"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 30, 2010

Kudis organisasi

Dipercayai saintis jagat raya ini mempunyai berjuta sistem angkasa raya yang berpolar, satu polar mungkin terdiri daripada ratusan planet, salah satu daripadanya terdapat planet bumi di dalamnya. Dalam planet bumi ini pula ada hidupan manusia, binatang dan tumbuhan. Manusia itu pula kita dapati berada di dalam sesuatu kumpulan yang dipanggil organisasi, sama ada formal atau sebaliknya.
Oleh kerana manusia itu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi ia percaya sesuatu kejayaan itu tidak boleh dicapai secara berseorangan. Sebab itulah timbulnya konsep berkerjasama. Dalam sesuatu organisasi kita selalu disarankan supaya bekerjasama antara satu sama lain. Sebab organisasi itu sendiri memerlukan lebih daripada seorang manusia. Contohnya terdapat organisasi yang ahlinya mencapai ribuan atau ratusan orang yang bekerja di serata dunia, untuk matlamat yang sama, iaitu untuk menguasai pasaran dunia.
Saya bukan mahu membicarakan perihal gelagat organisasi secara ilmiah tetapi mengenai sikap sesetengah ahli yang berada dalam sesebuah organisasi. Kerjasama yang dimaksudkan itu diperlukan dalam mencapai tujuan atau matlamat dalam jangka panjang atau sebaliknya. Senang bunyinya kan? He he he.
Namun manusia tetap manusia, kadang-kadang mereka tidak peduli akan hal orang lain. Dia tidak sedar. Tak peduli tidak apalah, jika tidak menjejaskan matlamat organisasi. Maksud saya jalankan saja tugas kerja yang diberikan dengan amanah, cermat dan teratur, nak makan sorang tanpa kawan-kawan pun tak apa. Jalankan kerja dulu sebab tak ada majikan yang marah jika pekerjanya makan sorang-sorang atau tidor sorang-sorang.

Sedangkan haiwan berkerjasama...

Tetapi sikap pentingkan diri atau sifat buruk ahli organisasi akan memberikan kesusahan ke atas organisasi, akan menjadi kudis kepada organisasi dalam tempoh masa yang lama. Saya beri contoh (tentulah contoh pasal disiplin):

Katakanlah ada sekumpulan nazir mahu melawat sebuah sekolah yang kononnya ternama terbilang. Tentulah guru besar dan guru-guru menjadi lipas (kudung) menyediakan persiapan yang rapi dan awal supaya proses penaziran itu berlaku dengan lancar. Semuanya course fail, main file, teaching portfolio yang berkenaan tersedia, semua bilik darjah ceria bagai nak sambut hari jadi. Tiba-tiba atas meja guru ada vase dan ada bunga!. Hatta tukang kebun pun tiba-tiba je rajin siram pokok dan cantas dahan yang sangat tak perlu.

Semua harus bekerjasama dalam menjayakan lawatan nazir tersebut, agar laporan nazir nanti akan membuatkan guru besar akan kembang semacam.

Namun apa yang terjadi jika tiba-tiba ada kejadian apabila nazir melawat kelas, cikgu tiada di dalam kelas! Budak-budak dah siap bising, main dan berborak selamba. Kes nazir datang awal ke kelas sebelum cikgu masuk kelas inilah yang menjadi ingatan sepanjang hayat bagi organisasi sekolah tersebut.

Atas apa alasan sekalipun iannya tidak dapat diterima, lagi-lagi jika alasan itu tidak sampai ke telinga guru besar sebelum nazir sampai ke kelas, he he he.

Kesian sepatutnya sekolah tu mengekalkan kecemerlangan yang ada. Nila setitik habis selai baju putih Renoma...

Jan: sama-sama kita renungkan kot-kot kita selalu juga lewat masuk kelas, nazir memang tak ada, tapi `di atas' sana ada nampak, `nazir' yang jauh lebih hebat.

No comments:

.