"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 2, 2010

" Inilah bini aku nanti..."

Aneh ya masyarakat kita selalu nak tahu kisah cinta para artis dan selebiriti. Mereka nak tahu sangat-sangat. Mereka tidak berminat akan kisah cinta ayah dan emaknya sendiri, iaitu kisah cinta yang membawa ayah dan ibunya berkelamin dan (penyebab) mereka bernafas di dunia...
Saya sering nak tahu bagaimana ayah dan mak saya bertemu. Pun begitu saya rasa tidak selesa jika bertanya secara langsung. Kena ada masa dan ketika yang sesuai... Saya kena jaga tata tertib dan adap sopan sebagai anak. Namun alhamdulilah hubungan saya dengan ayah dan emak macam kawan-kawan...tidaklah kekok apabila bertanya (pun begitu perlu ada masa yang sesuai untuk menyelidik).
Contohnya apabila melihat gambar lama, saya selalu bertanya emak saya apa la istimewa sangat yang ada pada ayah sehinggakan beliau memilihnya? Saya beritahu emak saya masa muda ayah tak sehandsum saya, macam komunis je dan kurus kering.... cuma senyumannya manis. Dan peluang untuk mendengar cerita daripada mak saya juga muncul aapbila bekalan elektrik terputus. Bila bekalan elektrik terputus, kami sekeluarga akan berkumpul ramai-ramai dan lepak-lepak atas tilam. Apabila duduk ramai-ramai dan ayah saya tiada, mak saya akan bercerita mengenai zaman remajanya dulu...
Selalunya mak saya akan mulakan cerita mengenai betapa susahnya dia pada zaman kanak-kanak hingga dewasa, dalam cerita tersebut diselitkan juga betapa beruntungnya kami adik beradik kerana hidup walaupun taklah rich and famous tapi jauh lebih senang berbanding dengan beliau. Namun cerita yang paling saya tunggu-tunggu ialah cerita mengenai hubungan emak saya dengan ayah saya...
Kata emak saya selepas tamat latihan kejururawatannya dia ditugaskan di Hospital Daerah Besut. Hospital tersebut jauhnya lebih 100km daripada Kuala Terengganu. Seratus kilometer pada zaman dahulu `jauh', saya yakin para pembaca memahami apa maksud saya...
Emak saya beritahu, dulu orang Besut gedeber. Emak saya beritahu lagi dalam satu hari puratanya lebih kurang sepuluh orang yang datang hospital untuk jahit luka di badan. Mak saya kata orang Besut suka berkelahi dan masing-masing ada kapak kecil. Bila berkelahi mereka guna kapak kecil. Lepas berkelahi mereka berbaik semula dan kemudian berkelahi lagi sebelum berbaik lagi semula...he he he. Bunyi macam tak bertamadum kan?
Di hospital inilah emak saya berjumpa ayah saya buat pertama kalinya. Ayah saya pada masa tersebut kerap melawat adik lelakinya (pak saudara saya) yang sakit teruk kurus kering(diberitahu oleh doktor tak ada harapan nak hidup lama dah...).
Tidak banyak saya tahu mengenai kisah cinta ayah dan emak saya. Namun ayah saya juga pernah beritahu dia jumpa mak saya di hospital. Kata ayah saya kepada saya, pertama kali dia lihat mak saya, hatinya berkata `inilah bini aku nanti...'. Ayah saya beritahu pada masa tersebut dia ada ramai girlfriend tetapi bila matanya tengok emak saya, terus dia tinggalkan semua girlfriendnya sebab hatinya berkata `Inilah bini aku nanti...".
Kata ayah saya emak saya terkenal di hospital itu sebagai misi yang baik, sopan, santun dan cantik. Pernah bertanya kepada ayah saya apakah pencapaian terbaik yang dia banggakan dalam hidupnya? Ayah saya beritahu pencapaian terbesar dalam hidupnya ialah dapat berkahwin dengan emak saya. Kaki jiwang jugak ayah saya rupanya, saya ingatkan dia akan beritahu perilah dia dapat berucap di hadapan 20,000 orang semasa perhimpunan Pengakap Asia Pasifik di Thailand...
Ayah saya beritahu emak saya cantik masa muda, menarik orangnya, sopan santun dan pandai bergaya. Bila mengenakan baju misi (baju jururawat) nampak betisnya yang cantik dan kulitnya yang tidak kelaring (kulit sihat). Dan ayah saya beritahu semenjak itu dia tidak keruan apabila melihat perempuan memakai baju putih...
Maka ayah saya selalu bertemu emak saya di hospital tersebut. Diceritakan juga, emak saya pula selalu minta bantuan ayah saya bila dia mahu menulis report pesakit. Dulu report pesakit ditulis dalam bahasa inggeris. Mak saya beritahu dia bertanya kepada ayah saya bagaimana nak eja perkataan `kerana' (because) dalam bahasa inggeris. Ayah saya yang kebetulan bersekolah aliran inggeris terus tunjukan terrornya, he he he.

42 tahun kemudian...
Entahlah saya tidak tahu gelodak perasaan cinta mereka pada tahun-tahun 60an. Siapa yang mula seduce siapa, he he he. Kalau tanya banyak, bukanlah rahsia lagi kan....

Jan: Kukuburkan kisah kasih cintaku, kubawak sampai hela nafas terakhir. Biarlah hanya allah yang tahu...(pulak dah!)

2 comments:

uNcLeJoE said...

100 Km sekarang ni pun aku rasa still jauh la sukiman...

Abah Mui'zz said...

UJ, sebenarnya tak jauh, tapi kalau bawak MyVi 40km/j, memang la tersangat jauh. (Hehehe, gurau je Mang.)

Tapi betul Mang, aku pun sama kes macam ayah tu, pertama kali berjumpa, terdetik dalam hati, "Inilah dia bakal ibu anak2 aku", dan alhamdulillah, Allah mudahkan jalannya.

.