Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 3, 2010

Kuasa blog dalam politik...

Tidak selalu sangat (jarang) saya menyentuh isu politik secara mendalam atau secara langsung dalam blog jankaulu.blogspot. Penulisan di blog saya hanya berbentuk jurnal peribadi, mengenai peristiwa di sekitar lingkungan wilayah hidup saya. Contohnya, perihal saya masak tom yam turut saya masukan ke dalam blog saya... atau kisah saya yang kena `kencing'.., orang lain tak ada hak nak halang (dan tak terdaya nak halang, he he he).


Pun begitu tidaklah pula bermakna saya tidak ambil hal langsung tentang politik negara. Cuma saya bimbang jika saya berkecenderungan menulis hal politik, membuatkan blog jankaulu tidak mewakili kehendak naluri dalaman saya. Lagipun saya manalah tahu sangat hal politik dan masih segan atau tidak selesa mempamirkan kecenderungan politik saya, ia mungkin juga sensitif bagi sesetengah pihak.



Pun begitu semasa saya ke kedai membasuh kereta (basuhan pertama untuk tahun 2010 ini), semasa lepak di kerusi menunggu, saya mendengar perbualan anak-anak muda. Mereka memperkatakan perihal blog politik yang mereka baca. Saya buat-buat toya je sambil membaca majalah URTV yang ada di atas meja di sebelah. Sebenarnya saya tak baca sangat (saya tengok gambar-gambar je), saya fokus kepada perbualan mereka mengenai pengetahuan politik yang mereka dapat daripada blog.


Saya sedar banyak blog politik yang muncul, terkadang saya membacanya juga. Terkadang saya percaya dan terkadang saya raguinya. Maka baiklah saya baca blog kawan-kawan saya yang sah semuanya benar sebab kita kenal peel peragai mereka. Namun saya percaya ada di antaranya (bukan semua) blog politik memaparkan berita yang sahih dan benar berbanding dengan `akhbar kerajaan'. Masyarakat sudah dapat melihat segala yang berlaku. Maksud saya jika zaman kucing kiron dulu apa-apa saja yang disiarkan oleh TV atau media arus perdana ianya ditelan bulat-bulat oleh khalayaknya. Kini masyarakat lebih kritis dan menilai laporan tersebut dan terus membandingkannya dengan apa yang ada dalam blog politik. Ini terjadi kerana blogger politik telah dianggap sebagai wartawan rakyat iaitu melapurkan suatu berita dengan tepat mewakili rakyat.


Saya akui blog sangat berkuasa di dalam arena politik Malaysia. Dalam pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 nan lalu, pola pengundian rakyat yang berubah ada kaitannya dengan blog-blog politik. Penulisan blog berperanan sebagai wartawan rakyat melaporkan perkara yang radikal dan berani, berjaya menawan hati rakyat (walaupun kesahihannya masih boleh diragui, tetapi ia berjaya meraih kepercayaan). Misalnya, blog berita Malaysia today menerima kunjungan sehingga 2.4 juta hit apabila ada isu-isu panas. Antara blog sosia-politik lain yang terkenal ialah Rocky's Bru, Kuda Kepangf, Sang Kelebai, Screenshots dan Malaysia Today...(sekadar menyenaraikan beberapa nama).


Jika dulu orang bercakap pasal politik di kedai-kedai kopi, zaman telah berubah. Selamat datang ke planet bumi.... Sekarang komunikasi lebih cepat tersebar dan lingkungannya lebih luas dan besar. Melalui blog politik kita boleh menulis apa sahaja yang kita rasa, apa yang kita tak puas hati. Hampir mustahil atau amat rumit untuk menyekatnya kerana sifat kebebasan mutlak dunia siber ini. Ia tidak terikat dengan sebarang akhta yang rumit. Contohnya para pembangkang dan suara minoriti (contohnya Kelab Seribu Mawar (KSM) yang objektifnya menentang kecurangan) amat mudah didengar atau mendapat perhatian (kerana disekat oleh akhbar arus perdana misalnya) mereka boleh menulis dengan bebas dan tidak terikat dengan Akta Komunikasai dan Multimedia 1998 (AKIM 1998) dan juga bebas daripada Akta mesen Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984).


Cuma kebebasan tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berwibawa, dan beretika sebab saya percaya cacian, maki hamun dan tomahan jika digunakan dalam blog ia melampaui nilai kemanusiaan. Bimbang pulak pada akhir zaman ni fitnah merata-rata.


Kesimpulan yang saya dapat buat, semua pemuda-pemuda yang berbincang pasal politik tadi menyokong Datuk Seri Anuar Ibrahim, mereka minat betul dengan ketokohan beliau dan kesabaran berjuang menyokong keadilan supaya wujud si negara Malaysia yang mereka anggap sudah sangat kucar kacir ini...
Jan: Tak pernah terniat nak masuk politik, duduk kat luar je, he he he. lagipun saya tak pandai buat janji-janji ni, reka cerita pun tak pandai, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home