"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 12, 2010

Selamat hari lahir

15 tahun lagi saya akan bersara. Dan 15 tahun itu bukanlah lama sangat. Pejam celek-pejam celik saya dah berusia 40 tahun. Apalah sangat 15 tahun lagi...jika saya diberikanNya kudrat untuk meneruskan proses pejam celek tersebut... Saya tidak meraikan hari lahir saya cuma kali ini saya mahu raikannya seorang diri. Tepat pukul 12 tengah malam apabila sudah 29 April, saya hidupkan kereta terus keluar daripada taman perumahan. Saya ingin ke suatu tempat yang belum pernah saya pergi.
Saya terus memandu. Sampai di simpang jalan, saya harus membuat pilihan sama ada hendak ke Kuantan atau ke Segamat. Tetapi mengapa perlu ke Kuantan atau Segamat pada malam yang hitam pekat ini? Saya terus membelok ke Segamat kerana kononnya saya dah biasa ke Kuantan.
Saya terus memandu. Sampai ke simpang ke Nilai saya membelok ke Nilai. Dan di sinilah saya rasa takut dan hanya membuat keputusan mahu ke Keratong 2. Lalu saya membelok ke Keratong 2. Saya tidak pernah ke sana...
Saya pusing-pusing habiskan minyak kereta, ada kedai makan buka. Apabila saya rasa penat dan jemu saya membelok semula, saya mahu pulang, mahu tidur. Apabila sampai ke rumah, saya rasa lapar pulak. Masuk dapur saya terus masak maggie.
Senang sungguh dia tipu saya, tapi saya berdoa saya tetap tabah hadapi hari muka... Saya makan maggie tersebut di meja ruang tamu...
Semasa saya hendak tidur saya peluk bungkusan hadiah tu dengan erat...tetapi saya tidak menangis. Saya tahu hadiah itu dibungkus dengan penuh kasih sayang. Semasa saya hendak tidur, saya letak hadiah tersebut di bawah katil saya... Esok saya akan letakannya semula di almari.
Jan: Saya tidur dengan belati di hati...tetapi saya yakin esok sinar tetap ada.

2 comments:

ieda said...

eppy bday kiman ..

walau dah bertambah usia .. kekalkanlah hatimu yg muda dengan iman dan kesucian kerana tanpa hati yg suci murni dan tanpa keihlasan hati , pastinya tua yg nampak dimata ..

ku doakan dirimu bahgia dan kekal bahagia selamanya .. apalah salahnya memikirkan soal hati sekali sekala .. sejukkan diri dengan pelukkan insan tersayang ..

semoga bertambah usia ini , dikuatkan hati menjalani kehidupan penuh rahmat tuhan ..

( wehaaaaaa x caya aper aku cakap :)) )

sukiman said...

ieda, aku pun hampir terduduk apabila membacanya..., hehehe.

.