"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, May 2, 2010

Up, Close & Personal With Sharifah Aini

Walaupun saya tidak pernah menghadiri sebarang persembahan Datuk Sharifah Aini secara live, saya tetap mengikuti berita setiap kali persembahannya berlangsung. Saya mahu tahu lagu apa yang dibawa dan lebih penting ialah saya nak tahu banyak cerita yang menjadi tanda tanya pada saya.
Dalam Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur (17 April 2010) nan lalu Kak Pah banyak berkongsi pengalaman sebagai penghibur. Maklumlah sudah 43 tahun tentu banyak pengalaman yang terkumpul.


Bersama Datin Rafeah Buang
Semasa Datin Rafeah buang tengah nazak dahulu, kak Pahlah yang selalu datang ke hospital malam hari untuk membaca yassin. mereka rupanya kawan baik dan banyak kali sama-sama mengadakan persembahan pada tahun-tahun kegemilangan mereka.
Bercerita pengalaman ketika menyanyi bersama Rafeah, Kak Pah menyatakan penyanyi itu mempunyai suara merdu. Baginya, walaupun ramai penyanyi bagus muncul tetapi sukar menemui vokal yang merdu.
Saya tidak popular...
Kak Pah merendah diri menyatakan dia tidak sepopular penyanyi masa kini tetapi tidak berasa kecil hati. Baginya, pengalaman yang dilalui sepanjang 43 tahun tidak dapat dibeli dengan wang. Atas pengalaman itu juga, Kak Pah merasakan dia adalah insan bertuah.
Bawa peminat ke zaman 70 an.
"Pengalaman itu membuatkan saya ke sini hingga menjangkau 43 tahun. Jutaan terima kasih pada anda semua kerana hadir pada acara ini. Saya berharap anda semua dapat terima saya seadanya. Malam ini, saya akan bawakan anda kembali ke zaman 70-an," katanya ketika membuka persembahan. Memulakan lagu popularnya seperti Ingatan Manis Di Bulan September, Tiada Maaf Bagimu dan Sabar Menanti, Kak Pah membuktikan kekuatan vokalnya masih tiada tandingan.
Bersama Allayarham Sudirman.

Seingat saya Kak Pah ada berduet dengan Allayarhan Sudirman dalam satu lagu asli. Saya juga tahu Kak pah akrab dengan Sudirman, ada satu lakaran yang sudirman lukis mengenai kak pah yang banyak barang emas dan berlian. dalam gambar tru kak pah kelihatan berkelip-kelip sebab banyak barang kemas yang dipakainya.

"Pada zaman 70-an, saya sering menyanyi di funfair. Ketika itu saya bersama Allahyarham Sudirman Hj Arshad berebut kumpul duit dan hingga kini, saya tidak menyangka dapat terus menyanyi.


Kak pah juga seorang penulis lirik lagu saduran...

Tidak dinafikan saya banyak menyanyikan lagu saduran seperti Dekatlah Padamu yang diambil dari lagu Jepun dan Ingatlah Sayang dan Kerana Cinta. Jika tidak silap, saya sudah hasilkan lebih 300 lagu yang saya tulis dan tema lagu ini berkait rapat dengan kasih sayang antara lelaki dengan wanita serta ibu dengan anak," katanya.
Seiring dan sejalang...
Persembahan secara santai itu turut menyaksikan Kak Pah menyampaikan lagu Kenangan Indah (Yang Menyayat), Di Malam Persandingan, Dekatlah Padaku sebelum mengajak dua wartawan hiburan, Huzz bersama Syed Wafa naik ke pentas menyanyikan lagu Seiring Sejalan. Tidak menghampakan peminat yang hadir, Kak Pah turut menyanyikan lagu popular lain seperti Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung, Jatuh Cinta, Hey (pernah dipopularkan Julio Iglesias), Yang Sangat Ku Sayang dan kemudian mengajak peminat menari menerusi lagu Let’s Twist Again (dipopularkan kumpulan The Beatles).
Pilu pulak dah...
Suasana pada malam persembahan amal Up Close And Personal with Datuk Sharifah Aini agak pilu apabila permata seni negara itu meminta ibunya, Sharifah Nor Syed Jaafar memperjelaskan segala keraguan serta memadamkan fitnah yang tersebar sekian lama. Keraguan yang selama ini mendatangkan rasa resah pada dirinya kerana pada suatu ketika beliau digambarkan sebagai anak yang lupa diri sehingga sanggup menyaman selain memukul ibunya sendiri.

"Ani anak yang baik, Ani tidak pernah memukul Ummi. Ani juga suka melakukan amal jariah," itulah kata-kata yang dizahirkan oleh Sharifah Nor yang turut hadir menyaksikan anaknya membuat persembahan amal di Hotel Concorde, Kuala Lumpur minggu lalu. Terharu dengan kata-kata diungkapkan itu menyebabkan Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah terus memeluk erat ibunya bersama linangan airmata.

