"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 12, 2010

Doktor Ismadi

Watak yang paling saya menyampah dalam filem Ibu Mertuaku ialah watak Dr Ismadi yang dibawa oleh Datuk Ahmad Mahmud. Saya melihat watak tersebut sebagai watak yang lemah, bodoh dan pentingkan diri. Namun saya akui watak ini dijayakan oleh Ahmad Mahmud dengan berkesan dan cemerlang.


Doktor menggoda, beri hadiah rantai lagi...




Ahmad Mahmud mempunyai rupa paras yang baik, ada gaya muka doktor. Pakai pula cermin mata (ala cermin mata juruterbang perang dunia ke 2). Maka lengkaplah penampilannya sebagai doktor. Iaitu sebagai doktor bodoh yang berbudi perketi, yang akhirnya malang di kemudian hari...

Memang saya tidak senang dengan watak Dr Ismadi, kadang-kadang saya rasa malu melihat wataknya sebegitu rupa. Saya ada luahkan perasaan tidak senang saya kepada Lokman Hakim (kawan baik serumah sewa dulu...). Saya beritahu doktor ni bodoh.




Kacak bergaya: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud


Watak tergilakan Sabariah dan kemaruk cinta dibawa dengan berkesan. Di dalam biliknya ada gambar Sabariah bersaiz sebesar manusia real. Dan dia ada beritahu keluarganya yang dia tak akan kawin-kawin jika tidak dapat kawin dengan Sabariah...(no komen...).



Dr Ismadi tergamak berbohong (puaka) kepada Kasim Selamat apabila memperkenalkan isterinya bernama Maimunah Ismail. Terkejut beruklah Kasim Selamat sebab apabila tengok Maimunah Ismail sebijik macam bini dia yang meninggal dunia tu (Sabariah lakonan Datuk Sarimah Ahmad).



Dr Ismadi jugalah yang memujuk Kasim Selamat (demi Sabariah suruh) supaya bedah mata kerana kononnya tak kanlah Kasim Selamat tidak mahu melihat anaknya. Ekoran daripada itulah setelah celik Kasim Selamat terus jumpa Nyonya Mansur untuk melihat anaknya.



Bila tembelang dah pecah, tentulah Kassim Selamat beritahu Dr Ismadi hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang tetapi di tahan oleh Dr. Ismadi. Konon rawatan matanya tak selesai lagi. Tiket ke Pulau Pinang dah sold out la...dan macam-macam.

Tentulah Kassim Selamat tak sanggup nak tinggal sebumbung dengan Dr Ismadi lagi. Sapa-sapa yang mancho tentu lumpuh jua adanya, lebih-lebih lagi dia tidak sanggup melihat Sabariah dok main sandiwara semasa. Baik masuk bilik kemas pakaian, blah.



Tup-tup Dr Ismadi mengekor masuk bilik, mungkin sebab dah mula rasa bersalah kot. Dalam memujuk tu terkeluarlah kata-kata yang tak sepatutnya dikatakan oleh seorang doktor atau orang mana-mana pun...



Dr. Ismadi sangat kejam dan bodoh. Ada ke patut dia kata "Pengambilan Sabariah sebagai isteri telah dibalas dengan memberikan penglihatannya semula, itu sesuatu yang adil". Belajar je tinggi bertingkat tapi pemikiran rendah. Sebab itulah gamaknya Kassim mengambil keputusan membutakan semula matanya dengan mencungkilkan dengan sudu dan garpu. Patutnya bungkus dengan elok dua bijik mata tu beli kad dan tulis `for your eyes only' jadikan sebagai hadiah kepada Dr Ismadi yang `cerdik' itu...



Last-last sekali barulah Dr Ismadi kecewa melihat isteri mengekori bekas suaminya sambil minta maaf. Maafkan Sabariah Abang Kasim...Maafkan Sabariah... Sambil ada pasu yang jatuh dan angin tiba-tiba bertiup kencang... Barulah Dr Ismadi kecewa, dia mulai rasa kasih sayang tak boleh dijual beli tiada benda tara bandingannya...



Dan akhirnya Dr Ismadi slow-slow longlai langkah masuk ke dalam rumahnya...membiarkan bininya terduduk di tepi dinding begitu saja... barulah dia tahu ada sesuatu itu tak dapat dibeli dengan rantai...



Jan: Ambik kau...!

1 comment:

safi_annas said...

orang kata terlalu banyak yg mampu di pelajari dari seseorang yang telah melalui kehidupan yang penuh kegembiraan dan kesedihan..dan saya mula mempercayai kanyataan itu..

.