"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, May 24, 2010

Ayah tanam tebu...

Gambar 1: Tebu hitam
Balik cuti hari Hol tempohari saya terkejut tengok banyak pokok tebu ditanam di hadapan dan sisi rumah. Kali terakhir balik tak ada lagi nampak setinggi itu, malah tak perasan pun ada ke tak pokok tebu tersebut.
Cantik pokok tebu ni. Lantas saya terfikir molek juga kalu tanam di rumah saya di Indera Sempurna. Cantik lihat batang-batang tebu yang mencacang tingginya. Boleh dibuat sebagai pokok langskap...
Gambar 2: Ditanam secara berderet
Pokok tebu ni adalah bahan utama kalau kita nak buat gula (juga dibuat alkohol). Tebu ni banyak spesisnya. Ayah saya tanam jenis batang kuning dan batang hitam. Tapi yang terkenal di dalam masyarakat kita biasanya batang kuning.
Kata orang tebu yang batang tegak lebih manis berbanding dengan yang batang bengkok. Maka kena pastikan biar tegak, boleh buat para sikit supaya dapat menyokong tegaknya.

Gambar 3: Anak saudara saya sebagai model tebu...

Namun kalau ditanam di ladang mungkin lain caranya. Ini tanam suka-suka dekat rumah je. Tebu ni boleh kita tanam melalui biji benih atau keratan batangnya. Biasanya kita kerat batang tebu untuk tanam tebu, bakpe nak susah-susah tanam daripada biji benih kan, he he.


Gambar 4: Azlan dan Najib bersama pokok tebu
Tebu ni senang je nak makan. Kita boleh juna gigi je buang kulitnya. Kulitnya keras sikit tetapi masih mampu untuk kita menyiatnya. Gajah pun pandai makan tebu inikan pula kita. Kita patahkan guna tangan dan terus makan. Kita siat kulitnya dulu guna gigi pas tu kita kekah makan dengan mamah untuk keluarkan airnya, pas tu kita isap-isap dan akhirnya kita ludah ke luar hampasnya.
Jangan makan hampasnya pulak, kita bukan itik.


Gambar 5: Lagi gambar pokok tebu.
Ayah saya kata tebu ini akan menjadi lebih tinggi lagi setinggi 15 kaki tetapi kalau nak makan, tak payahlah tunggu tinggi. Kira patahkan dan makan je. Tak ada siapa yang halang.
Pabila bulan puasa, selain air tuak/tapai, air tebu juga menjadi pilihan untuk diminum masa berbuka. Ada la gerai segera yang muncul di tepi-tei jalan jual air tebu ni.

Gambar 6: Tebu jarak dekat
Teduhlah jugak bila ada pokok tebu ni. Halaman rumah pun nampak ok. Namun daun pokok tebu ni miang sikit. Kena kulit gatal. Dulu ayah tanam pokok blue pain. Tapi pokok tersebut dah besar sangat dan ditebang semuanya.
Gambar 7: Batangnya masih kecil

Gambar 8: Sisi rumah pun ada tebu

Gambar 9: Tiang beranda rumah pun ada tebu depannya.
Gambar 10: Sekadar hiasan

Balik tempohari sempat jugak saya makan tebu ni. Manis rasanya. Saya guna gigi sahaja untuk buang kulitnya. Kalau tak biasa payah juga tetapi saya ni kampong boy.
Masa makan tu ayah saya beritahu hampas jangan ludah merata. Nanti semut datang...

Jan: Ada orang tanam tebu di bibir...aku terpedaya...

2 comments:

uNcLeJoE said...

hmmmm banyak dah sekang ni ... bende taboo jadi tebu... manis je...sepah dibuang pas tu... semut gatal datang...

sukiman said...

dalamnya makna...

.