"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 4, 2010

Rumput di laman orang...

Tiada orang yang berupaya berfikir dengan rasional secara berterusan. Tiada orang yang memiliki pemikiran yang semuanya bijak, molek dan sempurna. Adakalanya dia sedikit akan tidak betul dan adakalanya dia mungkin banyak tidak betulnya...he he he. Banyak sebab mengapa kita jadi tidak betul antaranya kadang-kadang kerana kita sibuk melihat rumput di laman orang.
Kisah rumput di laman orang ni pernah saya dengar seawal usia 9 tahun. Ustad Othman menceritakan tema `rumput di laman orang' semasa saya darjah 3B di sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu. Kata Ustad Othman ada seekor katak yang nak berlawan dengan lembu, dia nak jadi sebesar lembu, dia ceritalah bagaimana katak tersebut menyedut angin/udara sampai kembung kembang perutnya dan akhirnya meletup. Saya dan kawan-kawan ketawa beramai-ramai membayangkan habis cecair badan katak tersebut terperencik bila meletup.
Rumput karpet di laman jiran depan rumah saya berharga RM2700. Bukan saya yang tanya, ayah saya beritahu. Jiran depan rumah suka berborak dengan ayah saya, tak kira malam. Saya tak suka berborak dengan jiran saya (bimbang nantikan terus dia nak carikan bini untuk saya, tetapi mak saya kata jiran depan rumah saya tu bininya dua. Amboi mak saya yang datang sekali sekala pun cekap dapat info, kalah internate, he hehe. Ampun mak).
Rumput karpet jiran depan rumah cantik, siap dengan 3 pohon pokok palma ada ditanam, ada langskap kecil lagi. Dia tanam bukan sikit tetapi terus tutup semua lamannya. Rumput carpet yang rata kelihatan cantik. Ayah saya beritahu saya jiran depan rumah saya tersebut akan duduk rumahnya selepas renovate dan penanaman rumput selesai. Itulah laporan ayah saya kepada saya, memang ayah saya tahu kot saya jenis elak jiran (satu konsep baru yang patut tak dikembangkan). Saya tak mampu beli rumput karpet atau karpet Dubai. Saya hanya tanam rumput kampung yang ayah saya bawa dari kampung. Dan saya tahu langskap ciptaan saya tu tak akan nampak cantik dengan segera, makan masa dalam 5 tahun baru matang (dan lawa, he he he). Saya janji pada diri saya.
Rumput di blog orang pun cantik. Bila kita buka blog orang, wow cantiknya! Ada kelip-kelip sinar, ada muzik dan kata-kata penulisan blog mereka best sangat. Berbanding blog kita apalah sangat, ayat-ayatnya merapu dan isu yang sama je, dan isunya nampak remeh pulak tu... kadang-kadang dinaiki kurap pun kita tulis. Kita tak rasa malu...he he he.
"Jangan awak banding awak dengan dia, tentulah dia menang tapi awak pun banyak keistimewaan lain" Kata seorang pensyarah kepada saya bila saya beritahu saya ni bukanlah seorang pensyarah yang hebat seperti orang lain. " Dia dah pernah bentang kertas kerja di Dubai, dia banyak pengalaman" Saya ingat lagi kata-katanya, dia mahu saya bersemangat dan jangan lihat kejayaan atau kelebihan orang lain secara pesimis.
Sekarang saya sibuk pastikan rumput yang ayah saya tanam di Indera Sempurna hidup. Oleh kerana sekarang cuaca panas saya bimbang rumput yang ditanam di rumah tersebut mati. Saya hanya mampu menyiramnya seminggu sekali sahaja. Bayangkan...saya bawa kereta sejauh lebih 100 kilometer semata-mata nak siram rumput, he he he. Aneh kehidupan ini.
Jan: Rumput oh rumput...

2 comments:

uNcLeJoE said...

mungkin aneh pada orang, tapi tidak pada mata kita kan...kerana kita milik kita bukan milik dia atau sapa-sapa namun kita juga kena sedar kudrat yang ada bukan bertahan selama-lamanya kerna semuanya kita pinjam dari dia yang abadi sedangkan kita hanyalah fana yang menumpang sebentar cuma...dalam kefanaan di alam maya kita berkongsi rasa, berkongsi mesra walaupun menjengkelkan pada mata orang tapi mumgkin tidak di hati kita (lagi pun bukan kita muatkan imej porno di sini) walaupun tidak diendah mereka di alam maya dan mereka yang juga fana tapi dia yang abadi melihat dan mendengar setiap luahan rasa di tangkai jantung pisang hati perasaan kita kan?

sukiman said...

kini roda telah berputar...
roda memang telah berputar...

...kini aku berdoa pada tuhan yang maha kuasa, tabahkanlah hati menghadapi segala cubaan...

agarku terima mungkin suratan diri seperti ini, tak akan kusesali yang telah terjadi...

.