"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 30, 2010

Every one is a moon

Bulan bukannya cantik sangat. Permukaan bulan tak rata, berlekuk-lekuk bak pipi pelajar tingkatan empat yang baru galak belajar tumbuh jerawat (bekas jerawat jadi lubang-lubang persis kawah).
Pun begitu daripada jauh ini kita nampak bulan cantik. Mungkin juga sebab ramai yang kata cantik. Lagipun semua ciptaan tuhan dikatakan cantik, apa pula kata kawan-kawan kita yang ala islamik kalau kita kata tak cantik. Tentu mereka marahkan kita kerana komplain ciptaan tuhan...(walaupun sebenarnya kita bukan bermaksud begitu dan walaupun hidup mereka sendiri tunggang terbalik, bukan islamik tetapi hipokrit).
Dan katanya lagi cahaya rambulan yang memancar serinya itu adalah simbahan cahaya simpati daripada sinaran matahari. Orang sains tahulah hal ini, tak macam orang zaman pra sejarah yang memuja bulan. Padahal bila kaji betul-betul barulah tahu ada macam kawah-kawah hitam di permukaan bulan, dan kat bulan tak ada oksigen... Kita ni pakai percaya jelah sebab dulu kita bukan pelajar sains tulin. Tak layak masuk kelas sains sebab mata pelajaran sains dapat 8, daripada kecil kita lebih suka baca Mastika, he he he.
Pastilah penulisan kali ini bukan pasal bulan, apatah lagi perihal bulan puasa atau majalah Mastika. Ia pasal kita, pasal manusia. Iaitu seseorang manusia itu tidak sempurna. Mereka ada kelemahan sendiri sama ada mereka sedar atau tidak. Pada yang sedar alhamdulilahlah (unsur `alhamdulilah' ini merupakan agama yang bukan sahaja harus digunakan sempena bulan ramadhan. Ianya perlu lebih kerap diselitkan dalam penulisan seterusnya). Pada yang tak sedar-sedar tu, kita tampar 8 kali pun tak sedar-sedar juga. Last-last kita berdoalah semuga masing-masing sedar...(lagi unsur agama).
Saya mengalami masalah inferior compleksity (entah betul ke ejaan ni), berbanding dengan lelaki yang lain, saya rasa banyak kelemahan. Contohnya saya tak berani bawak kereta laju-laju, biasanya saya pergi kerja, saya cuba bawak dalam tak lebih 45 km sejam. Saya bimbang kalu laju, saya takut macam-macam. Takut tiba-tiba kura-kura melintas lah, takut anjing atau babi la, takut saya langgar pokok la, takut saya langgar apa-apa la, sehingga saya pernah fikir kalau saya bawa kereta laju-laju tiba-tiba saya pengsang?
Contoh dua, saya penakut sangat duduk sorang pada waktu malam, tuhan saja yang tahu ketakutan tersebut. Ketakutan tersebut jauh mengalahkan Congkak.
Contoh satu tersebut, sudah diketahui ramai. Ramai kawan-kawan saya tahu saya bawak kereta pelan je, kalau serabut perut barulah saya bawa kereta dengan laju ( 70 km sejam ).
Contoh dua, iaitu saya penakut duduk sorang waktu malam memang ramai yang tak tahu dan saya pun tak ada cadangan nak canagkan pada orang. Tetapi saya terpaksa sebab nak buat contoh.
Bila terjaga di tengah malam misalnya, katakan pukul 3 pagi, sampai cerahlah saya tak tidur. Apabila anak jiran saya menangis pada waktu malam, mulalah saya rasa tak sedap hati dan rasa nak marah. Saya mula marah dalam hati dan rasa takut. Dalam fikiran saya marahkan jiran saya sebab mereka kahwin, bila kahwin ada anak, bila ada anak menangis pulak malam-malam. Pujuklah, beranak pandai. Ya la kan bila takut fikiran saya jadi tak betul...
Begitu juga bila saya tidur di rumah singgah di Kuantan. Habis semua lampu saya buka di setiap bilik, termasuk lampu bilik air. Saya takut dok sorang pada malam hari. Siang tak apa. Tetapi saya tak nak orang tahu hal ini. Dan banyak lagi keburukan atau kelemahan saya yang saya tak nak orang tahu. Tolong jangan selidik...

Sekadar hiasan...(pulak dah)

Nama lagi manusia, bukannya malaikat. Katalah kalau kita ada kawan yang baik, kita bersyukurlah, hargailah dia. Jangan kita gatal saja-saja nak cari atau nak duga kawan kita tu secara melampau. Kalau kita selidik lama-lama kita akan jumpa juga keburukannya. Kita juga yang terkejut nanti.
Tak payahlah cari manusia yang sempurna kerana semuanya macam bulan...
Jan: Aku pungguk...(pulak dah)

1 comment:

Abah Mui'zz said...

Mang, kena gi tengok New Moon tu. Best! (Aku pun dok dang lagi nok gi tengok!)

.