asa apabila tidak memahami pelajaran di dalam kuliah. Daya penakulan pembelajaran memang berbeza antara satu sama lain tetapi diakhir cerita pelajar yang rajin akan cemerlang dan berjaya dan dapat bertahan lama...

Belakang parang jika diasah akan tajam, begitulah harapan saya pada para pelajar saya yang tidak faham mana-mana topik. Moga mereka selalu ulang kaji dan membaca. Saya percaya pelajar saya jenis bijak-bijak belaka, cuma mereka perlu mempertingkatkan usaha supaya lama kelamaan mereka akan mendapat lebih kefahaman atas subjek/konsep yang dipelajari...

Pelajar saya sedang membentang kertas kerjanya...

Semoga mereka mendapat markah yang cemerlang dalam pelajaran. Saya harap mereka tidak mengambil mudah atas pembelajaran subjek ekonomi. Kadang-kadang ada juga saya menakutkan para pelajar dengan mengatakan semester lepas ramai yang gagal subjek saya. Gagal kerana malas membaca....he he he.
Selain mengajar Microeconomics, saya juga mengajar Malaysian Economy. Saya kendalikan 5 section. Setiap section ada seramai sehingga 75 orang. Adalah mustahil untuk saya membantu setiap orang. Sebab itulah saya berharap benar pelajar saya selalu membuat ulangkaji.

Ada yang datang ke bilik minta bantuan cara buat projek paper yang elok...

Bila pelajar saya rajin dan dapat buat soalan tutorial, saya akan gembira dan mendapat kepuasan. Setakat ini tiada masalah, kebanyakannya membuat soalan tutorial yang diberikan dan selepasnya kami akan sama-sama berbincang. Saya benarkan pelajar saya memberi pendapat sebebas-bebasnya.

Saya selalu rungsing apabila memikirkan gelagat nakal pelajar saya. Saya bimbang mereka tidak membaca. Untuk menjawab soalan Malaysia Economy misalnya, mereka memerlukan pengetahuan yang luas melebihi apa yang saya ajari dalam kuliah. Mereka mesti rajin mendapatkan maklumat di sekitaran mereka.

Jan: Semoga semester ini mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home