"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 13, 2010

The wicked mother-in-law ...: Casting


Banyak filem Tan Sri P Ramlee yang saya minati, antaranya filem Ibu Mertuaku. Walaupun sudah kerap sangat menontonya (sejak kecil hingga akhir remaja), saya tetap tidak pernah jemu-jemu. Ada sesuatu yang unik dalam filem Ibu Mertuaku, Tan Sri P Ramlee memang handal melontarkan kritikan sosial terhadap masyarakatnya.
Kali ini saya akan cuba mengupas watak dan perwatakan di dalam filem Ibu Mertuaku. Filem kegemaran saya. Kupasan yang dibuat ini bukanlah berlandaskan secara ilmiah kerana saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam kritikan filem. Cuma pakar dalam kritikan perangai jiran-jiran sekeliling rumah saya, he he he.
Filem ini bertuah kerana pelakonnya hebat-hebat belaka. Tan Sri P. Ramlee sebagai Kassim Selamat berjaya meraih simpati hingga ke akhir cerita. Lakonannya sebagai pemuda yang rela berkorban demi cinta dibawa dengan begitu berkesan. Beliau juga pernah membawa watak golongan miskin dalam cerita Antara dua darjat dan Penarik Beca.
Dalam filem Ibu Mertuaku, P Ramlee sanggup tinggalkan dunia muziknya demi cinta. Mulakan hidup baru di Peneng. Ini gara-gara isterinya iaitu Sabariah memberitahu itulah satu-satu jalan untuk berbaik semula dengan ibu mertuanya (iaitu jangan bermain muzik).
Pada awal cerita kita dikisahkan dengan kehidupan Kasim Selamat yang periang dan ramai kawan-kawan. Bersesuaian dengan persekitaran dunia muziknya, dia juga diminati ramai... Namun segalanya berubah apabila dia berkahwin dengan Sabariah. Selepas itu malang demi malang menimpa Kasim Selamat, setelah buta kerana berterusan menangisi kematian isterinya. Berlainan benar dengan kita yang bila isteri mati terus nak...
Masa buta tu kesian sangat asyik duduk bawah rumah. Tidak dapat saya bayangkan, dah buta satu hal...kehilangan orang yang kita sayangi satu hal. Sedih sangat bila lihat dia merayau setelah keluar dari bawah rumah...berteduh bawah pokok macam monyet. Saya cuba relatekan dengan perjalanan hidup saya...dalam diam-diam saya mengakui kami mempunyai persamaan...(pulak dah...).
Bila dia kembali main muzik, perubahan berlaku pada wataknya, dia jadi riang dan ceria. Namun tak lama sebab bila dia celek semula nasib malang tetap ada di hadapannya. Iaitu bertambah malang apabila melihat sandiwara di depan matanya sendiri.
Berbanding dengan Seniwati Saadiah, Datuk Sarimah Ahmad bukanlah pelakon yang saya minati. Pada pendapat saya, lakonan seniwati Sarimah masih lagi tidak dapat menandingi lakonan primadona filem Melayu iaitu Saadiah yang sangat berkesan dan serba boleh. Pun begitu seniwati Sarimah telah memberikan lakonan yang terbaik dalam filem Ibu Mertuaku, tidak ada cacat-celanya, saya tabik. Cuma mungkin kerana saya lebih meminati Saadiah sering juga saya bayangkan bagaimana jika Saadiah memegang peranan Sabariah. Mungkin akan lebih dramatik...
Watak Sabariah juga merupakan seorang wanita yang berpakage malang. Kekasih yang malang, anak yang malang (ditipu hidup-hidup oleh mak sendiri), isteri yang malang dan sewaktu dengannya. Walaupun cantik betisnya macam pen kilometrikol dan berasal daripada golongan kaya tidak semestinya hidup bahagia. Kesian sungguh melihat watak Sabariah di akhir cerita seolah ditelan mati mak, diluah mati bapak, dikeman mati suami dan anak-anak...
Kerana cinta dia kembara sehingga ke bawah rumah, he he he. Malang ditipu ibu sendiri dan lebih malang lagi apabila berkahwin dengan Dr Ismadi sedangkan sebenarnya Kasim Selamat masih sihat walafiat. Bayangkan bagaimana perasaannya bila mengetahui perkara yang sebenarnya... dia juga ditipu. Jauh di lubuk hatinya, masih ada lagi daerah terpencil di mana kenangan bersama Kasim Selamat masih kejap kukuh...