Memang aksi dua beranak itu mengundang rasa sebak di kalangan penonton yang memenuhi dewan utama hotel ini. Barangkali ini pertama kali mereka melihat sendiri betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya. kata Sharifah yang cukup mesra dengan panggilan Kak Pah, jika beliau anak yang tidak menghormati ibu bapa, sudah tentu kehidupannya tidak akan diberkati seperti mana sekarang. Jadi, pada malam itu, penghibur malar segar itu membiarkan ibunya sendiri menjelaskan kepada orang ramai, betapa insiden terbabit tidak pernah terjadi.

Kalau tak silap saya akhbar yang memaparkan cerita tersebut ialah Bancaria.

Rahsia lagu `kau tinggi di awan biru'...
Sebelum menyanyikan lagu Kau Tinggi Di Awan Biru (1977), dia mendedahkan kenangan betapa dirinya menyintai seorang juruterbang Iraqi Aiways benama Ali. Sebagai anak yang agak 'memberontak', kata Sharifah, dia dan lelaki itu mengikat tali pertunangan mereka sendiri. "Dengan kuasa Allah, lapan bulan sebelum kami mendirikan rumahtangga, dia menemui ajal dalam kemalangan jalan raya," katanya.
Begitu juga dia bercerita mengenai pertunangannya bersama seorang jejaka dari Perak, yang putus berikutan pandangan sinis ibu bapa lelaki terbabit terhadap artis, sebelum lagu Di Malam Persandingan (1972) dialunkan.
Kira sambil menyanyi dan bercerita la Kak Pah ni kan...lepas tu minum air mineral seteguk.
Suami pertama dan kedua...
Datuk membuka pula kisah perkahwinan pertamanya. "Semua orang tahu yang saya pernah mengahwini dengan dua orang lelaki sebelum ini. Suami yang pertama amat bermakna dan saya dikurniakan anak lelaki, Aliff Omar yang kini masih menuntut di Madinah, Arab Saudi.

"Ditakdirkan cerai, dalam idah, saya telah ke bank untuk membuat satu pinjaman. Saya telah bertemu dengan seorang ahli perbankan ini. Perkenalan kami menjadi rapat dan dia lelaki yang jujur (suami ke dua). Tidak lama itu, dia melamar saya," jelasnya yang kini sudah 14 tahun hidup keseorangan tanpa suami.

Janji ahli parlimen...
Namun, salah satu pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika diundang oleh seorang Ahli Parlimen dari Sarawak mengadakan konsert di sebuah perkampungan dalam kawasan Parlimennya. "Ahli Parlimen berkenaan ada berjanji kepada pengundi kawasannya yang kalau dia menang, dia akan membawa saya menyanyi di sana. Hendak ditakdirkan, dia telah menang. Saya telah diterbangkan ke sana. Saya disambut bagaikan seorang menteri.
Bukan satu tugas yang mudah hendak buat persembahan di sana. Bayangkan, dari perkampungan hendak ke lokasi konsert, saya terpaksa menaiki sampan kecil sambil memakai gaun mengerlip pada waktu malam sebab ketiadaan bilik persalinan di kawasan konsert. Sampan itu boleh muat dua orang sahaja. Saya dan pendayung. Inilah antara pengalaman yang susah saya lupakan," katanya rancak bercerita sambil ketawa besar.
Sumber: `KEKUATAN VOKAL TIADA TANDINGAN' oleh Elrafaei Sapi (Harian Metro - Rabu, 21 April 2010), `RESAH YANG TERLERAI' oleh Nurulhisham Abdul Latiff (B Pop, Berita Minggu - 25 April 2010), dan `LEMBARAN RAHSIA SHARIFAH AINI' oleh Metra Syahril Mohamed (Utusan Malaysia - Khamis, 22 April 2010).

Jan: Semoga ada pihak akan menghasilkan bibiografi Datuk Sharifah Aini. Beliau penyanyi yang hebat. Jika dia berada di negara barat tentu dia lebih dikagumi dan dihormati. Penyanyi sekarang bukan tak best tetapi kadang-kadang entah apa-apa, dan tak tahu nak ke mana mereka...

1 comment:

Anonymous said...

Penyanyi Datuk sharifah aini firstclas dihatiku..betul katamu sukiman kita membesar bersama lagu-lagu Datuk Sharifah aini, tahun 70han walau saat itu saya masih kecil lagi tapi sangat2 meminati lagu2 datuk sharifah aini, lagu " Selimut Putih " antara lagu2 yg menjadi kegemaran.

.