"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, August 1, 2010

Universiti Darul Iman, Besut, Terengganu.

Akhirnya orang Besut macam saya ni berluas lubang hidungnya. Akhirnya kini pasti daerah Besut memiliki universitinya sendiri. Dan apa yang lebih bermakna kepada saya (secara peribadi) ianya terletak berhampiran dengan rumah saya. Tidaklah dekat sangat tetapi jika saya bekerja di sana, saya boleh berulang alik pergi kerja (jika? he he he).
Biarlah saya bermimpi, lagipun bukannya perlu bayar untuk sebuah mimpi dan impian...kan?... Izinkan saya menadah impian kerna hidup saya dah bak macam kapal Titanic pecah... (baca dengan nada bercampur baur antara sedih, terkilan, pasrah, perit rasa dan secuit harapan...).
Uniknya IPTA yang ke 18 ini dari segi muka buminya. Dibina berdekatan pantaian kasih yang rata. Rindu saya yang tercampak jauh ke tengah ke Laut China Selatan mungkin akhirnya berjaya mencari sebuah persinggahan yang abadi..., mungkin singgah di UniSA ini...(ah aku berangan lagi, sila tampar diri sendiri 8 kali).
Inilah gambaran jurutera mengenai UniSZA.

My MB buat lawatan untuk memastikan keprogresaan UniSZA

Sempat juga menanam pokok, tima kasih YAB...

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebenarnya ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA). Semasa ia ditubuhkan telah dirangkacadang cawangannya yang akan beroperasi terlebih dahulu. Pelik jugak biasanya induk dulu baru cawangannya....tetapi di dunia ini apa yang mustahil kan?
Kembali kepada topik, kampus cawangan tersebut terletak di Kuala Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA.
Kampus induknya masih tidak siap-siap lagi... Namun semasa saya balik kampung tempoh hari saya ada pergi melawat tapak projek tersebut dan ia sedang rancak dibina, mungkin dua tiga tahun lagi siap kot kalau para pekerjanya bekerja siang malam, he he he. Nantilah kalu ada masa saya akan gi semula untuk pukul gambar (tangkap gambar) dan paparkan dalam blog ini secara exklusif untuk pembaca. Tak janji, tapi kalau ada masa dan perasan...biasanya bila balik kampung jadi lara je...

Sedikit info:

Kampus Besut
Status : Kampus Induk (terletak dekat rumah saya, saya tumpang bangga ni, he he he)
Lokasi : Taman Ilmu Terengganu, Tembila, Besut (Taman Ilmu ni dah hampir siap dah, bangunannya tinggi-tinggi juga...)
Niche : Sains dan Teknologi
Fakulti Terbabit :
1.Fakulti Pertanian dan Bioteknologi
2.Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi
3.Fakulti Informatik

Kampus Kota
Status : Kampus Cawangan
Lokasi : Batu Burok, Kuala Terengganu (di hadapan Hospital Sultanah Zahirah)
Niche : Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti terbabit :
1.Fakulti Perubatan dan kesihatan

Kampus KUSZA
Status : Kampus Cawangan
Nama Penuh : Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin
Lokasi : Gong Badak, Kuala Terengganu.
Niche : Pengurusan dan Kontemporari
Fakulti Terbabit :
1.Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
2.Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
3.Fakulti Bahasa dan komunikasi
4.Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
Jan: Mungkinkah sirih pulang ke ganggang? Atau sirih itu terus menetap dan mati di Muadzam?

6 comments:

uNcLeJoE said...

ok.. tunggu 2 tahun lagi... kita gi sana ok kiman...hehehe doakan aku ke sana juga...orait...aminnn

sukiman said...

ya ok tu, insyallah kalu ada rezeki...

Abah Mui'zz said...

Bakpelah aku gi tolak offer UDM hari tu. Kalu tak, buleh la keja kat kg mu mang. Hu hu hu.

sukiman said...

Besut Best...he he he...

Panitia Kimia said...

betull...walaupun kita duk jauh tapi kita kena rebut memiliki peluang tanah tanah yang ada kat situ...contohnya aku buat urusniaga lot banglo tapi aku lebih prefer pada org ganu..ada minat 0179716431..hehe iklan

Abu said...

Bila akan masuk org, berapa ribu org orgnye??? Dah lama benar dah duduk menunggu kemasukan pelajar pelajar......pelaburan yg begitu besar mesti di percepatkan operasi pembelajaran/kemasukan pelajar pelajarnya. Biar Pusat yg handle kerana lebih berpengalaman dlm membangun dan atur letak insttitusi pengajian tinggi. Dengar uitm, bila??? Jangan biarkan projek yg mammoth itu kosong dlm jangkamasa yg lama......pusat ngajian tinggi mesti di realisasikan sbb projek ni sudah lama tertangguh dan sudah bnyk wang di tanam di sana. Kita sbg marhaen biasa tak kira dari mana,pandai pandailah rebut peluang di sana jika ada, stop compailaining. Tak de sebab tertangguh tangguh.

.