Maafkan Sabariah Abang Kasim...katanya diakhir cerita, dengan tonasi dan memik muka yang sangat kecewa dan penuh rasa bersalah... Tahniah untuk Sarimah, saya beri 5 bintang!.
Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor mewakili golongan atasan yang angkuh. Lakonan ibu mertua yang kejam memang tepat dengan mimik mukanya yang diseriuskan. Katanya Mak Dara merupakan seorang pelakon bangsawan pada tahun-tahun 40an. Wataknya dalam filem Ibu Mertuaku berkesan sekali, ini terbukti selepas beberapa bulan filem ini ditayangkan beliau diserang dan diludah oleh peminat P Ramlee dan Sarimah. Kesian pulak Mak Dara... Begitulah berkesannya lakonan beliau, tidak seperti lakonan beberapa pelakon masa kini yang bila halau itik pun, itik tu tak lari...(itik tak takut pun,...).
Namun begitu dia sporting apabila berdepan dengan Dr Ismadi. Dia tatang Dr Ismadi bagai minyak yang penuh sebab percaya Dr Ismadi dapat memberikan kebahagian kepada anaknya yang tunggal tersebut. Bukan salah dia kerana matlamatnya nak anak hidup bahagia, caranya je mungkin salah...he he he.
Puas hati pulak melihat dia tergamang apabila Kasim Selamat melemparkan ucapan hairan "Kenapakah kau dicipta Allah menjadi manusia. Bukankah kau lebih baik menjadi haiwan"... Kerana perangai puaka dialah Kasim Selamat merana, Sabariah terseksa dan Dr Ismadi kecewa...
Lakonan Zaiton sebagai Chombi juga meruntung hati saya. Kesian tengok dia lembik lotek nak berjalan kena papah bila orang yang disayanginya telah pergi buat selamanya. Betapa bila suami meninggal dunia hidup jadi gelap gelita. Hidup jadi tak berjiwa, bernyawa tapi tak bermaya. Nak sikat rambut pun gagal, apatah lagi nak melawa. Asyik pakai baju tidur je...tak tahu masa beredar. Dia berada di dalam kehausan...kasih sayang.
Watak sebagai janda muda yang kehausan (kasih sayang) dibawa dengan berkesan. Dan akhirnya ceria giler bagai bunga berkembang setaman bila hatinya mulai menerima orang baru (Kasim Selamat). Masa di hospital, semasa dia peluk Kasim Selamat depan ibunya, para juru rawat dan doktor, kita boleh nampak dia sangat sayangkan Kasim Selamat. Mungkin terpikat dengan doa Kasim Selamat yang syahdu...terpikat dengan kata-kata nasihat, harapan dan motivasi yang yang diberikan Kasim Selamat.
Watak Chombi diberikan kelebihan spiritual berbanding dengan watak Sabariah. Maka kita tak boleh ketepikan watak Chombi begitu saja. Beliau sangat sayangkan Kasim Selamat, dia dapat rasakan something (terkejut daripada tidur) apabila Kasim Selamat berada di dalam bahaya...
Dan Chombi juga seorang yang pasrah dan rela menerima Kasim selamat dalam keadaan buta semula. Katanya dulu bila dia jumpa Kasim Selamat dalam keadaan buta dan akhirnya dia menerima semula Kasim Selamat dalam keadaan buta juga...tetapi dia tetap pasrah bahagia, amboi syahdu...
Jan: Watak Ahmad Nesfu sebagai Mamak Mahyudin (tauke Cenderamata Review) pun best, lawak pun ada ...

4 comments:

diana said...

filem ni ade bagi kesan sikit pada idup saye.dulu saye becinta dgn ahli music.sebab takut idup saya macam sabariah terus saye amek keputusan cari je orang lain..haha..

sukiman said...

adik beradik perempuan saya ada yang bercinta dengan pembaiki piano. tetapi ayah saya tidak suka...ayah saya lebih suka kalau pemain piano...

diana said...

pulak dah...!!

sukiman said...

ya betul saya sendiri mendengar komen ayah saya, he he he.

.